Ini Sebab Kenapa Aku Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial

Nama aku Ika. Umur aku 27 tahun. Dah berkahwin. Aku kenal suami aku tak lama pun, tak sampai setahun. Dia 29 tahun. Jadi banyak sebenarnya yang kami masih belum kenal sesama sendiri. Dipendekkan cerita, suami aku ni boleh dikatakan unique dan rare sebab dia tak ada Social Media (SOCMED in short aku baru dapat tahu lol). Facebook, Twitter, Instagram you name it semua dia tak ada. Berlainan dengan aku. Sebelum kahwin aku boleh dikatakan addicted jugak lah dengan SOCMED ni. Aku tak de lah post gambar or tweet everyday tapi aku suka scroll dan ikuti perkembangan semasa friendlist aku. Macam orang lain, biasa lah LIKE gambar/post kawan, then sesekali post komen sikit.

Apa yang membuatkan aku rasa nak kurangkan penggunaan SOCMED ni sebab suami aku. Aku selalu dengar kes suami selalu ralit dengan handphone dorang, tapi berlainan pulak dengan kes aku. Aku pulak yang addicted dgn SOCMED, sampai akhirnya suami aku tegur yang dia tak suka tengok aku asyik tengok phone. Suami aku ni kalau tegur tu lembut, tapi ada tegas dan penuh hikmah. As a wife, memang aku akan jadi cepat cair dan lembut hati bila dengar dia bagi nasihat. Aku rasa bersalah sangat dengan suami aku. He’s a very loving husband. Dia sentiasa cuba cari masa nak spend dengan aku. Tapi aku pulak yang asyik berkepit dgn phone. Aku ingat lagi kawan aku pernah cakap “Your phone is going to kill you one day”. Betul lah tu, kalau aku tak berubah sekarang sure phone aku akan ‘kill’ relationship aku dengan suami aku, ‘kill’ bonding time aku dengan dia dan termasuk lah dengan orang sekeliling aku.

Slowly aku cuba ubah sikap aku. Waktu balik kerja memang aku akan jauhkan phone sejauh jauhnya dari pandangan aku. Bagi aku waktu malam tu lah waktu yang paling ‘MAHAL’ sebab waktu siang masing2 sibuk pergi kerja. Aku akan silentkan phone aku pada waktu malam. Weekend pun sama. Senang cerita everytime aku ada dengan husband aku akan letak phone aku atas meja ke, dalam beg ke, atau dalam bilik. Kalau betul aku nak tengok phone pun sekadar nak tengok kalau ada incoming call/whatsapp yang penting masuk. If tak ada aku akan letak tepi. Aku sempat bergurau dengan kawan aku, kalau nak contact aku tu contact lah waktu siang sebab waktu malam memang phone dah masuk kategori RESTRICTED haha. Serious rasa banyak sangat perubahan bila tak pakai SOCMED ni. Antaranya kau rasa masa kau tu banyak maka kau akan lebih menghargai masa. Mungkin aku nampak macam oldies tapi aku gunakan masa yang ada dengan baca buku ke, baca Quran ke. Atau belajar masakan baru ke. Macam2 sebenarnya kau boleh guna masa kau tu dari berkepit dgn SOCMED ni.

Ambil yang baik-baik je dari kisah aku ni okay? Bukan apply pada suami isteri je, tapi kawan saudara mara dan sesiapa saja lah. Please respect bila bercakap dengan orang. Jangan kau bercakap dengan orang tapi mata kau pandang bawah (pandang phone kau). Bagi aku tu biadap sangat. Alang2 tu aku nak nasihat bila post tu please lah post yang baik2 dan bermanfaat. Spread the love, not hate. Niat tu kena elok. Hati kena bersih. Okay dah start ceramah ni semua sebab aku baru dengar ceramah Prof Muhaya hehe.

Alhamdulillah husband aku happy dengan perubahan aku. Pada awal memang sudah aku nak adapt. Bila dah kurang pakai SOCMED ni memang banyak lah benda yang aku tak tahu apa yang terjadi. Contohnya aku tak tahu pasal perkembangan terkini; aku tak tahu kawan aku pergi bercuti, aku tak tahu kawan aku pergi celebrate bachelorette party dan yang terkini, aku tak tahu yang BFF aku dah pregnant 5 minggu alhamdulillah. Cakap pasal pregnant ni, mohon doa semua ye. Mungkin fitrah kot, naluri bila dah kahwin ni aku rasa mahu punya zuriat sendiri hehe. Inshaa Allah soon. Positive!

Yours truly,
Isteri yang cuba jadi lebih baik dan solehah

– Tasha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit