Geram – 10:21 PM

Geram

saya berbangga kerana mahasiswa kini ramai yang pandai dan pintar, hebat berdakwah untuk agama,lantang bersuara tentang politik,kreatif dalam menjana ekonomi, pakar dalam matematik, bahasa,kejuruteraan, kedoktoran, dan segala ilmu kepunyaan Allah di bumi ini.tapi sayang seribu kali sayang, sebilangan mereka saya tak pasti tidak tahu ataupun tidak diajar tentang akhlak/ budi bahasa/adab pekerti.

sedih bila tengok coretan sebilangan pelajar yang tanpa segan silu mencela,mencarut,mengumpat "pak cik guard/ trafik uia" di media sosial mereka secara terbuka. dan kadang kala tanpa segan silu membuat status berunsurkan kebencian berserta gambar pakcik yang sedang menjalankan tugas, dan kau rasa?? cuba bapak ko tengah buat kerja menjalankan amanah sbg seorang polis, then tiba2 orang tangkap gmbar dia and tulis kata-2 celaan?

kalau ko tak salah takdenya dorang nak saman2 korang der. ape diaorang dapat?? kalau dah salah tu tetap salah. jangan ko nak tambah dosa ko update status kurang ajar lagi2 kt group iium online tu. kesian dorang, bila nak jalankan tggungjwab korang marah,lepastu ckp dorang makan gaji buta.

bila guard tutup gate dan tak bagi kereta masuk sbb dlm kereta korang ade laki, korang marah, cakap menyusahkan orangla, abis kalau penceroboh masuk? mcmlah pkcik mkcik tu tahu2 konpem abang ko ke ayah ko ke,pakwe ke sugar daddy ko ke…kalau ade penceroboh?? guard juga korang salahkan. kalata diaorang tak buat kerja.
dan salah ke dan susah ke , angkat tgn,senyum atau ucap terima kasih bila dorang jadi kuli korang bukak kan gate bila korang balik lewat ?

walaupun begitu,,bukan semua mahasiswa yang bersikap begini,,ramai lagi insan uia yang sebenarnya tahu adab kesopanan dan menjaga akhlak masing2. terlalu banyak sangat kebaikan di bumi uia ni yang saya pun belajar daripada mereka. terlalu banyak. uia ini ialah bumi cinta dan kebaikan. namun segelintir daripada kita merosakkannya. akhir kata, saya tahu post saya pun kurang ajar, tapi saya saja update post ni kurang ajar biar orang yang kurang ajar tu tahu dan terasa pedihnya hati orang yang mereka kurang ajarkan selama ini. ambil yang baik dan buang yang buruk daripada saya, saya manusia dan banyak juga khilafnya. assalamualaikum

– #buahoren

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *