Aku, Mimpi Dan Impian – 12:47 PM

Aku, Mimpi Dan Impian

Assalamualaikum admin dan sahabat2 seislam yang sudi membaca confession aku.. pertamanya, tenkiuu banyak2 admin sudi approve confession aku. aku rajin buat posting kat sini. Tapi, selalu je lupa nak cakap mekasih kat admin..hehe

Isu yang aku nak bawa harini adalah berkaitan life goal. Tapi, sebelum tu izinkan aku membuka cerita. aku gegurl, hanya insan biasa. Satu hari, Allah datangkan suatu 'teguran' dalam bentuk mimpi. ya,mimpi. bagi orang biasa, mereka akan cakap mimpi tu mainan tidur. tapi,tidak bagi aku yang alpa lagi lalai nie. Allah datangkan mimpi pada aku berkaitan dengan kiamat. takut tak dengar? bergetarkan rasa hati bila cakap pasal kiamat? amal tak cukup, apa nak bawa untuk menghadap Allah nanti? Allah tak pandang pun kereta ferrari yang kau ada. ok,stop melalut. sambung balik.

Dalam mimpi tu, aku berada di tengah2 manusia yang sedang huru hara. Keadaan sangat kucar kacir. Semuanya sedang cakap, kiamat dah dekat. Masa tu, aku cakap kat diri aku,"Ya Allah, dah tak sempat nak buat apa2 dah nie."..Maksudnya, kerana kiamat yg dah dekat tu,aku dah tak sempat nak buat sebarang amalan. Hanya perlu menanti dihisab Allah. Sungguh, takut sangat keadaan masa tu. Mimpi tu rasa real sangat. Rasa macam betul2 kiamat dah jadi.

Bangun dari tidur, aku pandang sekeliling. Pandang diri sendiri. Tak percaya yg keadaan semuanya ok. Sebak. Sebab Allah beri teguran dengan cara begitu. Katakanlah,Allah tak tegur aku langsung. Then, tahu2 je dah kiamat. macamana keadaan aku masa tu? mesti masa tu akan cuma menanti masa untuk dicampak ke dalam api neraka kan? Allah…

Jadi, rentetan dari mimpi aku tu..aku nak ajak kita sama2 berubah. admin, saya mohon agar page iium confession nie juga dijadikan sebagai medan dakwah. supaya kita sentiasa berlari-lari mengejar redha Allah. aku tahu, kat page nie ramai orang yang nak kenal islam. nak dekat dengan islam. jadi,apa salahnya kita jadikan page nie juga sebagai wasilah untuk orang mendekat dengan Allah?

Bukan aku menghalang dari sahabat2 lain posting pasal cerita, masalah dsb..tapi,kalau boleh aku nak page nie dijadikan medium untuk kita sebarkan cinta Allah. Cuba toleh ke belakang kejap, tengok berapa ramai dari kalangan sahabat2 kita, sedara mara,tok nenek,cucu cicit kita yang dah berlalai dari rahmat Allah? Aku yakin,takde orang yang taknak kasih sayang Allah. semuanya nakkan?

And mana2 sahabat yang ada masalah apa2,kita sama2 bantu.mana2 yang cuba nak tinggalkan kisah silam n nak move on, kita sama2 hulurkan tangan. paut tangan dia erat2. Dia saudara kita, menjadi kewajipan kita untuk sama2 hulurkan bantuan juga sokongan. Aku nak kita sama2 masuk jannah. Aku nak jumpa korang yang baik2 nie dalam syurga Allah. Aku nak kita sama2 duduk lepak sambil makan buah dalam jannah. Kita jadi baik sama2 ye?

InsyaAllah,aku yakin kat sini ramai para asatizah yang mana boleh tolong orang yang perlukan bimbingan. InsyaAllah,aku juga boleh bantu seandainya diperlukan. sebab aku sayang korang sangat2 kerana Allah..Jadi,jom sama2 kita jadikan syurga Allah sebagai life goal kita !

– Aku Bukan Ustazah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *