Fit – 8:25 AM

Fit

Ada tak brader2 yang kat sini berjaya fitkan badan dia? Kalau ada apa korang buat ya? BMI aku normal, cuma part perut itu macam ada baby lemak. Dah berapa bulan tak bersalin2 jugak. Huhu.

Pemakanan aku jaga, aku tak ambil junkfood etc. Senaman pun aku buat macam squat, situp, burpees. Tapi seminggu 2-3 kali je la. Dan nak buang man boobs. Segan woi. Aku takdalah nak six packs ke apa. Cuma part perut itu…masha Allah susah. Setakat ini berat adalah kurang dalam 4-6 kg. Cuma itulah perut itu. Ada tips? Aku makan tak bersulam air pun. Kalori pun aku jaga (kadang tak jugak…tapi kunyah 40kali).

– Tama

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *