Katakan Tidak Kepada Zina! – 4:55 PM

Katakan Tidak Kepada Zina!

Sebagai umat Islam, kita harus ingat yang kita ni ada batas-batas dalam kehidupan. Tak semua yang orang Barat buat kita boleh buat. Aku nak bagi contoh yang simple.

Benda ni bukan budak UIA je yang dok buat tapi boleh dikatakan semua remaja dalam Malaysia ni dok buat. Yes you know it, unmarried couple.

Di Barat, hidup tidak berkahwin lelaki dan perempuan di bawah satu bumbung itu perkara biasa. Mempunyai anak tanpa ikatan nikah juga satu perkara yang biasa. Ini adalah budaya Barat yang telah menular zaman berzaman. Budaya ni dah pun sampai ke tanah air kita, Malaysia. Kini kita boleh lihat ramai pasangan luar nikah dengan selamba declare hubungan terlarang mereka. Siap keluar dating,makan sekali lagi. Bro dan sis sekalian, untuk pengetahuan anda semua 'date' di Barat bukan sekadar bermaksud keluar makan-makan dan tengok wayang. Date mereka tu dari meja makan sampailah ke bawah satu selimut. Kalau si gadis mengandung pun mereka tak kisah sebab mereka memang akan hidup bersama. Andai benda ni jadi kepada anda, adakah si lelaki akan bertanggungjawab terhadap anak kandunganmu dengan mudah? Sudah pastinya tidak. Sebab apa? Bila dah terhantuk baru hendak terngadah. Masa date,berseronok tak pernah fikir yang dia tu beriman. Tak pernah fikir yang dia tu ada keluarga dan kawan-kawan. Tak pernah fikir yang perkara ini akan memalukan dia dan keluarga. Yang paling mengecewakan,tak pernah fikir dia tu ada Tuhan!

Jadi kawan-kawan, sedarlah bahawa Barat itu bukanlah ikutan yang terbaik. Ingat, kita ni orang Islam. Kita ada rukun Islam. Kita ada batasan. Kita ada contoh ikutan yang terbaik iaitu junjungan besar Rasulullah SAW. Kalau rasa Islam ni asyik mengongkong je, cuba ingat balik berapa banyak dah nikmat yang Allah bagi dekat kau. Berapa lama dah kau hidup dalam keadaan beriman dan beragama Islam. Hanya satu benda je Allah tak bagi, terus kau persalahkan agama ini! Adilkah begitu?

Sebenarnya banyak lagi budaya Barat yang orang kita dok terikut-ikut. Rokok,sambutan halloween,krismas dan banyak lagilah. Tapi aku dok nampak masalah couple ni je yang parah. Bayangkan setiap jam di Malaysia, 6 orang bayi luar nikah dilahirkan. Parah bro parah!

Dah dapat peluang belajar dekat UIA tu, gunakanlah sebaiknya. Bentuk diri supaya dapat bentuk orang lain. Islam tidak menghalang fitrah mencintai yang berlawanan jantina tetapi Islam menghalang pelanggaran fitrah iaitu zina. Katakan tidak kepada zina!

– Pencinta Kebenaran

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *