Realiti Disebalik Guru Tadika

Semoga admin approvekan luahan hati seorang guru tadika ni.

Aku merupakan seorang graduan Diploma TESL di salah sebuah IPTA tanah air. Kini aku merupakan seorang guru tadika swasta yang terletak di utara. Aku terpanggil untuk menulis confession ni lepas aku terbaca confession tentang ‘Guru Tadika’. Yes, aku juga tergolong dalam golongan graduan yang job haunting haha. Lepas je aku grad, aku bekerja sementara di sebuah shopping mall sebagai Promoter pakaian. Skop kerja ok, not too tired dan aku ada supervisor yang sangatlah awesome! Tapi yang buat aku stress ialah masyarakat sekeliling.

“Hang baru lepas SPM ke dik?” “La hang ada diploma ka” “Awat hang kerja ni?” “Awat hang tak cari kerja lain? Setakat kerja camni rugi ja. Hang kan ada diploma.” “Hang cari kerja lain la dik oi.” “Oh, anak makcik hat sama ngan hang tu lani dia misi.” Bila sekali-sekala je soalan tu datang menyapa, aku ok. Tapi bila dah banyak-banyak kali jadi mcm annoying and kind of irritating pun ada. Apa ke teruk sangat kerja sebagai Promoter ni. At least aku kerja dan tak duduk rumah perabih beras mak bapak je. So, I decided nak cari kerja lain dan merantau.

Dan rezeki aku, seminggu lepas aku berhenti aku dapat offer sebagai Teacher in English Islamic Kindergarten (Swasta). Masa interview, aku diberitahu aku akan menjadi guru kepada budak 5 years. Tadika ni ambik budak 3-6 years. Skop kerja aku ialah aku kena jaga budak-budak ni macam anak aku sendiri sebab budak-budak ni akan sentiasa ada dengan aku. Dia just explained yang aku kena mengajar sahaja. So, without expect anything aku pun ok.

Fyi, aku dah joined tadika ni dah 2 bulan. First day aku agak terkejut. Pukul 8am – 12pm sesi mengajar include breakfast. 12pm lunch (kena basuh 40 pinggan budak & mop). 12:30pm shower time (teacher kena lipatkan baju, mandikan, pakaikan baju & pampers, sidaikan tuala). 1:00pm prayer. 1:30pm milk time (teacher kena buka beg sorang-sorang cari susu & botol) & sleep. 3:30pm wake up & tea time. (shift aku 7:30am-4:00pm). And all of the duties semua teacher yang buat! Tersangatlah wonder women disitu. Terkejar kesana-kemari, bersilat disitu-disini demi memastikan semuanya teratur dan selamat untuk anak-anak. Total students kami around 50 students.

So disebabkan aku zero experience tentang tadika since aku praktikum di sekolah rendah kerajaan, aku agak terkejut sebab semua tu teacher yang kena buat. Tak ada pembantu cumanya makanan akan dihantar oleh tukang masak dari luar. Aku taktahu lah tadika aku sahaja yang takda pembantu atau ada juga tadika-tadika lain yang tak ada pembantu. Kami pun tak ada punch card. Semua atas diri sendiri. Tadika aku juga tak provide materials untuk teachers buat teaching aids macam A4 papers, A4 color papers, manila cards, flashcard, glue & marker. Semua atas effort SENDIRI. Konsep dia macam “Siapa nak lebih meletop, kena sedekah lebih” gichewww.

So aku kind of bukan tak nak sedekah atau berkira. Memang lah akan dapat pahala demi mengajar anak-anak bangsa kita. Aku memang dah beli semua tu sendiri dan juga beli playdoh atau chocolate as a reward for my kids. Tapi berbekalkan gaji aku yang tak melimpah-ruah ni? Kira habis bulan habis lah akaun bank aku hahaha. Hari first aku balik kerja memang terlentang tido lepas maghrib one shot sampai subuh! Fuh. Even sekarang pun balik kerja mesti rupa aku dah macam lepat pisang sedangkan pagi tadi keluar macam Warda. Memang tak ada masa free untuk perbetul tudung atau scroll ig/fb.

At the same time, hang nak kena keep your eyes kat budak-budak (mengasuh), kena make sure achieved academic target, follow up & keep track budak-budak yang lemah, perah otak fikir aktiviti untuk siapkan lesson plan, prepare materials mengajar & laksanakan duties such as basuh pinggan mangkuk cawan budak, cuci toilet, mop lantai dan kemas kelas. Selama 2 bulan aku kerja, aku dah 3 kali demam, batuk, selsema. Now, im having sore throat. Sebab? Kelas aku 16 orang murid dan ada 4 orang hero dan 2 orang heroin yang HYPERAKTIF. Hari-hariku ibarat di padang kawad. Listen everyone!! Keep quiet!! Sit at your own place!! Line up!! Do not push your friend!! Even at the max of my voice pun depa buat dunno. Huh.

Tapi, bila hari-hari dengan depa dah tahu perangai sorang-sorang kadang tu rasa rindu kat anak-anak aku. Tengok budak sebaya depa pun teringat. Pernah satu hari tu, aku rasa stress dan marah sangat-sangat sebab budak semua buas. Jalan atas meja, baling pensil pemadam. Bila terkena kawan mestilah mengadu. Teacher! Teacher! Bila aku marah, depa menjawab. “Wekkk tak takut pun.” Masa tu aku teacher baru dan tak garang lagi. Sampai satu tahap aku sendiri menangis sendirian kat luar kelas lepaskan tension huhuhu.

Aku taktahu lah, aku yang memilih kerja atau ini lah realiti alam pekerjaan yang sangat mencabar jiwa dan ketahanan mental. Aku masih dalam dilema untuk teruskan kerjaya ni atau ceburi bidang lain since aku pun baru 22 tahun. Sebab kadang tu aku terfikir berbaloi tak aku hutang PTPTN 15k demi kerjaya ni? Hahaha. Ok back to the story. My point is please, appreciate guru tadika. Memang hampa dengar macam alah cikgu tadika je pun. JE PUNNNN. Inilah reality hari-hari cikgu tadika lalui. Menjaga, mendidik, mengasuh, membentuk anak-anak anda menjadi insan yang berguna daripada pelbagai aspek.

Jikalau tuan puan menjaga anak 3 4 orang, kami menjaga anak 15 16 orang anak. Bertolak ansur, bekerjasama dan memahamilah guru-guru anak kecil anda. Aku menulis bukan untuk condemn mana-mana pihak, Cuma sekadar perkongsian kepada remaja yang masih bujang, bakal menjadi ibubapa dan sudah menjadi ibubapa. Sebab aku juga baru setahun jagung dalam menghadapi alam pekerjaan.

-Guru tadika hati tisu

– Guru Tadika Berhati Tisu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit