cerita saya
Terima kasih pada admin jika, kisah saya ini disiarkan.
Hidup saya memang dari kecil sentiasa dirundung malang. Masa saya sekolah rendah saya dirogol oleh abang saya sendiri dan yang paling teruk saya tak tahu pun saya dirogol. Saya tak tahu tindakan abang saya itu adalah rogol. Apabila saya membaca satu berita di suratkhabar yang mana menceritakan bagaimana dia dirogol, barulah saya tahu saya telah dirogol abang saya. Daif sangat saya masa tu. Sejak itu saya dirundung rasa sedih, kecewa. Kejadian itu tak pernah saya ceritakan kepada sesiapa. Saya terpaksa membawa beban itu sehingga sekarang.
Apabila saya menyinjak remaja dan belajar di kolej, saya mula mengenali dunia luar. Mula terjebak dengan laman media sosial yang membuatkan saya mengenali ramai kenalan dari luar negara. Most of them remaja perempuan yang berumur 14-15 tahun yang meminati genre music yang sama dengan saya. Di situlah saya megenali seseorang dan jatuh cinta dengan dia. Dia adalah seorang gadis sebaya saya yang berasal dari California. Inilah adalah pertama kali saya jatuh cinta dengan perempuan. Idk why, mungkin kerana dia seorang yang baik dan pandai mengambil berat.
Mengenali dia dan mengenali beberapa orang gadis lain membuatkan saya rasa dihargai dan disayangi tapi semua merubah menjadi mimpi ngeri akibat tindakan seseorang yang sangat sangat rapat dengan saya yang dalam diam cemburu dengan hubungan kami. Melalui blog dia, saya dicemuh, saya dicaci malah diletak link youtube yang mana saya sekali lagi dicemuh di situ. Sejak itu saya hilang kawan dan hilang segala-galanya.
Sejak itu saya phobia dengan orang. Saya menjauhkan diri dengan orang, mudah buruk sangka dengan orang yang saya baru kenal.Saya dah tak percaya dengan sesiapa.
Akibat kejadian itu saya mula addicted dengan pills and cut. Dua cara itu membantu saya hilangkan segala sengsara.
Ramai yang anggap orang yang cut or ambil pills adalah orang yang putus asa untuk hidup. Sebenarnya tak! Saya langsung taknak mati.
Bila saya cut, segala kepedihan dan kesengsaraan di hati, di jiwa dan yang menghantui minda hilang setiap kali rasa sakit berdenyut di tangan dan di paha.
Segala kesakitan saya berpindah pada luka akibat torehan.
Ketika itu Allah hantar seseorang untuk saya menjadi kuat. Lelaki yang saya kenal ini seorang yang sangat baik dan dia muda hampir 5 tahun daripada saya. Dia banyak memberi nasihat, suruh saya merubah, suruh saya berhenti dan dia berjaya menghentikan ketagihan saya dengan cut dan pills. Alhamdulillah.
Sekarang walaupun lelaki yang membantu saya untuk terus hidup sudah berkahwin, kami masih kekal berkawan. Dan ex saya yang berasal dari California pun sudah berkahwin tahun lepas. Keduanya sudah bertemu bahagia dan saya masih sendiri. Ya, saya sunyi tapi saya tak menyesal dengan laluan kehidupan saya.
walau kejadian saya dirogol dan dicemuh, dicaci masih masih menghantui dan kadang kala keinginan untuk ambil pills semula masih ada saya kuatkan diri dengan dekatkan diri dengan Allah.
Sekarang saya banyak menulis dan dalam proses menyiapkan buku saya yang pertama. Saya ingat lagi kata-kata kawan saya, "Melalui menulis, kita mampu mencipta kebahagiaan yang tak mampu kita kecapi."
Luka di hati saya masih ada dan kehidupan saya masih berendam airmata kerana hubungan keluarga saya yang huru hara. Ibubapa saya saban hari bergaduh tapi, saya tak nak semua itu dijadikan alasan untuk saya tidak mengecapi bahagia saya sendiri.
Allah ada dan harap ada seseorang untuk saya yang akan memberikan saya rasa, apa itu bahagia.
– mcrmy