EX PSYCHO @ DIBURU DOSA SEMALAM
Aku sering mengikuti semua confession yg ada dlm page ni dan sedikit sebanyak buatkan aku rasa na confess jgk dlm ni. Thanks to admin kalau dpt approvekan cerita sy ni. bukan utk buka aib sendiri tp aku perlukan kata2 nasihat, doa mahupun tunjuk ajar utk aku hadapi EX aku yang aku tak tahu kenapa terlalu susah utk lepaskan aku.
Aku ni perempuan. Perempuan yg penuh noda dan dosa. Aku penah melakukan kesilapan pd zaman percintaan aku di zaman sekolah. atas kebodohan sebagai seorang pelajar sekolah yg ingin bercinta, akhirnya aku terjebak dlm dosa yg hina. aku terlanjur. Kononnya atas dasar cinta. Cinta yg sgt lah bodoh bila aku fikirkan skrg. Ya Allah.
Mak aku tak penah merestui pun kami couple. Betul orang cakap cinta berdasarkan nafsu tidak menjamin apa-apa pun. Tamat persekolahan aku mintak putus disebabkan aku ingin melanjutkan pelajaran dan kerana tiada restu dr mak aku. tapi EX aku tak dpt terima sampai sekarang dah 3 tahun pun dia masih menganggu aku.
Segala maki hamun, ugutan dia beri pada aku. Dia sanggup stalk aku, stalk kawan2 yang aku berkawan sbb dia nak tau apa yg aku buat, dgn siapa aku berkawan. sampaikan aku jadi bingung dan buntu apa yg patut aku buat sampaikan aku rasa nak bunuh dia yg sering mengugut aku utk bgtahu benda sebenar pada mak aku.
Aku tak sanggup kalau berita yg aku ni sudah terlanjur sampai dekat mak aku. Aku takut dan tak sanggup nak hadap apa yg akan jadi kalau mak aku dapat tau.Ya Allah. Aku harap semua dapat berikan nasihat utk aku hadapi semua ni. Tolong berikan nasihat dan apa yang patut aku buat dekat EX aku tu.
– -sis buntu-