Customer Service

Aku baru 4bulan bekerrja sebagai seorang customer service executive di sebuah syarikat, customer service ni lebih kepada angkat telefon dan layan manusia yang macam macam kerenah. Masuk bulan yang ke 4 ni aku taktau, aku sangat sangat give up nak kerja. Nak je aku hanta resign letter 24jam tapi tak boleh, at least 1bulan notice tapi nak mengadap satu bulan lagi tu yg malas.

Setakat 4bulan ni dah macam macam jenis orang aku kena layan. Kadang kadang rasa nak maki je dalam phone tu kalau dapat customer yang asik nak marah. Rasa nak terus letak pun ada tapi fikirkan procedure kerja, sabar je lah. Kalau dapat customer yang baik baik tu alhamdulillah lah, and kita pun rasa seronok nak layan sebab orang faham kerja kita. Kadang kadang customer ni nak ikut kepala dia je, dia ingat kita ni hanya layan dia sorang ? Sedangkan hari hari beratus ratus call yang masuk. Nak layan perangai kau yang cerewet tu kau ingat kau special ? Yaa aku tau tugas seorang customer service untk fulfilled kan apa yg customer nak tapi kami ni pun hanya officer, kami pun manusia, jgn la suka suka nak marah, nak cakap officer bodoh tak reti buat kerja system tak betul la apa la. Bukan kami yang arrange kan strategy syarikat tu.

Tambah lagi aku ni call centre bhg credit card. Nak layan orang yg tangguh bayar hutang lagi. Kalau yang jenis kaya kaya ada yg belagak sampai request something and nak time tu jugak.

Fahamila kami yg setiap hari sebelum pegi keje berdoa banyak banyak untk elakkan dapat customer yg akan marah dgn kami and kami ni sgt sgt la bedoa apa yg ktorg bagi dapat puaskan hati customer. Kalau kata kerja pukul 8 habis pukul 5pm, igt ktorg terus balik ke ? Ktorg terpaksa stay back dan tak dikira OT hanya untk siapkan semua request customer. Kadang kadang pukul 10/11 malam baru balik. Sampai rumah dah lambat. Balik sempat makan lepas tu tidur sebab ffikir esok pagi nak keluar awal elak jam. Sabtu ahad public holiday kami bukan dapat cuti, kena dtg jugak keje sbb call centre operation hour 24/7.

Aku tau nak cari rezeki untk sesuap nasi tu susah, banyak dugaannya kalau org tak faham kerja kita macam mana kita pun nak sabar. Aku bukan org senang yg lepas belajar boleh relax tggu parents masukkan duit tiap bulan. Aku nak jugak merasa hasil dari titik peluh sendiri. Dengan keadaan ekonomi skrg nak taknak hadap je la kerja apa yg ada.

Dan akhirnya kami sendiri jugak kena tenangkan diri sendiri wallaupun tau kdg kdg dtg dari customer yg macam macam kerenah.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit