Aku PUNCHBAG dia
Aku berkenalan dengan si B sejak belajar kat CFS. Waktu tu tak berapa nak rapat dengan dia sebab personaliti aku jenis pendiam dan kurang bergaul dengan kawan-kawan kelas. Hanya berkawan rapat dengan roommate je. Bila dah masuk Gombak, aku mula mengaktifkan diri bersosial bersama orang ramai (sembang lebat, buat lawak bengong) termasuklah dengan si B tu. Baik buruk perbuatan yang dia suap kat aku diterima dengan rela hati walaupun adakalanya terdetik perasaan kecil hati. Tapi malas nak simpan lama-lama sebab hal kecil je pun. Bila dah masuk 3rd year, aku perasan yang dia ni suka bertindak mengikut hawa nafsu melebihi akal. Aku tak sedar yang selama ni hidup aku dikawal oleh “control freak” sehinggalah masuk awal sem lepas.
Dalam seumur hidup aku bergaul dengan orang, boleh dikatakan yang dia ni manusia paling teruk pernah datang dalam hidup aku. Kenapa? 2 sem lepas, dia tinggalkan aku kat kafe sewaktu tengah makan hanya kerana aku tak nak ikut dia pergi stesen bas waktu malam. Dia ajak aku berulangkali tapi aku berkeras tak nak ikut dia sebab aku memang tak suka balik rumah malam-malam. Sebelum aku ditinggalkan, dia cakap “gerak dulu eh, ada kerja”. Alasan paling tahi pernah aku dengar. Punya lama aku tunggu dia sebelum sampai kafe, dia blah macam tu je seolah-olah aku ni sampah. Tak hormat keputusan orang langsung. Awal sem lepas usai check-in bilik, aku datang bilik dia sembang-sembang pasal sem baru. Lepas tu dia ajak aku pergi KL Fest. Aku cakap aku penat, tak larat nak jalan-jalan. Dia pun merayu-rayu minta aku ikut dia dan aku tetap kata tak nak. Tak lama kemudian, dia dah tak nak bersembang. Aku tanya, “kau tak puas hati ea aku tak nak ikut kau pergi KL Fest”. Dia pun terus mengaku “ha’ah, ada la sikit”. Nampak tak betapa “control freak”-nya dia ni. Bila main multiplayer game jangan cakaplah, segala sumpah-seranah dan maki-hamun habis ditaburnya kat game tu sampai aku pun kena tempias sekali hanya kerana aku buat salah kecil (salah aku ni terjadi disebabkan network delay melalui Access Point telefon). Takde la dia marah gila-gila tapi melalui nadanya tu boleh tahu yang dia ada tak puas hati. Bayangkan eh, salah BFF dia buat-buat tak nampak, salah aku yang sekelumit tu juga yang dijulangnya. Bukan 2-3 kali tapi berkali-kali sampai satu tahap aku dah naik menyampah, meluat, dan benci dengan dia. Aku tengok orang lain rilek je takde marah kat aku, dia je yang melebih-lebih. Ada satu hari tu memang dah terang-terang silap dia pun masih nak marah aku. Tak cukup dengan marah, dia ada mengejek kata-kata aku bila main game. Nak tiru kawan aku yang sorang lagi mengajuk tapi tak jadi. Kesian. Bila dengar dia mengejek saling tak tumpah macam budak tadika belum mumayyiz. Akhir sekali, dia ni memang kuat simpan perasaan tak puas hati dengan orang. Asal tak kena pada matanya mulalah nak cerita keburukan seseorang tu kat orang lain. Suka sangat memperbesarkan hal-remeh temeh yang bagi aku takde la menyusahkan sangat. Buat rilek-rilek sudah. Aku rasa dia sedar yang aku dah mula tawar hati nak berkawan dengannya. Dan aku boleh rasa yang dia ni tak ada sekelumit rasa bersalah dan terus cerita keburukan aku pada kawan lain.Ada satu malam tu aku susah nak tidur bila terkenangkan apa yang dia dah buat kat aku bermula dari kejadian di atas sampailah ke hari, minggu, bulan, dan tahun sebelumnya. Rasa tertekan dibuatnya.
1 Januari lepas, aku berazam tak nak berkawan dengan manusia yang ada hati sepanas reaktor nuklear, ego setinggi Everest, dan “control freak” macam dia lagi. Semoga aku tak jumpa spesies yang sama akan datang.
– Tango