OBSESILARU – 3:09 AM

OBSESILARU

Assalamualaikum.

Thanks kak min kalau approve. Kalau tak approve…redha jelahhh.

Aku nak mintak pandangan.
Nasihat. Cadangan.

Aku rasa aku ada masalah berat.

Camni,
Aku kalau sayang orang, aku memang setia gila, aku takkan betray,apetah lagi curang atau mengutuk atau buat pelbagai onar. Malangnya aku jadi over clingy, over protective, jadi detective, defensive, pembebel tanpa bayaran, control freak dan sebagainya.

At the end, aku kena dump macam sampah siap dapat title "annoying". Ni betul2 sampah. Pasal dia left without notice or argument. Bukan kenal setahun. Bertahun.

Sedih & sakit dia tu lagi hebat dari cinta y terhalang selama 15 tahun 10 bulan 4 hari tu.

Sadisnya…It's already been a year. Aku masih belum totally move one dan lupakan manusia tu. Ha ah. Bunyi mcm loser, bodoh kan? Aku dah doa..usaha pun dah.still tak dihilangkan. Atau ada y aku masih tertinggal? Mungkin ada hikmah….Aku terperangkap dalam sangkar keloseran dan terus simpan sebaki harapan. Losernya aku…

So..demi melawan keloseran,Aku try berubah. Aku jauhkan diri dari semua. Treat everybody sama. For sure aku dah fobia ttg kepercayaan & hubugan.Takut weh. Takut dgn manusia tak berhati perut dan takut diri sendiri.

Last2..aku jadi lone ranger y takde best buddies or partner.
Ni mmg totally lone ranger. Takde dah nk kongsi cter..gossip2. Luah2 rasa.aku Telan je semua sendiri.Buat masa ni, obsesi aku tu mcm dah dibungkus kemas dan dibekukan dalam peti ais besi,berkunci.

Tapi aku tak happy. Sebab aku tahu aku tak jadi diri aku sendiri.

1. Creepy sgt ke obsesi aku ni?
2. Memang tak boleh ke terlalu ikhlas syg orang?
3. Patut ke aku buang terus obesisi aku ni?
4. Macam mana nk halang dari jadi obses lagi?
5. Macam mana nak buang?
6. Mana nak cari manusia yang reti menghargai dan ikhlas?

Sekarang. Aku benci diri sendiri. Sebab obses. Bodoh. Fake. Tak pandai menilai. Lemah. Tak charming. Semualah!!!

Aku tengah semai dan mencari cinta Allah..tapi dek kerana berkeraknya hati dan mahalnya CINTA DIA. Jalannya tak mudah. Berulang kali aku kalah.Aku lelah.

Sampai lah aku terfikir nak meluah disini.

Thanks sudi habis baca.

– Non IIUM- MJ

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *