psoriasis
Aku dah lama ada penyakit psoriasis ni. Dari aku tingkatan empat hingga sekarang umur aku dah 25. Dan sekarang aku syak penyakit aku dah makin teruk. Sebab dia dah jadi psoriatic arthitis. Aku tau benda ni pun sebab aku banyak google tentang penyakit aku ni. Kuku aku timbul lekuk-lekuk. Aku dah pernah makan ubat hospital sampai satu tahap aku dah tak nak makan dah. Rambut aku jadi beruban sebab banyak sangat makan ubat. Aku dah try macam-macam dari perubatan moden sampai la perubatan tradisional. Tapi tetap penyakit aku tak sembuh-sembuh. dia hanya akan berkurang sahaja tapi sejak akhir-akhir ni dia jadi makin teruk. Mungkin sebab aku stres kot. Jadi kat sini aku nak tanya sapa-sapa ada family atau diri sendiri yg ada penyakit ni. Ada chance tak untuk penyakit ni sembuh? kalau ada apa yang korang amalkan atau tempat/ubat yang boleh mengubati penyakit ni?
– kim