homesick
Assalamualaikum guys.
Akhir bulan 1 ni aku nak masuk Gombak dah.Hmm masalah aku sekarang ni ialah aku ni kuat sangat homesick. Masa kat CFS, hati aku selalu meronta ronta nak balik. Bila aku balik, hati aku berat gila nak balik CFS balik. Aku boleh jadi moody, tak selera nak makan, malas nak cakap ngan orang kalau homesick aku ni menyerang. Kalau dah homesick , balik ajelah kan, masalahnya, kalau rumah aku dekat, memang aku nak balik setiap hari, the thing is rumah aku jauhhhhhhh. katekanlah aku balik jumaat, komfem haritu mesti aku penat gila, so balik rumah tido. hari sabtu pulak aku dah start fefeeling berat hati nak balik .esoknya, hari Ahad. hmpphh kadang leleh jugakla aku masa kemas barang.
Pastu an guys, aku takleh tengok orang yang setiap minggu balik. mesti aku jeles. Sebab aku tau..japgi diorang nak balik, jumpa mak ayah diorang..aku?? aku nak balik jugak!! aku jeles weh , aku jeles.
lagi lagi time aku stress memang leleh habes la aku kol mak aku kata nak balik. tapi memang ayah aku tak kasi la sebab rumah aku kan jauh.
weh korang, tolonglah aku. nasihatkan lah aku, aku sendiri tak tahan dengan rasa homesick aku ni.
ni nak masuk Gombak ni lagi..sekarang pun aku dah rasa homesick nya .
Bagi la nasihat sampai sentap jiwa raga aku pun, takpe. aku terima.
sekian.
– laila