Minta Hutang – 8:49 PM

Minta Hutang

Salam,

terima kasih kak min yang approve post ni,

terlebih dahulu, assalamualaikum semua, Saya dari UIA,

Jadi, dipendekkan cerita, kawan saya dahulu ada lah berhutang dengan saya, kiranya banyak juga la, dalam ratusan ringgit jugak la.

Saya dengan dia agak jarang la jumpa sebab kenal melalui kelab.. course lain, mahallah lain, batch lain, kiranya kawan dlm Mustang MASUM mcm tu la

Hutang tersebut dalam beberapa sem lepas namun jika setiap kali jumpa, mesti dia cakap tiada wang / sekejap nnti bagi / mcm2 alasan. Mesej fb/whatapps "seen" je jika saya minta dia bayarkan. Sedikit pun jadi la. no akaun bank pun sudah diberi utk transfer je, namun satu sen pun tidak dibayar. Dia ada dapat biasiswa dan kadang2 menang banyak prize money dalam pertandingan namun entah la, liat betul nk bayar.

Namun, ditakdirkan, selepas entah berapa kali saya mintak hutang dari dia dan tak dilayan, sampai saya cakap yang saya tak akan halalkan sampai mati kalo tak bayar.. dupp dupp beberapa minggu selepas tu dia telah pergi menghembuskan nafasnya yang terakhir. meninggal dunia akibat sakit jantung tiba2 dan pergi buat selama-lamanya. Namun hutangku? dalam zaman sekarang ni, saya amat memerlukan wang tersebut, at least cukup utk makan minum pun jadi la, tapi…. apa harusku buat? tuntut dengan ahli keluarganya? atau tuntut di akhirat kelak?

Mohon pendapat kalian, sekian.

– Peminjam Hutang

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *