Cinta Lain Bangsa Dan Agama

Aku seorang guru wanita. Berusia lewat 30an. Masih single dan mencari. Rasanya di usia ni, takde lagi istilah cinta monyet untuk aku.

Dah beberapa kali gagal dalam percintaan. Tapi aku redha. Ada masa aku rasa tak apa kalau tak kahwin pun. Ada masa aku sunyi. Sunyi sangat sunyi, walaupun aku menetap dengan kedua ibu bapa.

Nak dijadikan cerita, aku sekarang terjatuh cinta dengan officemate yang berbangsa cina. Aku terlalu suka kan dia.

Kawan-kawan memang selalu ejek dan kenen kan kami berdua. Tapi aku buat-buat cool, anggap mereka bergurau, walaupun hakikatnya aku terlalu sukakan dia.

Aku tak pasti sama ada dia tahu atau faham tak perasaan aku.

Oh ya, dia ni bukan suami orang ya. Masih single juga, usia awal 40an, aku gelarkan Sam.

Sam baik. Bagi aku perfect. Tak la handsome, tapi ciri-ciri seorang suami ada pada Sam. Sam tinggal sama kampung dengan aku.

Lagi menguatkan aku untuk suka dia, sebab aku memang nak cari lelaki yang dekat, sebab aku nak tengok ibu ayah aku selalu.

Gila ke aku kalau setiap hari, aku tertunggu-tunggu Sam. Datang sekolah, terus cari kereta Sam. Cari Sam, nak tengok dia pakai baju apa….

Kadang, aku rasa, memang aku gila. Macam kanak-kanak. Kalau aku luahkan pada rakan-rakan, mesti diorang kata aku gila.

Habis tu, apa yang patut aku buat? Aku dan Sam kawan baik. Tapi aku tak rasa Sam suka aku. Cuma mungkin kawan. Tapi rasa ini sakit.

Aku dah puas minta Allah jauhkan rasa ini… Tapi rasa ini makin kuat.

Aku pernah menangis teresak-esak tak faham dengan diri sendiri. Kenapa mesti aku rasa begini pada Sam? Kenapa aku terlalu sayangkan dia.

Macam-macam aku nak buat untuk Sam. Nak tunjuk yang aku suka dia. Nak masak untuk dia. Nak buat breakfast untuk dia. Nak belikan baju, hadiah.

Semua aku rasa nak buat, tapi semuanya aku tak buat.

Aku tak tahu apa sebenarnya patut aku buat? Berterus terang dengan Sam? Atau teruskan berdoa semoga Allah jauhkan hati aku dari dia?

Normal ke aku jatuh cinta dengan lelaki lain bangsa dan agama pada usia begini?

Aku buntu… Mohon berikan pandangan anda semua.

– Lestari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Perempuan ni dengan siapa pun yang cari pasal dengan dia memang dia tak suka. It is not called prejudice. Kalau kita boleh ada kawan berlainan agama atau berlainan apa pun bertahun-tahun dengan dia je tak boleh sebab dia perangai entah apa-apa.

    Simple as that. Fikirlah boleh cari pasal hal remeh-temeh. Perempuan dah ada anak lagi menyampah nak layan.You are paid to work not to entertain kidult at office yang ada poor social skills. Men kidult. Temper ke mood swing ke raise up voice for not so valid reason, sengaja menyusahkan hidup whatnot ..you can choose not to entertain. Your job is to work not to entertain behaviour.

    If the men has good social skills, they won’t even have curiga dekat sesiapa pun dekat ofis. Curiga pada perempuan
    . Normal women usually don’t have that rasa pelik dekat lelaki yang banyak doubt about the women until people give them a reason to do so. Because women don’t even think about this people. The word to the men: Get a life. You make the women have to think about you more than she should the women will dislike you. You add more things for her to worry about.

    Women tak reti nak layan lelaki kecoh lelaki bergaduh tak habis mengalahkan perempuan. Or kasar macam gangster. Because usually in this situation ladies will do this to the men- talk to my hands! Unless it is about work. Seriously about work. They don’t rent free on the women’s head because what for?

    -You teacher kan boleh tak berfikir macam ni sesuai dengan profesion you. Pergi sekolah ajar anak murid please bukan bercinta sesama cikgu. Fikirlah berapa ramai perempuan yang mengalami kesukaran di tempat kerja. Only education could help them raise up their livelihood. People depend on teachers to help this women. Berapa ramai perempuan kena bersaing dengan lelaki dan duduk di bawah lelaki yang serabutkan hidup mereka di ofis, berfikir betapa bergunanya ilmu pengetahuan supaya tidak ditindas-

    • Bole je ‘confess’ dgn dia (sam), n tengok apa reaksi n respon dia.. klaw positif, maybe bole ‘pujuk’ dia masuk islam dlu, tp bkn semata2 bertujuan sbb nk kawen.. klaw mmg dia xnak, x bole buat apa lah, just move on, mngkin ada ‘jodoh’ yg lbh baik.. wallahu a’lam

  2. You still young at 30. Its time to make a move before its too late. Do all things u want to do and let see if he take a hint. If he doesn’t take a hint, let him know u like him. If he doesn’t feel the same, respect his wish and move on. At least u have tried and not wondering for the rest of your life whether he like u or not. Secretly in love with someone (99% of the time is unrequited love) is emotional burden – unnecessary stress – so pray to god that he relieve you from that feeling if Sam doesn’t feel the same. Good luck!!!!

  3. Hii confessor,

    Kenapa you nak doa minta اَللّهُ jauhkan you dari dia?? You tak yakin ke dengan doa-doa you?? You tak yakin ke اَللّهُ akan makbulkan doa you?? Sorry I bukanlah orang alim, tapi apa yang i dengar dari ceramah2 sebelum ni, you kena 100% yakin اَللّهُ akan makbul doa you, confirm you dapat sangat apa you paling suka.. lagi-lagi benda baik, اَللّهُ pasti makbulkan..

    Macam situasi you sekarang, boleh jadi dia jodoh you sam convert islam. Bukankah tu benda yang baik.. kalau you suka dia sangat, jangan laa doa allah jauhkan sam dengan you.. bangun tahajjud, dhuha minta اَللّهُ jadikan dia jodoh you, dilapangkan jalan utk you & sam, diberikan hidayah untuk sam..

    Memang orang cakap bukan senang nak partner convert islam.. tapi tu kan dinamakan sebagai ujian.. stiap manusia pasti diuji! Advice I, you yakin اَللّهُ dengan doa-doa you.. اَللّهُ maha pengasih lagi Maha penyayang..

    Itu je advice I.. semoga اَللّهُ kurniakan hidayah untuk sam dan dijodohkan dengan you.. hugs

    • Thanks girl.
      Actually, ada dua sisi berbeza. Satu sisi, i sentiasa doakan Sam diberi hidayah untuk terima Islam sebab dia org yg baik. Kalaulah dia Islam, dia sangat baik. Tapi, satu sisi lain, i rasa i tak mampu. I takut kalau betul positif Sam pun ada rasa yg sama dgn I, mampu ke I bimbing Sam.
      Entahlah. Rasa tu berlarutan…

  4. Ada baca kisah yg watak utamanya doa biar jodoh anak2 dia..tiap tahun nakkan hariraya bersama anak2 aje tanpa share giliran dgn besan
    Allah makbulkan…raya semua anak berkumpul tanpa fail tanpa giliran.
    TAPI…ada TAPINYA…menantu ni raya cina lak balik umah sana deepavali lak raya belah situ. krismas pun sama
    Aku cuma nak cakap confessor kan nak jodoh dekat. Kita taktau tak pasti Sam tu mungkin iya ke tidak
    Boleh cuba kasi HINT dulu. Tapi jaga juga profesionalism sbg guru. Jgn nampak low and terkejar2 sgt
    kasi HINT yg steady and ada CLASS. sbb korang officemate.

    • Sam “terikat” dengan komitmen keluarga sebenarnya. Jaga ibu, bapa, dan pakcik yang sakit.
      Setakat ini, banyak yg Sam kongsi, kadang-kadang rasa macam he need someone to talk, but nobody… And then masa tu I ada. But, nak meluahkan rasa tu tak mudah. Kerana profesionalism sbg seorg guru tu lah, i masih menyimpan perasaan.

  5. Ada juga cikgu macam ni. Kalau saya mak be like leave me and my children alone kot. Orang sibuk kanak-kanak dan wanita dibunuh di Palestine. Berhenti mengajar pergi buat kerja lain. Nak kerja ke nak bercinta di ofis.

    • Dah kenapa tak boleh bercinta kt sekolah? Ok je jatuh cinta dgn officemate….ada ke larangan Guru2 dilarang bercinta kt sekolah..????
      Manusia boleh jatuh cinta, kasih kat apa2 je situasi asalkan tau batas2 nya…
      Kt Palastine yg berperang tu pun masih ada pasangan berkahwin….siapa kita nk jadi Allah…

    • Terima kasih atas teguran puan. Tapi, guru tetap manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Salah ke jatuh cinta? Bukan saya mengabaikan pelajar saya pun, saya harap anak puan bukan pelajar saya. Puan tak tahu macam mana struggle saya utk dapatkan 50% students saya yg ambil subjek Pure Science dapat A dalam SPM. Struggle seorg ckgu siang malam melayan soalan pelajar, Sabtu Ahad berkelas tambahan…
      Stop judging pls.

  6. Cikgu buat tesis jelah pasal yang cikgu minat ni. Rasanya dari berpanjangan begini siap dah hasil kajian cikgu mengenai seorang lelaki ni. Sebagai mak saya takkan galakkan anak saya melayan perasaan sepertinya lelaki tu yang menunjukkan minat bersungguh dan cakap nak jadikan isteri. Satu hal cikgu nak telah hati dia, satu hal cikgu nak galakkan dia tukar agama pula. Cikgu fokus pada pelajar mana tahu satu sekolah dapat A. Lagi bagus untuk cikgu. Murid bawah umur pun memandang perilaku guru. Cikgu berbual mesra macam bercinta mereka pun terinspirasi nak bercinta jadinya.

    Nanti bila cikgu dah berjaya sehingga ke jinjang pelamin cikgu tulis balik di sini ya, kalau tak cikgu diam lebih baik. Tak salah perempuan suka lelaki namun hidup ini mudah bila lelaki berusaha untuk halalkan wanita yang dia minati, bukan wanita sukakan dia.

    Rasanya cikgu dah dapat sesuatu dari semua komen di sini untuk cikgu buat pertimbangan. Sekadar peringatan mesra, tak semua orang berminat bercinta satu ofis. Satu ofis cikgu tersilap langkah cikgu nak kerja lagi pun dah merah muka.

    Lain ofis tahan lagi, dia tak minat cikgu boleh move on je. Dia minat kahwinlah cikgu berdua. Sekolah memang tempat belajar cikgu, tak sama dengan ofis lain. Anak murid bawah umur. Ada murid yatim piatu, ada broken family dan sekolah adalah tempat harapan mereka untuk belajar contoh yang baik. Terlalu memikirkan jodoh di bangku sekolah bukanlah satu perkara yang elok untuk kecemerlangan akademik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *