aku harap…
Aku harap aku dapat jadi happy go lucky macam orang lain, semua orang nak dekat, semua orang nak sembang, semua orang nak kawan.
Sebab aku tak pandai nak mendekati orang sekeliling.
Aku rasa macam… Bila aku bersuara, pasti ada menyakitkan hati sesiapa yang membuatkan aku akhirnya ketawa sendiri kerana cara pendekatan aku yang aku rasa lucu untuk dijadikan bahan hanyalah lucu bagi aku.
What even worst- suami aku sendiri pun akan tanya aku "Apa yang lawak?"
Here something worse- sometimes aku akan jadi emotional bila aku rasa kehadiran aku diabaikan. End up, aku jalan slow masuk bilik and cry. 10minutes after that, dry my eyes and keluar bilik.
Nobody would notice any signs of tears sbb aku kulit hitam. Mana nak nampak hidung merah ke mata merah ke kan.
Nasib orang hitam.
Sobs.
Aku harap aku tak sunyi.
Even ada suami, ada anak.
Aku rasa sunyi.
As if there's nobody for me to go to.
Nak bercerita, aku rasa suami aku tak faham cerita aku.
Sebab biasa bila aku bercerita Kat dia, dia susah nak focus.
Lastly, aku cakap "awak ni tak pernah fokus apa saya cerita" .
Tau dia jawab apa?
"macamana nak fokus cakap laju. Dah tu, gelak. Cakap gelak cakap gelak. Tahapapeee jer awak ni hahaha"
Aku pusingkan badan, berdiri, jalan keluar bilik sambil menahan air mata. Jalan slow macam biasa. Sampai sofa nangis puas2.
Duduk lama sikit. Kot lah suami tiba2 turun ke. Ada adegan romantik melayu ke. Ada pujuk2 ke.
Haihh lama sgt dah ni. Naik lah.
Sampai je bilik,
"Buat apa lama sgt dibawah? Anak lapar ni. Buat susu cepat. Pampers pun belum tukar. Cepat lah saya pun penat dah ni."
Aikk ingat akan dipujuk, lain pulak. Aku pulak yang kena menurut.
Hahahahaa
Again, nobody would notice any crying signs on my face.
Nasib orang hitam.
Camni lah aku.
Pendam.
Pendam perasaan.
Berdendam.
Pendam dalam2.
Sampai lebam.
Hmmm.
Banyak lagi yang aku pendam.
Tapi sekarang ini je lah yang mampu aku taip.
– TS22