Manisnya hikmah Tuhan – 8:51 AM

Manisnya hikmah Tuhan

Salam bros & sisters.

Sy nak cerita dulu upsr sy 4A1B, sy teringin sangat nk bersekolah di skolah elit. Tapi takdapat tawaran sana pun, takda rezeki. So sy bersekolah di sekolah biasa, sekolah luar bandar. Sy tak suka skolah tu sebab org asyik kutuk sekolah tu. Lama-lama sy jatuh cinta dgn persekitan sekolah, alhamdulillah dgn hadirnya pengetua baru yg membawa ajaran Islam yg sempurna. Ada org kata sekolah kami mcm skolah agama dah ?

Ok, masuk form 3. Sesuatu yg tak pernah sy sangka berlaku. Parents sy divorced. Sy ada sewaktu ayah lafaz talak (dalam mahkamah). Sy pun sempat lihat ibu & ayah berpeluk memohon maaf sebelum berpisah. Waktu tu, air mata sy mencurah bagai tiada henti. Peguam (ibu ambik peguam untuk uruskan hal ni) peluk sy, cuba tenangkan sy. Ramai juga yg nasihat sy, beri kata-kata motivasi memandangkan thun tu sy nak PMR.

Oh ya, ayah & ibu bercerai secara baik. Alhamdulillah selepas berpisah, hubungan ayah & ibu baik-baik saja. Tiap bulan ayah dtg jumpa sy di rumah utk beri belanja sy sebanyak rm800 (memang sudah ditetapkan), sy guna utk bayar tusyen, kadang sy beli juga utk belanja dapur, belanja skolah dan selebihnya disimpankan dalam bank. Sy tinggal dgn ibu. Ye, kami berdua saja. Ibu tiada kerja, cuma aktif dlm politik & persatuan. Perbezaan umur sy dgn kakak 12 tahun, abg pula anak angkat. Kehadiran sy tak dijangka pun! Kakak engineer, abg kerja offshore. Hujung minggu baru diorang ada di rumah.

Alhamdulillah utk PMR, sy dapat 8A. Paling sebak bila tengok muka ibu nangis gembira. Sy pasang niat utk pindah ke SBP. Tapi sekali lagi, Allah tak izinkan. Sy redha. Ye la, sy fikir juga–siapa dgn ibu kalau sy pergi? Takpalah, sy teruskan perjuangan di sekolah biasa tu. 6 bulan saja sy mampu bertahan dlm science stream, kemudian sy tukar aliran. Nak tukar aliran pun ambil masa sebab cikgu sukar nak lepaskan sy. Jumpa pengetua, jumpa pk1, jumpa ckgu kaunseling. Alhamdulillah akhirnya diizinkan & sy mula belajar d kelas baru seminggu sebelum exam. Alhamdulillah dapat catch up dgn baik.

Sekarang tengah tunggu result. Sy tak kerja sebab ibu tak izinkan memandangkan ayah sy sedang sakit di hospital. Mak tiri yg jaga ayah (Yes, ayah taknak ceraikan ibu dulu. Tpi ibu tak mampu nak berpoligami). Sy cuma ke hosptal pd wktu pagi smpai petang kmudian balik rumah. Siapa sangka, ayah sakit pun ada hikmah. Sy, abg & kakak semakin rapat dgn mak tiri. Dia jga ayah dgn penuh kasih sayang. Ibu pun dah berbaik dengan mak tiri–siap boleh berpeluk lagi tu.

Bila sy fikir balik smua yg berlaku ni tersangat banyaklah hikmahnya. Kelahiran sy pun suatu hikmah–ye la, peneman setia ibu. Tak mampu sy nak coretkan semua di sini. Ni pun sudah cukup panjang sy rasa. Sabarnya org yg sudi membaca coretan sy ni.

Lastly, nak minta pdapat bros & sisters..sy berminat dalam bidang law. Dan teringin nak sambung belajar di CFS iium. Kalau takda basic bhasa arab macam mana ye?
dan…sy risau sekiranya ibu tak nak lepaskan saya jauh. Sy nak juga belajar hidup di negeri orang. Doakan sy cemerlang dunia akhirat. Jzkk!

– meowww

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *