Ketabahan seorang yng bergelar bapa.
Dalam kegembiraan sudah tentu terselit kesedihan yang selalu dipendam right? Aku nak berkongsi cerita mengenai ayah aku. Yeah, satu cerita yang selalu aku nak berkongsi , mungkin sekarang waktu yang tepat. Ayah aku orang biasa yng berasal dari negeri sembilan. Biasalah orang muda bercinta kan? Bila dia dengan mak aku berjumpa setelah hadapi pelbagai dugaan, mereka berkahwin. Sebulan mereka berkahwin ,atuk (ayah kepada ayah) aku meninggal dunia . Mak aku orang pahang , jadinya parents aku sentiasa berjauhan . Mak aku selalu cakap tahun diorang kahwin adalah tahun yang paling besar dugaan yang dia hadapi.
Satu hari, (3 bulan selepas kahwin) ayah aku kemalangan. Pada waktu yang sama, mak aku nak buat kejutan untuk ayah aku yang mak aku mengandungkan kakak aku sebulan dalam kandungan tapi pihak hospital telefon mak aku dulu disebabkan kes tu. Jadi, lepas kemalangan tu, ayah aku bukan lagi seorang insan yang normal dari segi fizikal. Tangan dia sebelah tangan dah tiada fungsi (lumpuh). Tak mampu untuk digerakkan semula. Kaki kanan pula pendek 3 inci dan sekarang orang gelar dia "Shawal tempang" bunyi lucu tapi sekarang (2016) sudah 21 tahun keadaan dia macam tu. Hanya dia menanggung segala keperitan.
Beberapa tahun koma (tak ingat berapa tahun) mak aku habiskan beratus ribu ringgit ,pinjam duit sana sini untuk biayai segala perubatan ayah aku. Mula-mula ayah aku terlantar atas katil untuk 2 tahun, kemudian guna kerusi roda dan sekarang dia pakai tongkat. Tangan dia yang lumpuh tu 24 jam rasa sakit tak kira sama ada dia bercakap, ketawa, tidur akan rasa kesakitan tu.
satu hari,ayah aku teringin nak jadi bapa yang normal yang nak pergi beli barang rumah , jadi dia pergi pasar minggu naik prebet sapu.Waktu tu , kakak aku dan aku masih di bangku sekolah rendah dan mak aku tengah kerja. Dia angkat barang guna sebelah tangan tapi hilang imbangan dan dia terjatuh. Seorang pun manusia dekat situ tak sedikit pun belas kasihan tiada rasa apa apa untuk nak tolong ayah aku. Ayah aku bangun sendiri , terkial kial cari tongkat dia. Kutip barang barang dia yang bersepah. Ada yang ketawa , ada yang pandang jelek. Dugaan.
Sekarang, aku redha walaupun ayah aku tidak sempurna, ayah aku adalah segalanya. Kisah yang aku kongsi ini bukannya untuk beraih simpati tetapi dijadikan sebagai pengajaran dan motivasi. Walaupun kita tak sempurna, kita mampu hadapi segala dugaan . Ingat Allah sentiasa ada dan membantu kita.Ingat, manusia yang kurang upaya (oku) juga hamba Allah yang sepatutnya kita tolong bukan memandang serong. Tak bantu ayah aku pun takpe asalkan bantu orang oku di luar sana. Sebenarnya , banyak lagi kisah yang ingin aku sampaikan tapi biarlah waktu yang menentukannya. Sekian Assalamulaikum. :)
– AtiqahAishah