Assalamualaikum. Tq admin sbb approve.
Aku just nak cerita pasal hidup family aku yg dulu agak susah tapi berubah sikit sekarang sejak ayah aku buat bisnes sendiri. Nak kata kaya tu tak, senang sikit je dari dulu.
Dulu kitorg susah, xde siapa yg pandang or kisah pasal family kitorg. Dulu mana ada org nak tegur ayah aku. Orang x pandang pun. Sama jugak dengan mak. Tapi sekarang org sanjung. Gi mana2 orang tegur. Dulu xde yg mengaku saudara tapi sejak senang sikit ni saudara mak dgn ayah tumbuh mcm cendawan selepas hujan. (Jalan jelh peribahasa tu even x sesuai utk human) ada je yg mengaku mak dgn ayah tu adik angkat la, abg angkat la, kakak angkat la.
Satu lagi, bila kawan2 BARU ayah dgn mak ada financial problem, diorg akan datang cari mak dgn ayah. Like my parents cari duit utk diorg. Aku x kisah kalau nak pinjam duit tapi bila berjanji nak bayar minggu depan then bayar la. Kalau x janji nak bayar minggu depan tu xpela. Ni before pinjam berjanji bukan main, dah pinjam. Haaa, tudia. Lesap. Ada sorg Dato’ hutang dgn ayah aku lebih 100k, duit ayah aku x bayar tapi rumah dia semakin hari semakin besar, kereta dia semakin hari semakin banyak.
Satu lagi yang aku pelik dengan sikap sesetgh org melayu kita ni, bila org melayu dah senang sikit mula la nak dengki. Bomoh sana, bomoh sini. Pernah sekali tu ayah aku sakit teruk. Badan jadi kurus gila. Tak boleh bangun 1 bulan jugak la. Tapi alhamdulillah mak aku kuat. Usaha bawak ayah gi berubat. Orang melayu punya angkara. Kalau org melayu still lagi dengan sikap mcm ni bila kita nak maju? Orang cina bila ayah aku nak start bisnes dulu diorg bagi semangat, orang melayu pulak cakap, kau buat mcm ni mesti bankrap, ni x elok nanti rugi and macam2 lg la. Hurmmm, aku pun org melayu. Dan aku mmg sedih tgk sikap sesetgh org melayu yang mcm ni. Kan bagus kalau harta tak jadi ukuran dalam bersaudara.
-As
– As
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit