Aku Rasa Nak Give Up Pandu Kereta

Assalamualaikum semua. Nama aku Mas.. tujuan aku tulis confession ni sebab aku nak meluahkan perasaan aku sekarang ni.

Seperti tajuk kat atas tu, aku nak luahkan apa yang aku rasa berkaitan pandu kereta ni.

Aku first time ambil lesen pada tahun 2018. Aku ambil manual sebab murah sikit daripada auto.

Aku tak ingat sangat berapa bulan aku belajar memndu tu tapi 2 kali renew jugaklah lesen L.

Semasa belajar dulu memang ada time2 aku skip class.. Haha.. Itupun sebab aku tak suka cikgu driving aku tu.. Gatal dan garang. Dan aku pulak selalu buat silap.

Divider tu memang takyah cakap.. Memang jadi kebiasaan aku setiap kali kelas mesti naik divider.

Malu tu toksah cakap, kena marah depan2 orang ramai pun ada. Setiap balik kelas aku mesti menangis dan rasa give up nak belajar..

Tapi fikirkan duit makbapak aku yang bayar yuran aku teruskan juga belajar sampailah aku dapat lesen P. Itupun, masa test jpj kena marah banyak kali kut dengan jpj tu nasib je lulus..

Lepas dapat lesen aku dah start takut nak bawak kereta.. Bila ayah aku suruh belajar bawak kereta dia.. Aku mengelak.. Macam2 alasan aku bagi sebab tak nak bawak..

Dan sampai 4 tahun kemudian ada makcik kat tempat kerja aku beli kereta auto secondhand.

Makcik tu takdak lesen dan tak pernah bawak kereta.. Selalu datang kerja dengan motor je.. Aku pulak ayah aku hantar kerja.. Nasib baik dekat je.

Ok, berbalik kepada makcik tadi tu.. Dalam 2 minggu je dia belajar dah boleh bawak kereta.. Hari2 datang kerja bawak kereta.

So, aku pun terfikir kalau makcik ni boleh bawak kereta takkan lah aku tak boleh.. Lepas tu bila aku tengok kereta cam mudah je nak bawak..

So, aku rasa bermotivasi nak bawak kereta tapi auto lah.. So aku cakap dekat makbapak aku nak beli kereta.. Diaorang pun on je..

Pendekkan ceritanya, lepas dah ada kereta aku masih lagi takut nak bawak..

Termasuk hari ni dah dekat setahun aku belajar kereta auto jenama axia aku ni.. Tapi still takut dan tak confident nak bawak.. Kalau aku bawak mesti ayah aku ada kat sebelah.

Memang setiap kali bawak kereta mesti ada je kesalahan yang aku buat dan selalu kena marah dengan ayah aku. Selalu sangat macam ni aku rasa nak give je bawak kereta.. Mungkin aku ni tak dak skill nak pandu kereta..

By the way aku bawak setiap hari cuti je.. Tupun sekejap je dalam 2 jam… Hari lain tak sempat bawak sebab aku balik malam.. Hari cuti je bawak tu pun 2 jam sebab ayah aku free.

Aku tak confident nak bawak sorang2 sebab aku selalu buat silap time bawak kereta. Aku tak reti nak tukar lorong. Bukan tak reti lah tapi bila banyak kereta aku tak berani nak tukar..

Kalau takdak kereta baru aku tukar lorong.. Setiap kali nak tukar lorong mesti aku nervous gilerr..

Dah lah ayah aku selalu marah aku lambat masuk lorong lah, cepat sangat masuk lorong lah.. Dah aku tak berani.. Aku tak tahu macam nak masuk lorong sebelah kalau kereta tak putus2…

Samalah kalau masuk simpang kalau ada kereta semasa aku nak masuk simpang aku jadi takut.. Yelah takut aku pusing kereta terkena kereta kat simpang tu tak ke naya aku..

Bab2 parking toksah cakap lah memang fail.. Aku tak pandai nak agak bila aku nak pusing stereng time nak masuk parking tu..

Ayah aku pun tak membantu.. Aku selalunya ikut arahan ayah aku.. Dia suruh pusing aku pusing.. Dia suruh stop aku stop… macam tu lah..

Bila kena macam2 kat jalan raya ni.. Kena hon lah hampir nak terbabas lah.. Hampir nak langgar kereta orang. Aku rasa nak give up lah bawak kereta…

Aku dah bawak kereta dekat setahun walaupun hari minggu je.. Tapi masih lagi masih buat kesalahan2 (dari segi kena marah dengan ayah aku lah)..

Aku rasa mungkin aku ni tak berbakatlah nak bawak kereta. Setiap kali lepas bawak kereta, aku rasa cam nak menangis je.. Rasa malas nak fikir pasal kereta.. Rasa macam aku sebenar bodoh je..

Aku tengok orang mudah je bawak kereta, pusing2 stereng pun nampak lembut je stereng tu.. Asal aku pusing stereng tu rasa keras je.

Kalau kat selekoh lagi lah… nervous giler… lagi2 kalau jalan sempit dan berselekoh.. Walaupun banyak kali lalu kat jalan berselekoh still takut lagi.. Nak2 lagi bila dengar suara ayah aku.. Berderau darah…

Haiiii… malu pun ada.. Mesti orang yang berselisih dengan kereta aku tu fikir aku ni teruk sangat bawak kereta..

Yang duk belakang kereta aku mesti menyampah sebab slow je bawak kereta (60km/j kadang2 80-100km/j kalau jalan straight je)..

Yang duk tunggu aku nak masuk lorong pun mesti rasa annoying jugak.. Yelah selagi ada kereta selagi tu aku tak masuk lorong.. Haha.. Sorry.

Aku ni negatif orang nya.. Tu yang rasa nak give up ni.. Tapi bila tengok kawan2 perempuan bawak kereta rasa jelous..

Dah lah takdak sape pun nak bagi semangat kat aku.. Makbapak aku duk cakap boleh2.. Hati aku pulak duk cakap takleh2…

Kawan2 pun memperlekehkan aku.. Setiap hari duk tanya boleh dah ke aku bawak kereta… Aku cakap takut lagi…

Diaorang gelak2 pahtu cakap dah setahun belajar takkan tak reti lagi.. Aku pun hahaha je lah.. Haiiih… Adehhh.

K lah bye..

– Mas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. saya pon takut kak. skrg tghh belajar tu pon rasa nak give up sbb ckgu tu asik marah2 je. kita ni baru je nak belajar. experience bawak kereta langsung takda pastu ckgu tu pulak ajar laju. bila second day dtg class cg expert kita dh pro bawak kereta. dia assume dia ajar sekali kita dh ingat. mmg tak laa…pastu dia downgrade kan kita pulak. sakitnya hati. bila tanya kat akak kaunter dia kata cg tu mmg masalah sikit. HISSS! dah tahu diri tu panas baran tak payah la jadi cg memandu! GERAM LAAAAAA 😭😭😭

    • Hurm sama la kita sis.. pastu time test sama jgk dpt manusia yg jenis mcm tu haih benda tu dh tinggalkan parut di hati sampai sekarang, sy perasan start dari situ la mental sy makin lama makin lemah.. tp org sekeliling smpai bila pun xkan faham sbb diorang tak rasa.. rasanya kalau betul terjadi apa2 dkt diri ni baru diorang akan sedar

    • Nasib kita sama sis.. disebabkan benda ni la mental sy makin lama makin lemah, jd sensitif dgn bnyk benda.. sy jd benci bila org sebut psal ni.. mcm trauma pun ada

      Senang cerita rasa nak mati je

    • Dhla dpt cg yg garang, pilih kasih pulak tu…sesetengah org je dia ajar elok2🙂 pastu masa test dpt pulak yg perangai garang ntah pape tak bertempat..

      Hanya Allah yg tahu apa sy rasa…benda tu dh jd parut di dalam yg xbole hilang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *