Lepat pisang berjaya !
Tq admin siarkan conffesion saya.
Hai korang. Sis nak cerita pasal pengalaman sis yang dulunya sangat2 pendiam, tak pernah join apa aktiviti kat sekolah, kawan2 tengok sis macam tak confident je nak kawan ngan sis. Kalo ada kerja berkumpulan pun sis selalu terkapai2 mencari kawan group sebab sis tahu semua tak nak bermemberkan orang macam sis. Sis tak reti present, even sis nak mintak izin pi toilet pon sis takut sangat2. Huhu. Sis selalu kene ejek hitam, hidung sis kembang bak bunga mekar di pagi hari, sis pun kurus kering. Tengok gambar dulu memang kesian je kat diri sendiri. Tu la cerita dulu time sekola rendah. Tapi waktu darjah 6, sis cuba la nak ikut pertandingan. Sis ikut pertandingan amal islami, masuk bahagian tilawah quran. Pada suatu hari semasa sis tengah latihan taranum dekat surau sekolah, sis dengar group nasyid perempuan yang terdiri dari pengawas2 hot and spicy perlukan sorang utk cukupkan bilangan group tu. Sis nak sangat ikut group tu sebab sis rasa sis boleh nyanyi lagi better pada group hot and spicy tu. Yela time sis latihan taranum, sis selalu dgar lagu dorang nyanyi tu. Sis pun ikut laa. Sori korang, waktu tu memang sis perasan sorang2 je suara sis sedap. Tak berani kata kat orang. Huhu. Ok back to the story, sis pun dengar perbualan dorang and dorang cadangkan nama sis sebab kebetulan sis ade kat situ. Tapi ada yang kata suara sis tak sedap, muka sis macam lepat pisang. Sedih hati sis. Balik nangis2 cakap kat ibu sis orang kata muka cam lepat pisang. Ibu sis gelak sakit perut. Ibu sis pebret makan lepat pisang. Huhu. Lepas tu memang tak dapatlah masuk group nasyid tu. Ikut tilawah je pun da ok, menang la sampai peringkat zon. Kira alhamdulilah lah tu.
Waktu sekolah menengah, cikgu ada buat minggu bahasa melayu. So minggu tu setiap kelas kena hantar seorang wakil untuk pertandingan pantun, sajak and syair. Jadi guru kelas pun pilih wakil kelas secara random je sebab budak kelas aku suma tak nak. So bespren aku pun terpilih wakil syair kelas 1 iman. Dia dok lah latihan syair tapi nada dia tak macam syair. Jadi aku yang kegeraman mendengar nada syair tu pun tolonglah dia. Tapi kawan aku ni macam give up and terus cakap kat cikgu supaya aku ganti tempat dia. Aku terpaksalah mewakilkan dia and menang tempat pertama Alhamdulillah. Waktu tu aku bangga sangat sebab aku kan tak pernah ada pencapaian. Tak pernah dapat hadiah. Hadiah birthday pun tak pernah.
So bermulalah episod baru, keyakinan aku mula bertambah. Aku try semua benda yang aku minat. Aku tak peduli pun kawan2 aku cakap, "minah ni sume pertandingan dia nak ikut." Aku ikut pidato bahasa arab, tilawah quran, and hafalan quran beberapa kali. Pernah jugak masuk pertandingan nyanyi yg kecik2, masuk sampai top 5 and menang fashion show. Fashion show ni smpai skrg still tak percaya. Alhamdulilah atas nikmat Allah bagi. Saya akhirnya berjaya mengalahkan perasaan tak confident saya. Pengalaman ni banyak mengubah saya, mendidik saya jadi lebih berkeyakinan, tak malu melontarkan pendapat and saya dipercaya menjadi pemimpin dalam beberapa program yang saya join. Alhamdulillah atas segala nikmatnya. Sekarang masuk ke alam universiti aku tak lagi ikut pertandingan sume tu tapi focus pada bussiness and project event planer aku.
So pada pembaca2, hadamlah apa yang baik2 dari confess ni. Yang tak baik tu, janganlah amik. Moga Allah mudahkan apa yang anda nak capai sekarang .
*kejap sis, kejap aku. sori korang, banyak sangat nak kena edit*
– SisKasutPutih