MMU vs UIA – 10:15 PM

MMU vs UIA

pentadbir, tolong kasi siar la ini kisah, gua manyak sedih woo

lebih 5 tahun dulu, lebih tepat 08

aku mula nak masuk U, pikir nak amik MULTIMEDIA jadi masuk MMU sebab MMU terbaik rekodnya, manakala pada masa sama dapat UIA asasi untuk IT/EKONOMI yang boleh sambung kepada multimedia nanti.

Pokoknya masa ni dilema, bapak suruh masuk UIA, tapi aku tak nak ….sebab UIA multimedia tak power…..siap buat iklan dalam majalah suruh orang masuk fakulti IT multimedia, pelik IPTA buat iklan untuk orang masuk DEGREE kursus biasa….lain la kalau ipts

last2 aku bertegas nak mmu dan masuk la mmu sebab terpengaruh dengan upin ipin…..

bapak aku marah …….tapi last2 bapak aku biar je tapi dengan masih menyimpan marahnya tak puas hati lagi ngan aku sebab menyusahkan dia….ya la yuran mahal kan mmu…….pinjam ptptn juga tapi tak cukup…..duit belanja makan mana ada ……ptptn kedekut gila babi…..

last2 bapak aku sejuk…..dan tak kisah lagi…..asalkan aku setel belajar….

namun….setelah setel asasi multimedia, aku sambung degree multimedia pula….

tapi masalahnya, stail pengajaran di mmu pula tak sesuai dengan personaliti aku….aku susah nak adapt ngan cara mmu mengajar, semua nak suruh kita explore sendiri macam mana nak buat, pastu aku pikir, kalau mcm tu baik aku belajar kat rumah je ngan youtube, bloody hell…..masa tu aku tak paham kenapa ……kenapa susah nak follow stail mcm ni…..sekarang selepas 5 tahun baru aku tahu, belajar psikologi personaliti manusia ada 2 jenis cara dapatkan pengetahuan, satu jenis explorasi luar, maksudnya independent dalam meneroka sesuatu benda…manakala satu lagi Sosialisasi, maksudnya hanya dengan bergaul dan berkomunikasi dengan orang baru dapat belajar sesuatu…..dan aku adalah jenis sosialisasi….maksudnya kena hubungan 2 hala baru aku dapat belajar, jadi stail MMU masa tu sangat tak sesuai ….

nak katanya masa tu aku tak dapat adapt jadi aku failed meneruskan pengajian….aku frust…ulang satu sem pun sama….last2 aku fed up aku berenti ……sebb no point kalau mcm ni cara mengajar dan belajar maka aku tak sesuai lagi di sini …maka aku quit MMU…

masa tu aku fikir aku memang lemau bab kreatif multimedia ni …kira aku terasa macam loser…..aku pun tukar uni lain di sebuah tempat….tak nak bagi tau la yg ni…nanti takut kantoi…aku amik course bisnes, course yang kacang rebus bagi aku…..

hakikatnya aku nak cakap kat sini selepas 5 tahun kemudian baru aku sedar bahawa aku bukanlah loser bab kreatif multimedia ni….

kerana lepas aku belajar pasal psikologi personaliti sememang kreativiti visual adalah kepandaian aku paling tinggi dalam MULTIPLE INTELLIGENCE ….maksudnya ini kepandaian semula jadi aku selain MUZIK…..korang boleh search multiple intelligence ni…..

lagi2 aku ni kidal, maksudnya aku otak kanan kuat, otak kanan kan fungsi kreativiti…jadi memang tak syak lagi aku genius kreativiti……

tapi sekarang aku dah grad dengan degree bisnes…dapat dean list lagi berkali2……sebab kacang rebus…..bukan nak cakap aku hebat ke apa, nak cakapnya kat uni ni stail belajar dia lain dari MMU….maksudnya stail pengajaran sosialisasi diaplikasikan maka aku beruntung……aku suka uni baru aku ni, ada mentor-mentee antara pelajar dan lecturer…..aku berkembang di sini….

oh…pasal aku failed kat MMU tu, MESTI LA BAPAK AKU MENGAMUK GILA BABI TAHAP RAJA MURKA SAMA PENDERHAKA….HAHAHA……AKU KENA TORTURE NGAN BAPAK AKU SIANG MALAM TANPA HENTI….

setiap kali bapak aku marah aku bapak aku akan ungkit pasal tu ….tension wooooo….walaupun dah berlalu lebih 5 tahun…..

pointnya sekarang gua dah grad master bai….master apa lu orang tak yah tau la…bukan multimedia……tapi kaitan2 ngan bisnes la tapi bukan mba…..

nak cakapnya baru 2 tahun kebelakangan ni baru aku sedar potensi sebenar diri aku dan apa sebenarnya sifat personaliti kecenderungan aku ni setelah mempelajari psikologi personaliti…korang pun sama kena gi belajar benda ni, aku belajar benda ni ditakdirkan bila gua dah start belajar master. sekarang gua dah kerja berkaitan dengan pelaburan.

apa gua nak cakap kat sini, gua masih berjiwa kreativiti dan memang yang paling gua minat tu photography la…dan sekarang gua tengah nak belajar pasal photo….memang gua happy sebab ini cikgu nama saiful nang sangat paham apa itu cara belajar sosialisasi……praktikal lagi …fuh….

oh…lupa mau bilang antara sebab gua masuk mmu sebab itu bapak gua punya kawan kerja itu IT company bilang sama gua kalau mau belajar bidang komputer itu bidang animasi atau visual efek tengah panas…itu pasal gua pilih mmu….uia lame la …tarak ong…..tak berkualiti….uhhuhuhuhu

ini olang aaa…bapak gua sendiri bawa gua jumpa sama dia tanya pendapat, sekali gua ikut nasihat itu IT punya orang……bapak gua manyak marah pula …..haiya….gua talak paham itu gua punya bapak….dia cuma mahu gua ikut kehendaknya saja, tidak pernah mahu at least selami apa isi hati gua…..

..ok ini saja cerita gua dulu…lu orang kasi komen tengok apa pendapat lu orang sama gua punya kisah hidup….

nanti gua sambung pasal bapak kesayangan gua pula…..orang paling garang dalam dunia hahahaha

soli la kawan gua sudah lalok tulisan campurization…..

– Upin

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *