Lelaki tu
Aku dulu budak UIA. Background sekolah omputih. Jadi, pendidikan Islam kira kategori hancur. Tapi retilaa baca al-Quran. Pakai tudung tingkatan empat. Solat pegang. Tapi tangguh-tangguh. Bacaan pun kalah bullet train. Tu yang nekad nak UIA. Dengan harapan UIA dapat tolong halau setan-setan kat dalam ni. Masuk UIA third intake. SPM bukan straight A. Aku pun tukar aliran. Asasi BI. APT semestinye lvl 1. EPT lvl 6 . So aku buat setahun je. Dalam hati memang takabbur. Itu baru lvl 6. Belum exempted lagi. Padahal CGPA sekadar 3.0 sem pertama. Bukan 4 flat. Tapi aku senang hati. Tak macam kat matrik dulu. Tiap hari masuk kuliah, buat tutorial, buat report. Dalam otak habuk pun takde. Duduk sini revise 2 jam sebelum exam pun boleh dapat paling cikai B. Bayangkan kalau aku study betul-betul. Sem pertama aku buat banyak musuh. Dengan budak dorm. Dengan "bestfriend" ex aku. Dorang yang cari pasal dulu. Aku bodoh melayan. Masalah dorang-dorang ni ade geng. Bila jumpa salah sorang dorang main perli2. Aku akan jawab bagi dorang terdiam. Sebab dorang tau dorang nak tegakkan benang basah. Macam budak-budak kan? Ingatkan dah masuk U semua matang. Tak. Masuk sem kedua aku ingat boleh elak drama-drama ni. Takabbur pun dah kurang bila tengok result tak gempak mana. Contact hours 31 jam. Aku ingat lagi, hari khamis start dari 7:30pg sampai malam. Full. Aku tak buat short sem. Jadi bilik aku sorang je kat blok A. Bilik budak third intake lain blok lama. Aku ni jenis kurang feminin. Bukanlaa tomboy. Tapi lebih selesa dengan budak lelaki. Aku tak selesa setengah perempuan yang pretentious. Aku lebih aku bila dengan budak lelaki. Jadi aku biasa-biasakan tegur budak lelaki dalam kelas aku. Dorang baik-baik. Segan-segan. Ade jugak antara dorang yang flirty. Tapi aku tak pasang niat bercinta ke apa ke. Aku pun baru lepas break macam dah putus asa dengan lelaki. Buat kawan bolehlaa. Aku mula rapat dengan dorang. Aku taktau kalau ade yang dengki. Kot- kot aku melepak dengan crushes dorang. Ade sorang budak lelaki ni dia cuma sama class dengan aku dua tiga class. Baru aku tau dia extend kat situ. Setahun sepatutnya. Tapi first intake. Dia suka conteng dinding kawasan campus. Dia bijak. Tapi overthinker. And very manipulative. Senang cerita not at all a critical thinker. Barrier, fallacy semua dia langgar. Tak macam budak lain. Dia yang tegur aku dulu. Dia pushy. And insomniac. Aku akan teman mesej dia sampai subuh. Aku memang tak cukup tido. Malam mesej. Siang pergi kelas. Satu hari. Waktu tu exam. Dia bawak pen je sebatang. Lepas exam dia bagi aku. Tumpang katanya. Malam 15 minit sebelum mak guard tutup pagar aku turun nak bagi pen dia. Disebabkan overthinking dia, banyak benda yang dia nak bincangkan. Kami overnight. Kat sini aku buat antara kesalahan terbesar dalam hidup aku. Kami tak bawak duit. So aku paksa dia duduk tempat yang ade orang. Campus was a no-no. Silap2 kena halau dengan mak guard. So kitorang lepak 7e. Around 2 am, kami terserempak dengan member dia dari USIM. Dia pinjamkan kami sikit uang. "Jaga anak dara orang". Dia cakap. Aku selesa terlalu awal. Kami duduk kat McD. Pukul 5 dia nak jalan-jalan. Aku tolak. Aku nak tunggu hari cerah baru balik. Memandangkan aku tengah uzur. Tapi dia desak aku. Aku ikut. Ngam-ngam depan dataran dia buat permintaan pelik. "Nak pegang tangan kau boleh?" Aku tak suka. Sejahil-jahil aku, "kawan" bukan tiket untuk bertepuk tampar, pegang tangan, berpeluk selfie. Dia pegang je. Siap hayun-hayun. Aku mula "kaku". Aku tak melawan. Walhal dia dah rampas personal space aku. Aku tak selesa. Tapi aku biarkan. Dia buat lagi permintaan pelik. Kali ni mintak kiss. Aku tolak jugak. Tapi dia buat jugak. Sakit bibir aku. Bengkak siangnya. Nasib aku pakai pad. Aku boleh rasa kemaluan dia yang bernafsu disebalik pad. Sedangkan azan berkumandang. Aku rasa berdosa. Walaupun aku taknak. Aku nangis tengok muka mak ayah. Aku nangis berhari. Paper selepas tu aku banyak tinggal kosong. Aku cerita kat dua orang geng third intake. Dengan harapan aku tenang. Aku berhenti nangis bila lelaki tu bagi aku satu anology: kalau aku mintak maaf pun, tak guna. sama macam aku mintak maaf dekat mak orang lepas aku dah bunuh anak dia. Aku biar otak aku dimanipulasi. Aku dikongkong. Dia tak senang tengok aku lepak dengan kawan lelaki aku yang lain. Seolah boyfriend yang cemburukan girlfriend. Sampai ke tahap mendoakan kematian aku. Aku langsaikan sem 2. Alhamdulilah pointer naik satu persepuluh inci. Dapat masuk gombak. Seronok. Tapi aku kena tinggalkan semua geng aku di Nilai. Masuk gombak aku mula sorang. Aku tak seceria dulu. Aku tak aktif dalam class. Aku bagi peluang orang lain ambik "limelight" yang memang biasanya kudapan aku masa kat CFS. Aku duduk belakang sekali. Aku withdrawn. Aku masih tak perasankan perubahan yang aku lalui. Kalau orang perempuan nak pegang tangan aku pun aku elak. Aku rasa geli. Sampailah satu hari aku dapat chance balik Nilai. Aku tak jumpa semua. Cuma dua orang classmate lelaki aku. Salah sorang segan-segan nak korek cerita dari aku. "Betul ke korang … ?" Aku cuma mampu menangis. Belum mampu untuk justify apa-apa. Aku sendiri takpaham kenapa aku "kaku" malam tu. Kawan aku cerita lelaki tu jerit kat tengah court blok B, "Weh, aku dah makanla **nama aku** tu". Yes. Semua yang ada dalam bilik masa tu mesti dengar. Dia putar seolah aku yang mahukan dia. Dia pernah ajak couple. Tapi aku decline. Macam aku cakap, aku tak pasang niat untuk bercinta kat sini. Lagipun dia dah ade girlfriend. Aku balik gombak dengan keadaan berjaga-jaga. Siapa lagi yang tau? Perubahan aku makin teruk. Aku dengar je suara lelaki aku sesak nafas. Aku tunduk. Aku nangis. Mana-mana lelaki yang duduk kurang 4 kaki dari aku akan berikan response yang sama. Sesak nafas. Linangan air mata. Aku cuba lawan. Setiap minggu aku taknak susahkan mak ayah. Aku balik naik lrt and bas. Hadap kesesakan dalam bas. Kalau ade rezeki dapat seat. Kalau takde aku tahan nafas. Dengan harapan bila aku lepas, perasaan takut tu ikut pergi. Tak. Sem kedua geng aku dengan lelaki tu masuk gombak. Aku membatu setiap kali dia tegur. Bekalkan dia senyum tawar. Aku mula nampak permainan dia. Dia cuba memburukkan aku kat kawan aku sendri. Pernah sekali di Nilai. Aku offer diri aku tolong geng aku berforum di halaqah.net. Lagi banyak isi yang dorang post, lagi banyak markah. Aku menyorok disebalik 3 username. Berdebat dengan lelaki tu. Dia kalah. Dia tak puas hati dan cari kawan aku. Kawan aku bagitahu yang tu sebenarnya aku. Dia terus ceritakan kejadian malam tu sekaligus bela diri. Nasib kawan aku ni orang pertama yang tau kisah sebenar. Dia tak percaya. Hal ni la yang membawak pada menjerit di court blok B. Dia cuba untuk buatkan kawan-kawan aku benci aku. Dia rapatkan diri dengan kawan-kawan lelaki aku. Biar aku sorang. Biar aku merangkak cari dia. It seems, aku sorang je perempuan yang dia makan tak cari dia balik. Dia nak dera aku. Emotionally. 2 tahun dia dera aku. Ditambah dengan khabar angin "aku rela" yang makin kencang, aku tak datang kelas. Aku rasa macam semua pandang aku macam pelacur. Kalau tak pun macam nak "merasa" aku. Aku betul-betul terganggu. Aku meraung dalam bilik bila semua keluar. Crying spells. Result aku makin teruk. Sem keempat CGPA bawah 2.0. Dismissed. Aku redha. Lega sebab takperlu hadap semua ni. Syukur. Tapi serabut fikirkan macam mana untuk hadap mak ayah nanti.
Bila aku jumpa suami aku, aku tak menangis. Aku tak takut. Jadi aku yakin. Dialah jodoh aku. Yang boleh buat aku senyum macam dulu. Kami kenal sejak form 1 lagi. Lost contact lepas aku pindah. Dialah yang hadap meroyan aku semua. Layan insecurities aku. Ayah aku banyak bagi semangat. Mak dengan adik banyak bagi pelukan bila semangat lemah. Waktu aku kandungkan anak pertama, klinik refer aku pada hospital minggu ke-12. Simptom anemia yang serious. Transfuse darah. Waktu itulah kantoi aku berpenyakit mental. Selama ni yang aku semput namanya panic attack. Aku ade PTSD, aku anorexic, aku ade BPD, aku ade aphephobia. Dorang bagi appointment dengan psychiatrist. Aku tak pegi. Aku dah makin pulih waktu tu. Aku refuse untuk terima aku gila. Minggu ke-24 aku histeria. Balik kampung berubat. Katanya ade seseorang yang nak kat aku tapi aku reject. Jadi dia sihirkan aku. Aku takmahu tuduh siapa-siapa. But I have a great hunch, who. Alam berpantang sangat susah bagi aku. Susah untuk aku tepis setan-setan yang datang. Genap 5 tahun lepas malam tu aku dapat anak kedua. Aku rasa macam dah pulih banyak. Tapi masih belum bersedia nak hadap budak UIA. Sejak dismissed aku lari. Aku tukar no. Aku taknak sesiapa pun contact. Aku siap tulis cerpen pasal apa yang terjadi. Hantar fixi novo. Tapi kena reject. Tulisan aku biasa-biasa. Mungkin tak sampai standard dorang. Sekadar confession. Mungkin takkan mengubah apa-apa. Cuma mohon kalau ade kawan yang diserang secara seksual jangan terus judge. Bantu dia. Dan paling penting sebelum bantu, kau kaji dalam-dalam apa yang dorang alami. Dah tiba masa orang awam bukak mata post effect mangsa-mangsa seperti aku. Seriously, kau boleh selamatkan nyawa. Terus terang aku cakap, nak bunuh diri banyak kali terlintas. Aku hilangkan perasaan tu dengan bungee jumping kat sunway lagoon je. Selama ni aku takut. Takut dikecam. Aku diam. Aku biar orang pijak aku. Bila aku belajar yang sebenarnya aku taksalah, baru aku bersuara. Kalau nak kena bash lepas ni dengan keyboard warrior pun bak datanglah. Allah yang Maha Menghakimi. Kau sekadar tanah yang menzalimi pinjaman Dia. Tak kurang hinanya dengan aku. Effect pada orang lain-lain. Terpulang pada berapa tinggi kau letak nilai kau sebagai seorang perempuan. Jangan biar assaulter kau menang. Dia bukan Allah. UIA banyak mengajar. Walau pahit, ade manis yang kadang aku rindu. Buat kawan aku yang dah kahwin dan bakal berkahwin: Azim, Safwan, Aisyah aku ucapkan tahniah. Takdapat datang wedding korang. Aku tak grad. Tapi aku dapat pengajaran yang lebih tinggi nilai dia. Tribute untuk semua sexual assault survivor and rape survivor. Hang on. I know how strong you are. Kepada lelaki tu, doa aku makbul. Akhirnya Tuhan bukakan hati aku untuk maafkan kau.
– The girl who lived