Hello good people! Best kan kalau kita dapat pandai bercakap macam2 bahasa, macam budak umur 4 dari Rusia tu yang pandai 7 bahasa.. wew~ kewl! Guru BA aku pun puji dia dan suruh kelas aku pandai Bahasa Arab dan juga belajar lebih drpd 3 bahasa. Sebenarnya, aku ni pun pandai bercakap 6 bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Bahasa Sunda, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab, cuma aku tak cakap je dengan orang lain sebab masa sekolah aku selalu blur. Aku pun tau la sikit2 perkataan bahasa lain dari ayah aku, kawan2 aku, dari tv dan dari bahan bacaan, macam bahasa Aceh, bahasa mandarin, bahasa hindi, bahasa Jepun, Bahasa Korea, Bahasa Perancis, Bahasa Filipina, Bahasa Thailand dan Bahasa Ibrani. Tapi dalam perbualan harian aku, BM, B.Indo, English dan Bahasa Sunda la yang selalu aku tuturkan setiap hari. Cakap slang memang jadi makanan aku bila bercakap dengan family aku, tapi bila aku kat luar, aku akan sesuaikan bahasa pertuturan aku mengikut situasi dan masyarakat. Mungkin ada yang tak percaya masa baca ni, tapi inilah sebenarnya fakta aku yang tak ramai orang tau, mungkin bestfriend aku pun tak tau..
Aku memang berlatar belakangkan keluarga Indonesia. Masa tahun 80-an, parents aku datang ke Malaysia untuk berbisnes, dan pada tahun 1999 aku dilahirkan di Johor Bahru. Memang dari kecil perbualan kami lebih kepada B.Indo dan sikit2 je guna BM. Masa aku masuk tadika, aku selalu bergaduh dengan kawan2 aku sebab kitaorang tak faham bahasa. Dia cakap BM, aku cakap B.Indo. Jujur aku kata masa kecil aku memang tak pandai langsung cakap Bahasa Melayu ni walaupun aku lahir di negeri Permata Selatan, biasa la, perbualan harian pun cakap guna Indo… Parents aku pun selalu suruh aku fasihkan Bahasa Melayu aku dan jarangkan cakap B.Indo dan mak aku la yang selalu marah kat aku kalau aku lebih banyak cakap guna B.Indo berbanding BM.
Masa 6 tahun, aku mula pandai sikit2 cakap BM dan masa aku darjah 1 aku dah mula untuk memfasihkan lagi Bahasa Melayu aku ni. English pula, aku selalu tengok Kids Central (sekarang namanya Okto). Aku suka tengok kartun kat situ, tapi tengok gambar jelah sebab aku tak faham apapun dia cakap, tapi dari kebiasaan aku tengok kartun berbahasa Inggeris itulah aku mula faham BI, ditambah lagi belajar kat sekolah, memang aku rasa English ni la bahasa asing yang paling senang aku faham masa tu. Bahasa Arab pula, aku belajar kat sekolah. Balik rumah, mak aku ajarkan aku pulak BA ni. Mak aku memang pandai BA sebab dulu beliau pernah tinggal kat Timur Tengah selama 6 bulan. BA ni la paling aku malas nak belajar sebab aku tak biasa dengan bahasa ni, lagipun mak aku memang garang kalau ajar aku BA ni tapi dari kegarangan mak dan ustazah2 aku, aku boleh la buat ayat sikit2 guna BA dan cakap BA yang basic2 je. Yang penting ada pengetahuan sedikit daripada tak tahu langsung apapun kan? HAHA!!
Bahasa Sunda pula, mak aku ni orang Jawa Barat. Bahasa pertuturan Jawa Barat ni tak sama tau dengan bahasa Jawa lain! Walaupun nama ‘Jawa’ tapi lain kaum, macam Sabah dan Sarawak, walaupun satu tanah/tempat tapi lain bahasa.. Aku selalu dengar mak aku call dengan family kat Bandung, mesti cakap B.Sunda, jadi automatiknya aku faham Bahasa Sunda. Bahasa Jawa pula, aku selalu tengok mak aku bercakap dengan customer2 beliau yang orang Jawa guna Javanese, aku pun akan selalu minta mak aku translate-kan apa beliau cakap. Oh ya fyi, Bahasa Sunda dan Bahasa Jawa terbahagi kepada 2 jenis, yang halus dan kasar. Macam BM juga, kalau ‘aku-kau’ tu kan bahasa kasar tapi ‘saya-awak’ tu bahasa halus. Aku pulak main langgar je bila cakap 2 bahasa ni tapi kalau dengan orang2 Sunda dan Jawa aku lebih berhati2 masa bercakap sebab takut pendengar kecil hati.
Ada beberapa perkataan2 dari bahasa2 lain yang aku faham macam greetings dalam B.Jepun dan Korea, gracias—bonjour—amour, mahal kita, sawadikap—555, ishak, hana pajubu, mohabbatein, xie-xie.. Walaupun aku ada darah Aceh, Cina dan India, tapi aku tak pandai cakap bahasa2 tersebut. Mungkin juga dari persekitaran sebab belum terbiasa dengan bahasa2 tersebut. Tapi takpe aku akan belajar bahasa2 tu sampai aku terbiasa macam aku terbiasa dengan 4 bahasa yang selalu aku tuturkan setiap hari!
Aku cerita ni bukan sebab nak riya’, bangga diri atau apa tapi aku rasa dah tiba masanya untuk aku share benda ni. Dalam era globalisasi sekarang memang bahasa memainkan peranan penting dalam pertuturan suatu pihak dengan pihak yang lain. Dan sebagai generasi muda yang akan menjadi penerus warisan negara kita, kita kena la pandai bercakap lebih dari 2 bahasa untuk meluaskan lagi wawasan kita. Kita pun dapat berbual dengan orang2 luar tanpa memerlukan penterjemah/translator. Dalam bantuan sosial pun, kalau kita nak tolong orang pedalaman tapi mereka tak pandai English, kita boleh guna bahasa yang masyarakat tersebut guna untuk bercakap, hatta benda ni memudahkan lagi bantuan kemanusiaan dijalankan! Orang2 Jepun sangat mengagumi beberapa anak2 Malaysia yang belajar disana kerana fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Jepun. Ini menunjukkan bahawa penguasaan bahasa dalam seseorang dapat membuat seseorang orang itu dipandang tinggi, apakan lagi jika kita membawa nama negara kita dan mengharumkannya di pentas dunia! Whoa! Bangganya…. Fasih dalam berbahasa ni memang dah sangat penting dah aku kata sebab kita akan ketinggalan zaman kalau tak pandai bahasa luar, sedangkan nak main phone pun kena guna BI dulu sebelum kita tukar bahasa dia ke BM. Memang best kalau dah pandai banyak bahasa ni, boleh bercakap dengan orang luar confidently~ Tapi jangan lupa juga dengan bahasa kebangsaan kita kalau dah pandai bahasa lain, sebab bahasa ialah jatidiri sebuah bangsa. Jom kita teruskan legasi kehebatan bangsa kita dan terus mencipta prestasi! Tinggalkan segala keraguan, sifat pesimis dan tak percaya diri kita ketepi kerana sebuah kejayaan yang agung itu bermula dari sesuatu yang kosong. Kita semua boleh! JOM BERPRESTASI!!!!
– Lay
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit