Assalamualaikum dan hi semua, orang suka panggil aku mak jemoh mungkin sebab aku ada sebuah cafe yang diberi nama “mak jemoh cafe house” di kuantan. harini aku nak sentuh sikit isu mengenai cable bukan cable car, bukan cable elektrik mahupun cable segala jenis wayar di dunia. tetapi cable kerja.
niat aku cuma nak berkongsi pandangan dan pendapat mengenai apa yg berlaku dalam kehidupan zaman aku ni agar sama2x kita “learn from it” okay?baiklah,aku perhati sepanjang aku membesar dalam dunia pekerjaan generasi sekarang ni. aku tengok zaman ni zaman dimana mentality orang2x sekarang akan kaitkan “cable dengan kerja yg ada di pasaran”.
contoh:
“eh anak dia tu dapat kerja kerajaan bolehla,cable kemas. bapak dia dato sri wehhh baik dengan pengarah2x”
“bolehla dapat kerja situ, syarikat tu kawan ayah dia punya”
and the list goes on.
mesti korang pernah dengar kan benda2x macam ni semua? sejujurnya aku rasa semak sangat kalau dengar dialog2x kat atas. seolah2x yg menyampaikan dialog tersebut anggap “semua yg dapat kerja bagus semua yg ada cable”. dah macam hipotesis pun ada ni. tapi ketahuilah bahawasanya, tanggapan anda salah sekali. kenapa aku cakap macamtu? sebab aku melalui sendiri fasa2x interview kerja di mana orang atasan sekeliling aku mempunyai hubungan sama ada dengan aku atau keluarga.
selalunya kerja yg paling hot digosipkan sekarang mestilah kerajaan sebab susah nak dapat kerja kerajaan ni. banyak saringan demi saringan. dengan interview yang beratus padahal jawatan kosong 10 je. fuh gila tak susah? pengalaman aku, aku interview sebanyak 5 kali dalam sektor kerajaan. 4 kali tu aku gagal dipanggil untuk ke peringkat seterusnya. kali keempat, alhamdulillah rezeki. dapat juga masuk kerja kerajaan. rezeki Allah SWT. masa tu aku sebagai calon simpanan bukan lantikan biasa maw tak calon simpanan? 5 kali interview weh.padahal, yang handle interview aku tu kawan bapak aku je and ada je ayah sedara aku orang atasan. even ayah aku sendiri orang kerajaan.tapi!!! aku tengok orang yang sama interview dengan aku dia pulak yang dapat kerja. dia takde cable, orang biasa yang datang interview berbekalkan usaha, redha dan tawakal. macam mana aku tahu? PNC.
serba sedikit apa yg aku boleh bagitahu zaman aku interview. bukan senang2x, walaupun dulu pernah rasa diri tu gah sangat sebab ada cable. tapi aku silap. ayah aku siap kaunseling aku siang malam suruh study sebelum masuk interview ayah aku cakap results interview rendah kau cable besar mana takan dapat masuk jugak! and yes aku melalui prosedur biasa masa interview kerajaan. takde jalan pintas atau masuk dalam bilik interview tu sekadar senyum kambing keluar bilik 3 bulan selepas itu,dapat kerja. kalau korang nak tahu, aku still diberi soalan susah2x masa interview dulu.walaupun yg interview aku tu kawan ayah aku sendiri.
bukan tu je, aku dulu pernah kerja sebuah syarikat swasta iaitu syarikat “perunding ukur bahan”. aku berkawan rapat dengan seorang qs ni. suatu hari dia dapat interview jawatan qs under kerajaan. pulak tu interview jawatan tu 1 kekosongan je!!! punyanya dia susah hati dia tak dapat sebab dia kata majoriti yang sama interview dengan dia siap bersurat sign orang besar untuk dapatkan kerja ni.dia pulak? tak kenal siapa2x sekadar buat yang terbaik masa interview je dia mampu.
at the end kau tahu siapa dapat?
dia dapat!!!! ya allah masa dia dapat ni aku pulak terlebih bahagia sebab aku tengok dia hari2x solat dhuha waktu pagi. kagum aku dengan dia ni. aku pun apa lagi, aku tanya la dia camne weh kau boleh dapat? dia cakap tiap malam aku solat hajat + aku mintak mak aku doakan. don’t u see??? tak perlu cable la kalau nak masuk kerja bagus2x ni.
banyak lagi sebenarnya apa yang aku lalui mengenai cable dengan kerja2x sekarang ni.
apa aku boleh cakap, cable kerja ni takdelah sehebat mana yang korang semua imaginasikan. yang makcik pakcik bising2x anak dia tak dapat kerja sebab takde pok2x kerja kerajaan atau mana2x syarikat hebat tu suruhla dia baca artikel aku ni hihihi. anyway, semuanya bergantung pada usaha korang sendiri,diikuti doa, tawakal. sentiasa update borang kerja kerajaan dan sentiasa ikuti perkembangan semasa kalau nak kerja bagus.
aku nak selit sikit pasal permulaan sesuatu kerjaya. korang kena ingat, jangan sombong untuk mula dari bawah. jangan malu kalau kau ada degree tapi kena kerja butik baju, kena kerja kerani kat office kontraktor. jangan malu. dulu aku pun kerja biasa2x je. tapi dengan kerja biasa tu la aku dapat ilmu yg banyak sekaligus pengalaman yg bertimbun siap boleh buka business sendiri dari basic kerja2x biasa aku sebelum ni. paling penting bila berada di atas aku faham macam mana berada di bawah. ada tu dia dapat kerja kerajaan gred 17 tak nak sebab ada degree. tah pape betul padahal apa salahnya kau mula dari bawah nanti apply jela naik gred. ingat senang ke keluar degree terus masuk gred 41. ada je tapi bukan senang, so kalau dah dapat apa salahnya masuk dulu.
kesimpulannya,bagi aku cable ni macam rezeki. ada cable tu satu bonus. act, aku tak adalah maksudkan cable ni tak dapat tlg langsung. sebenarnya sedikit sebanyak ada yg berjaya membantu. cuma still kepada prosedur masuk kerja yg sama. tak ada jalan pintas. selamat maju jaya semua. terima kasih admin iium sebab siarkan artikel ini. akan datang ada rezeki aku nak berkongsi cara2x interview kerajaan pulak/pengalaman kerjaya aku daripada swasta kepada kerajaan/pengalaman business aku. excited nak berkongsi pengalaman dengan korang semua supaya kita sama2x belajar perbaiki diri.byee
“buat apa nak takut tak ada cable manusia, Allah tu sebesar2x cable”
– mak jemoh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit