Malas Memasak – 12:15 AM

Malas Memasak

Masa aku kecik dulu, mak selalu pesan,jangan jadi pemalas. Nanti lepas kahwin, mak mertua tak suka hang nanti. Dulu aku xfaham kenapa mak aku kerap berkata-kata sedemikian. Namun setelah berlaku beberapa kejadian di hadapan mata aku. Aku faham kenapa kita harus dan perlu untuk tidak menjadi pemalas.

Aku ada seorang kakak. Kakak aku ini dari zaman remajanya, dia telah memasuki asrama. Setelah abis SPM, dia lanjutkan pelajaran ke ipta. Jadi, jarang-jarang dia akan ada di rumah. Walaupun cuti semester, dia akan bekerja dan tidak pulang ke kampung. Kakak aku ini cantik orangnya, putih melepak, mata sepet, tinggi dan pandai pula bergaya. Memang aku tak nafikan, dia memang ada ramai peminat sejak di bangku sekolah. Dia rajin bab2 mengemas rumah dan membasuh baju2 kami adik beradik. Namun, seperti orang lain, punya kelemahan, dia tidak pandai memasak. Dia tidak pandai kerana itu adalah kemahuannya sendiri. Puas mak aku pujuk untuk dia belajar memasak,namun dia berdegil. Antara ayatnya yang aku selalu dengar dulu setiap kali bila mak suruh dia belajar memasak, 'Alaaa mak ni, sy kan belajar tinggi-tinggi. Nanti mesti dapat kerja bagus-bagus, gaji pun tinggi. Masa tu, beli jer makanan kat luar. Tak perlu lah nak masak'. Aku yang terdengar kata-katanya pun sebenarnya terpengaruh sedikit.

Setelah kakak aku menamatkan pelajarannya, dia bekerja sebagai pegawai di salah sebuah syarikat terkemuka di KL. Aku pula di kampung, ketika itu form5, mula terpaksa belajar memasak kerana kesihatan mak yang merosot. Kakak aku akhirnya mendirikan rumahtangga. Setelah dia melahirkan anak pertamanya, aku mendapat tempat di salah sebuah ipta di area lembah klang. Di hujung minggu atau cuti panjang aku pasti akan tinggal di rumah kakak aku ini. Dan disinilah aku dapat lihat kesan malas.

Ketika di awal perkahwinan kakak aku lagi, abang ipar aku sudah sedia maklum bahawa isterinya sememangnya malas memasak. Nak membantu didapur pun, sekadar terpaksa. Itupun berapa minit sangat dia sanggup duk kat dapur tu. Biasa lah bila cinta mengaburi hati, abang ipar aku kata, tak mengapa, dah kahwin nanti, pandailah tu. Harap maklum wahai pembaca, jika sudah hampir 29 tahun hidup dengan malasnya masak atau malas buat kerja rumah sangatlah sukar untuk berubah. Bukan kata semua orang, tapi kebanyakannya.

Abang ipar aku pada mulanya bersabar. Kakak aku seperti biasa, pulang dari kerja akan beli makanan dari tempat kerjanya ataupun singgah di kedai makan sebelum pulang. Pabila abang ipar aku sudah bosan makan diluar, akhirnya dia yang akan masak dirumah sebaik sahaja pulang dari kerja. Tiga tahun benda ini berlaku. Pujuk? Nasihat? Marah? Merajuk? Mengamuk? Apa yang tak pernah abang ipar aku buat untuk bagi kakak aku jadi rajin memasak atau sekurang-kurangnya mampu masak makanan simple buat keluarga semuanya gagal. Pernah sekali kakak aku becerita yang ketika dirumah mak mertuanya, dia hanya tolong mengemas rumah, lansung tak mahu membantu di dapur. Jika ada kenduri-kendara, dia akan sedaya-upaya untuk mengelak. Benda yang sama dan lebih teruk jika berada di rumah maknya sendiri. Kakak akan demand pada mak, agar masak makanan kegemarannya, bahan-bahan kakak aku telah belikan. Namun, dia tidak akan mebantu di dapur. Dia akan berikan pelbagai alasan seperti nak keluar dgn anak dan suami untuk beli barang. Balik rumah pula betul-betul masa kami semua dah siap masak dan dia masuk rumah, dengan segera ke dapur mengambil pinggan dan jemput suaminya untuk masak. Walhal kami yang penat masak ini, tidak menjamah lagi makanan yg disediakan.
Akhirnya pada suatu hari…

Kami mendapat tahu bahawa abang ipar kahwin lain di Thailand. Janda pula tu. Aku yang mendapat tahu berita itu juga terdiam. Rasa meluat dgn abang ipar. Kakak aku yang cantik bergaya, berpendidikan tinggi, pandai mengurus rumah, kau senang-senang cari perempuan lain. Namun bagi ayah aku, silapnya juga pada kakak aku. Benarlah kata orang, nak ambil hati suami, masaklah. Siapa yang tahan kalau hari-hari makan makanan luar. Walaupun dihujung minggu, isteri masih tidak mahu memasak. Akhirnya diri sendiri yang memasak walaupun penat bekerja di luar. Memang benar si suami yang sepatutnya memasak utk isteri. Tapi takkanlah sehingga hujung minggu atau hari cuti pun suami yang masak? Bertolak ansur lah dalam rumahtangga. Kakak aku hampir bercerai ketika itu. Namun hanya kerana anak, kakak aku kuatkan hatinya. Kini, kakak aku sudah mula belajar memasak. Walaupun hanya western food, namun aku masih bersyukur kerana dia sudah berubah.

Jadi, kepada yang rasa sisuami patut dipersalahkan hanya kerana si isteri pemalas, suami cari lain. Perlu juga fahami, jangan bagi ruang atau alasan kepada suami untuk curang atau kahwin lain. Jika si isteri telah jadi yang terbaik, buat yang terbaik (dengan menjadi pemalas dan hanya harapkan suami paksa atau nasihat utk anda berubah, lupakanlah), bertawakal namun sisuami masih cari lain. Maka, redha. Jika tidak mampu redha, bercerailah. Kerana malas ini berpunca dari dalam diri kita sendiri. Andai diri tu sendiri telah bertekad untuk tidak berubah, maka datanglah sesiapa pun untuk nasihat atau pujuk atau buat apa sekalipun, anda tetap malas. Jadi, sebelum berkahwin, renung dulu diri itu, mampukah anda bertanggungjawab menjaga isteri/suami anda? Jika hanya kerana cinta..lupakanlah angan-angan itu.

– Semak Perut

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *