aku dan maksiat
Assalamualaikum.
Tujuan aku sekadar berkongsi rasa hati. Kalau admin sudi approve, terima kasih. Kalau ada yg sudi baca, juga terima kasih.
***
Aku menangis teresak-esak di sebuah bilik kecil yang terletak di hujung bangunan sederhana tinggi. Pagi tadi, aku terima dua berita yang sungguh menyesakkan dada.
Aku buka applikasi whatsapp. Banyak mesej yang belum di baca. Kemudian aku pilih untuk baca hanya dari seseorang yang aku pernah meletakkan seluruh hati aku padanya.
Dia jujur denganku, menyatakan aku tiada lagi dalam hatinya. Aku menangis lagi. Lebih kuat bahu ku bergegar sambil tangan menakup mulut ku agar tiada siapa mendengar tangisan ku.
Allah…aku tak mampu.
Sedari aku menyebut nama Tuhan, aku tersentak. Untuk seketika, di dalam mindaku, terlayar segala dosa dosa yang telah aku lakukan selama berpuluh tahun hidup di dunia ini.
Ketika aku berusia seawal 15 tahun, aku sudah mengenal apa itu nafsu. ayah ku menghantar aku sehingga ke pusat tuisyen, tapi aku sengaja meminta untuk dihantar awal dengan alasan untuk membaca buku.
Tetapi yang sebenarnya,aku telah berjanji dengan lelaki idaman hati untuk berjumpa. Lalu kami berjumpa tanpa siapa pun yang melihat. Dan maksiat pun berlaku.
Sejak itu, hidup aku dipenuhi ramai jejaka2 yang tergila2kan aku kerana rupa aku yang cantik.
Setiap kali aku keluar berjumpa dengan mereka, maksiat pasti akan berlaku. Sehingga ianya dah sebati dalam jiwaku.
Aku pelajar yang agak cemerlang. Malangnya aku tidak pernah bersyukur.
Bukan aku tak pernah ingin bertaubat dan cuba untuk kembali ke pangkal jalan. Aku sudah cuba tapi acap kali tersungkur dan aku kembali hanyut dalam duniaku yang kelam.
Mahkota ku masih terjaga rapi. Tapi sudah basi kerana tidak terkira tangan yang menyentuh.
Kini aku sudah berusia awal 20-an. Aku masih hidup dalam lembah yang hina. Solatku masih lagi rapuh. Quran? Sudah lama aku tidak menyentuh. Apatah lagi mengalunkannya.
Bukan tidak pernah mencuba, pernah. Tapi sering kali gagal.
Aku bertanya kepada Dia, kenapa aku wujud di dunia ini jika aku akhirnya bakal dihumbankan ke neraka jahanam?
kemudian, aku terpaku sebentar. Kita punya pilihan. Untuk ke syurga atau neraka.
Jadi aku kembali menyalahkan diriku. Aku yang mengabaikan Penciptaku. Aku yang membiarkan nafsu aku menjadi tuan.
Aku lupa siapa Tuhan dalam hidup aku. Aku lupa!
ya Allah..ya Tuhanku..
Kawan kawan semua, titip kan doa kalian buat aku. hati aku telah kotor dan gelap. Aku mohon.
– aku si pendosa