Suami Bodoh dengan Isteri Narsistik

Aku rasa terjebak dalam perangkap yang aku sendiri tak mampu keluar.

Isteri yang sepatutnya menjadi sahabat dan teman sehidup semati telah membuat hidup aku hancur. Setiap tindakannya hanya mengambil kira kehendak dan kepentingannya sendiri.

Ya aku bodoh. Tak perlu kalian mengingatkan aku lagi. Aku sedar aku bodoh tapi aku terjerat dalam perangkap seorang narsistik. Aku tak tahu mana jalan keluarnya.

Isteri aku juga sering datang ke pejabat membuat kacau dan fitnah sehinggakan nama baik aku berkali-kali tercalar.

Setiap kali pindah tempat kerja baru, dia akan mula membuat kacau di pejabatku.

Apa yang dia nak? Aku tak pasti. Yang pasti, narsistik tak akan benarkan kau aman dan lebih berjaya dari dia.

Yang buat aku rasa lebih teruk bila dia mula menghalau ibuku secara halus dari rumah pusaka keluarga kami. Sedikit demi sedikit rumah pusaka itu dia ambil seperti isnotreal.

Keluargaku yang dulunya harmoni, sekarang berpecah belah disebabkan adu domba yang isteri aku lakukan. Membuat fitnah sesama ipar duai dan keluarga.

Tapi yang terlihat baik adalah isteri aku. Anehkan tapi itulah narsistik. Pandai memanipulasikan semua orang. Yang baik, terlihat buruk. Yang jahat, terlihat baik.

Semua orang menyakiti dia dan dia terpaling tersakiti. Hakikatnya dia yang merobek hati orang lain.

Maafkan aku keluargaku kerana kebodohanku telah membawa masuk seorang narsistik ke dalam keluarga kita.

Aku tak tahu. Aku tak tahu bagaimana untuk memutar kembali masa dari sebelum kehadiran dia. Aku tak tahu.

Setiap hari, aku terpaksa berhadapan dengan isteriku dan sering berfikir bagaimana aku boleh terus bertahan dengannya.

Bukan aku tak pernah bertindak sewajarnya sebagai seorang suami. Tapi kalau kalian tahu sikap seorang narsistik ini, kalian pasti hanya memendam rasa.

Sekali kita melawan mereka, berkali-kali mereka membalas tindakan kita tanpa empati.

Namun, manusia sekeliling sering terpedaya dengan sikap seorang narsisitik kerana lakonan mereka sangat hebat.

Jika lawan kita itu seorang narsistik, kalah itu pasti. Si narsistik terlihat mulia, kita yang dipandang hina.

Aku tak tahu apa yang perlu dilakukan. Rasa takut dengan kelemahan diri sendiri menghalang langkahku.

Aku harap suatu hari nanti aku akan mendapat kekuatan untuk mengubah keadaan ini sebelum terlambat untuk semuanya.

Kalian pelajarilah tentang narsistik supaya tidak terpedaya dengan sikap mereka dan tidak membuatkan insan sekeliling kalian teraniaya dengan sikap jahat seorang narsistik.

Aku bertahan kerana anak dan kerana keluarga aku tak ada yang bercerai berai. Tapi keluarga si dia semua bercerai berai.

Aku pernah terbaca, seorang narsistik berbuat demikian kerana tak ada yang boleh lebih bahagia dan berjaya dari dia.

Mungkinkah sebelum berkahwin dulu dia mencemburui kebahagiaan keluarga besarku dan ingin memusnahkan aku dan keluargaku? Aku tak tahu.

Kalian doakan aku supaya diberi kekuatan dan jumpa jalan keluar.

– Lim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. bawalah si isteri jumpa doktor/pakar psikiatri…suami yang gagal kawal isteri ialah suami dayus. kalau dah rasa tak boleh kawal bini narsistik, agama ada bagi exit way iaitu talak

    • End of the day, isteri narsistik yg hancurkan hidup suami mana mungkin hidup dia tenang dan selamat. Keep doa bro.

  2. untung dan bertuah isteri. perangai macam tu pun masih suami tak lafazkan cerai. Kenapa ya, bila wanita perangai tak elok, suami susah nak lepaskan dan suami sayang rumahtangga

    • Mungkin rezeki masing2 kak.. saya pon dapat wife macam tu. Kadang2 rasa, mati je jalan untuk keluar dari life macam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *