egokah aku?
aku dah dipertengahan 20an. masih bujang trang tang tang. takde pakwe.takde kawan lelaki. sebab apa? sebab aku macam takut dengan orang lelaki. tak pernah kawan dengan lelaki. tapi,aku selesa begini.
kalau ada yang mendekat, sedaya upaya aku berlari. kalau ada yang text, cepat2 aku ignore. tanpa beri peluang untuk mereka membuka bicara. cantik ke aku? bagi aku,tak. dulu,aku sendiri tak faham kenapa aku sering diganggu? nak cakap aku tak tutup aurat, alhamdulillah semuanya terjaga.
dulu,aku bengang. kenapa lelaki suka kacau aku? kadang2 bila aku naik motor,pernah datang dua orang budak lelaki menghimpit motor aku. aku malu. rasa seperti maruah diperkotak-katikkan. tak cukup dengan itu, pelbagai hinaan yang aku terima. semuanya seolah-olah tak berpuas hati dengan aku. seperti aku yang menganggu hidup mereka.
kadang2,aku teringin nak ketuk kepala mereka. apa yang mereka nak dari aku? memang pernah ada yang hulurkan salam perkenalan. tapi,awal2 aku reject.aku tak sedia nak berikan cinta. sebab masa tu & sampai sekarang sebenarnya, aku masih lagi tertanya2. kenapa perlu tawarkan cinta dengan mesej2,calling2,dating2? kalau boleh, aku nak lelaki yang gentle.terus jumpa wali. tapi,apa yang aku nampak semuanya macam nak main2. ke aku yang suka sangka buruk?
bila dah umur tua macamni, mak ayah aku pun dah bising bila nak kahwin. aku diam. aku teringin nak cakap, aku nak kahwin. tapi,putera tak turun dari langit lagi.~puiiii. tapi,sebenarnya aku rasa macam aku trauma bila aku banyak baca kes keruntuhan rumahtangga. suami main kayu tiga,kayu empat.suami tendang isteri,suami tak bagi nafkah.suami sosial.suami itu suami ini.
Bila tengok kes2 macamtu, buat aku meremang. tegarkah aku terus membujang? tapi, bila tengok dunia sekarang yang seperti sarat dengan lelaki 'kejam'.aku duduk berfikir. kenapa lelaki jadi begitu? kenapa tak contohi akhlak Rasulullah?
Aku bukan mencari yang perfect. tapi, aku sedang mencari seseorang yang dapat menyempurnakan kekurangan aku. jadi,tujuan aku membuka cerita ni bukanlah untuk tunjuk aku baik. tapi,aku perlukan pedoman dari kalian untuk ubah sikap aku yang terlalu huduh ini.
mohon jangan bash.tata
– cik dahlia