BF selfie – 5:33 PM

BF selfie

Assalamualaikum..
Kepada brother2 dan sister2 sekalian..moga di rahmati Allah swt.

Tujuan sy menulis di ruangan ini adlah ingin menjelaskan SEKALI lagi.bagi mereka2 yg tidak faham..Sy doakan moga tuhan memberi kefahaman buat anda semua.

kita dikejutkan dengan isu Breastfeeding selfie.ingin sy nyatakan pendirian sya bahawa, sy sama sekali tidak menentang bagi para wanita2 yg ingin menyusukan anak mereka dengan susu mereka.bahkan islam menganjurkan perkara ini.Allah berfirman dalam sebuah ayat..

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”.(al-baqarah 233)

sya ingin jelaskan disini bahawa ada perbezaan yg ketara diantara:
1)menyusukan anak di khayalak awam
2) menyusukan anak dan kemudiannya selfie.

kedua2 point ini termasuk kepda semua wanita, sama ada ia menutup aurat atau sebaliknya. Bagi point yg pertama; menyusukan anak dikhaylak awam adalah harus (boleh) dilakukan jika ada sebab2 yg munsabah antaranya:

a)Dikhuatiri bayi tersebut akan sakit jika tidak diberikan susu bila tiba waktunya.
b)Bayi tersebut lapar dan inginkan susu. dan sebab2 munasabah yg lain.

jika si pelaku itu sengaja menyusukan bayinya tanpa sebab2 yg relevan.maka perkara ini adlah dilarang didlam agama.
Apa yg ditentang oleh agama adalah point yg kedua.
kenapa ia ditentang padahal wanita itu telahpun menutup aurat..dan tidak nampak sedikit pun aurat mereka di dalam gambar tersebut? takkan itu pun salah?.

Sya jawab, bagi para2 wanita, kalian suma harus paham apa makna aurat yg sebenarnya, hakikat aurat. Adakah kalian fikir tuhan sengaja meletakkan batas pada tubuh badan kalian tanpa sebab? sya cuba jelaskan apa yg dimaksudkan oleh aurat disini.
Dalam agama Islam, tiada arahan untuk memakai tudung atau menutup kepala. Sebenarnya adalah menutup aurat, menjaga kehormatan diri dan menutup keaiban diri.

Islam menyuruh kita memakai pakaian yang boleh menutup aurat demi maruah dan juga keaiban diri kita. Jangan pelik kalau pakai tudung tetapi dia tetap sibuk nak tayang bagaimana cara breast-feeding. Sbb, dia hanya tutup kepala dan bukan maruah dirinya. Jangan pelik kalau pakai tudung tetapi dia tetap hisap vape atau hembus asap rokok. Sbb, dia hanya tutup kepala dan bukan keaiban dirinya. Jangan pelik kalau dia pakai tudung tetapi tetap melakukan benda yang salah. Sbb, dia hanya tutup kepala dan bukan ikut syariat Islam.

Aurat pada hakikatnya bukan sekadar menutup ap yg disuruh tp lebih besar dari itu.Jika para wanita yg menutup aurat dengan jilbab dan ditambah dengan niqab sekalipun ia tidak dikira mnutup aurat jika perbuatannya tidak menutup maruah dan aib dirinya. Sebab kayu ukur iman itu bukan hnya pada pakaian tetapi temasuk juga tingkah laku.

Jika kalian fikir dengan akal yg waras..Apakah sebab wanita itu mengupload gambar BF di media sosial?.Jika berniat baik sekalipun, contohnya ingin mengadakan kempen BF..bagi sya tidak perlulah gambarnya diupload secara public…cukup sekadar menulis artikel tentang kebaikan pennyusuan ibu tanpa membuka pintu2 fitnah yg lain.

wanita dizaman rasulluallah amat menjaga maruah mereka dan keaiban dirinya kerena mereka paham itu kehendak tuhan dan agama. Jika kita berbalik kezaman dahulu kala dimana para ibu2 melayu..amat sopan tingkah lakunya..menjaga adab ketimuran…termasuk dlam soal penyusuan ibu..jika kalian imbas kembali apakah ibu2 terdahulu melakukan hal yg sma seperti ibu2 sekarang? sama sekali tidak..kerana mereka paham ap itu malu..apa itu maruah dan apa itu agama.

dalam sebuah hadis
"..Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu."(HR bukhari)

islam mengajar tentang sifat malu dan keutamaannya dlam kehidupan sehrian..bahkan disebut di dalam riwayat lain bahwa malu itu adalah sebahagian daripada iman. Jika kita paham, sifat malu itu sendiri antara aspek yg sangat besar di dalam islam.Bahkan sifat malu itu membawa seseorang kedalam syurga.

“Malu adalah bagian dari iman, sedang iman tempatnya di Surga dan perkataan kotor adalah bagian dari tabiat kasar, sedang tabiat kasar tempatnya di Neraka.”(HR ahmad)

kesimpulannya, sya sama sekali tidak mennetang penyusuan ibu secra awam atas sebab2 yg munasabah..dan apa yg ditentang adlah BF dan kemudiannya selfie. Pesan sya, baca ap yg sy tulis sebaiknya..sy penat melayan komen2 yg sama dan berulang kali. seperti isu lelakiyg bernafsu tinngi yg telah berulang kali sy jawab pada komen sebelum ini..tetapi soalan yg sma tetap muncul berulang kali..jika sy tidak melayan, maknanya sy sudah jawab pertanyaan kalian pada post ini ataupon pada komen sy yg lalu.

sekian dari sya. moga allah rahmati kita semua,Asslamaualaikum smile emoticon

– semut

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *