Lelaki Teragung

Assalamualaikum WBT..terima kasih pihak IIUM sekiranya cerita saya ni disiarkan.

Simple kan tajuk aku?ya.hari ini aku nak ceritakan tentang seorang lelaki teragung dalam hidup aku.lelaki yang buat kan aku kuat dan tersungkur dalam hidup.

Baiklah,aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana.tidak terlalu kaya.tidak terlalu miskin.aku anak sulung.seorang gadis.haha..

Aku dikurniakan seorang bapa yang penyayang dan beliau seorang yang sangat baik.segalanya indah dalam kehidupan aku dan adik no2.

Ketika aku berusia 6 tahun.ayah aku mula buat perangai.berjudi minum arak.selalu tak da kat rumah.hampir setiap malam mak aku menangis.tapi mak aku cukup sabar dan perkahwinan mereka berpanjangan hampir 20 tahun.

Dipendekkan cerita,ketika aku berusia 13 tahun aku dikurniakan seorang adik bongsu.gadis juga.comel.segalanya indah dan ayahku terlihat seperti hendak berubah.seperti tiada lagi judi dan arak.

Kami berpindah ke perak ketika adik bongsu ku berumur 6 tahun.dia sangat rapat dengan ayahku.menjadi rutin setiap hari mereka berdua menaiki motor petang2,menyanyi bersama2 atas motor,singgah kedai beli jajan.indahkan?

Tiba2,kerana pengaruh rakan,ayah aku terjurumus balik ke arah judi dan minum arak nie.berhutang sana sini.Ya Allah.sehinggalah satu hari,ayah aku mengambil keputusan untuk melarikan diri.lari tinggalkan aku,adik2 dan emak dgn bebanan hutangnya.

Hancur luluh hati aku melihat keadaan emak dan adik2 yg tak terurus,seperti orang hilang akal.Allahu.sedih wey,sampai hati ayah buat kami mcm ini.

Selepas mengambil keputusan STPM,aku terus batalkan niat utk sambung belajar walaupun result aku gempak.aku dtg ke KL utk bekerja.tekad dalam hati nak bahagiakan mak dan adik2.

Ayah??masih tiada berita.aku terlalu benci dgn ayah sampaikan aku putuskan hubungan dgn keluarganye.melihat keadaan adik bongsuku yg separuh gila(adik terpaksa mndapatkan khidmat kaunseling dari pakar kerana tak nak bercakap dan senyum.diakan rapat dgn ayah.)benci terhadap ayah semakin membuak,smpai aku tekad utk tikam dia sekiranya aku jmpa balik.

Bulan berganti tahun,dh 5 tahun ayah lari.langsung tiada khabar berita.Alhamdulillah,aku berjaya bangkit dari kesusahan,dan sekarang aku hidup bahagia disamping emak dan adik2.adik bongsu ku pon dah berubah sedikit.langsung tiada perkataan ‘ayah’ wujud dlm rumah kami lg.

Allah sebaik perancang.guess what?aku dpt panggilan dari pakcik aku(adik ayah) jemput aku dtg rumah.ada kenduri.and guess what?aku pergi guys!niat aku kalo jumpa aku tak dpt tikam,aku nak maki dia guna bahasa maki tahap tertinggi punya.

Hari kenduri pon tiba,ayah aku tak tahu aku nak dtg.selesai aku bagi salam,ayah ku yg tengah melantak tu terus pandang aku dg muka terkejut.and guess what?aku termenung beb menghadap muka dia dlm 2 minit.aku tergamam.kepala aku lost!

Tiba2 aku rasa sedih sgt.sedih yg teramat tgok keadaan dia tak terurus tu,makin kurus cengkung.panas pipi aku,aku berlari sambil campak beg ke tepi ala2 hindustan tu,aku terus peluk dia.peluk yg teramat erat.Allah….hilang dendam aku yg bertahun tu.satu je kluar dr mulut aku ‘ayah pegi mana?’ Byak kali aku ulang ayat tu.satu ayat je kluar dr mulut ayah ‘ayah mintak maaf’.

Selesai adegan menangis itu,aku duduk berdua dgn ayah kat taman luar,aku ceritakan sume benda yg berlaku kat mak dan adik.aku tunjuk gambar2 terbaru kami.ayah hanya mampu tunduk dan menangis.byak kali aku tgok dia pasang rokok.satu pon tak hisap.

Aku ambik keputusan utk balik ke kampung dan ceritakan semuanya kat mak dan adik2.guess what?adik aku yg bongsu tu terus sound aku ‘ko cakap apa ni kaklong?ko tau aku tak de ayahkan?’
Allah..mak dan adik ku yg no2 langsung tak nak dgr pasal benda ni lg.so,cerita close mcm tu je.

Bila raya tahun lepas,ramai makcik belah mak aku ni tanya pasal ayah aku.tak kurang jugak,ada yang mengata ayah aku.sedih weyy..mak dan adik2 aku mmg tak mampu dh nak maafkan ayah aku.sampai satu tahap,mak aku tengking aku dpn makcik2 aku and nnek aku ‘knp ko sibuk nak cerita lagi pasal org tua tu?dia tggalkan aku dgn adik2 kau mcm kami ni tunggul.aku ni siapa?kenapa kaklong nak bela dia!!’

Sedih…aku diam.aku faham kalau diorang marah sgt.satu je aku jawab ‘mak…kaklong tak da ayah lain tau.jahat mcm manapun dia,dia ttap wali kaklong’.mak dgn adik2 aku diam sahaja.

Dah hampir dua tahun aku berjumpa dgn ayah.dan hari ini,di hari aku menulis confession ni,ayah aku menyatakN hasrat utk berbaik dan memujuk mak dan adik2 aku.wpon aku rasa peluangnye sesangat lah tipis.tapi aku sentiasa berdoa.mintak awk2 semua mendoakan terbaik buat kami sekeluarga.

Sesungguhnya,kak long sentiasa sygkan ayah.tiada lg dendam dlm hati kaklong lagi.buat mak dan adik2,kaklong sentiasa sygkan korang.bersyukur sgt Allah kurniakan korang dlm hidup kaklong.

Ini sahaja luahan dan cerita yg terbuku di hati.ampun dan maaf diatas kekurangan.saya bukN lah penulis yg baik.Assalamualikum…

-kaklong

– Kaklong

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit