Assalamualaikum , apa-apa thanks lah . Nie aku nak share situation pasal orang yang aku rapat . First sekali semestinya aku tak berapa gemar dengan situasi nie . Bagi aku ia satu complicated , benda mudah tapi disusahkan tu lah maksud aku . Aku ada 2 situasi but 2 dua tu merancang untuk membina masjid tapi hakikatnya , macam tersasar lah dengan plan nak membina masjid nie hanya sekadar nafsu semata-mata . Lelaki nie lain tau , kalau dia nak plan sesuatu dia mesti bagitahu pada orang yang betul-betul dia rapat kekadang dia minta pendapat , tu lah lelaki . Apa yang dirancang tu tersasar sikit dia still cerita dekat orang yang dia rapat . So plan yang 2 dua nie aku dapat and memang tahu . Okay aku start …
For first situation nama dia Ri , pemikiran lelaki dia nak sesuatu yang mudah tapi penghujungnya bahagia , tu aku nampak lah . Ri bercadang nak kahwin , dia cakap tak nak tunang sebab bagi dia tunang tu hanya adat and mostly duit kena guna banyak lah kan kalau buat tunang nie . So cadang nikah and majlis simple , settle tinggal pikir kehidupan lepas kahwin je . Benda yang nak buat tu okay but didesak . Okay sebelum didesak ada satu kes dimana , Ri and family nak pergi bercuti kebetulan tarikh nak pergi tu tarikh birthday si Awek ri , bohong lah kalau lelaki tak de niat nak buat Awek dia happy lelagi on her birthday , ye tak ? . Ri Nak sambut masa tarikh birthday tu tak sempat sebab nak bertolak pergi bercuti so cadang sambut sehari sebelum birthday . Si Awek tak nak still nak on birthday dia , dia push semua si Ri still tak nak sebab nak pergi bercuti , setelah apa yang Awek dia push Ri tak layan turun pulak ayat ‘ Awak pilih , awak nak saya ke nak family awak ?’ weiii part ayat nie aku dah panas , kau siapa eh nak buat pilihan macam tu ! Si Ri pun cakap ‘ suka hati lah yang penting saya nak family ‘ so break lah kejap si Ri nie sebab malas nak layan manusia yang suruh ikut cakap dia je . Apa yang didesak ? Lelaki bohong kalau tak de perasaan sayang dekat Awek dia tu walaupun dah putus . Tapi ramai nasihatkan Ri cari lah kawan perempuan tu ramai kenal and selami situasi . Si Ri kenal dengan someone tapi tup tup Awek dia tu datang lagi and dengan syarat hujung tahun nie nak tunang . Awal-awal Ri dah cakap dia tak nak tunang terus nikah and majlis simple je . Ri malas lah nak layan desakan tu dia cakap lah dekat mak dia ‘ biarlah dia , tunggu je lah , kalau ada , ada lah , kalau tak de cari lain ‘ . Kenapa Ri cakap macam tu ? Sebab dia tak boleh terima orang desak dia and yang pasti dia takkan lupa yang si Awek suruh buat pilihan tu , lelagi si Ri nie anak sulung . Banyak tanggungjawab dia nak pikul nie belum kahwin lagi dah disuruh buat pilihan , siapa nak kan ?
Okay aku sambung situasi 2 pulak , nama dia Asy . Asy memang cadang nak kahwin . Dia bincang-bincang semua dengan family dia okay , but bila part bincang untuk dua belah pihak , ia jadi tersasar lah niat nak kahwin tu . Pihak perempuan okay kalau nak kahwin tapi dia nak buat grand-grand . Yang si Asy nie dia nak buat simple lah , senang cerita Asy nie pikir kehidupan lepas kahwin lah . Tapi Asy ada cakap parent awek dia yang nak majlis grand-grand nie . So si Asy jadi tersasar niat kahwin dia tu , lepas tu si Awek asy suruh buat loan . Buat loan semata-mata nak majlis grand ? Si asy pun cakap lah , Asy akan buat loan hanya untuk rumah je , untuk kahwin tak payah berloan-loan dia cakap . Part nie aku setuju lah . Hanya kerana nie semua yang nak kahwin semua terbantut .
Mungkin ramai ingat yang dia orang nie tak cukup duit nak kahwin kan ? Korang silap memasing dah ada duit , kerja pun bagus . Tu aku tak nafikan . Tapi tulah orang nak kau complicated kan . Baik-baik ada orang nak terus tak de siapa nak karang .
Mesti ada yang akan cakap kahwin hanya sekali kan ?
Ye memang kahwin sekali tapi buat ikut lah kemampuan diri masing-masing , serious kau takkan mati kalau kau tak buat majlis grand-grand . Majlis grand nie kau nak tunjuk apa sebenarnya ? Nak tunjuk kau dah kahwin ke ? Majlis simple atau senang buat doa selamat pun orang dah boleh tahu kau dah kahwin . Majlis grand nie sebab nafsu kau je , atau nafsu bangga sebab dapat pujian ? Macam tu ke ? Aku nasihatkan better pikir kehidupan lepas kau nikah . Aku takut buat majlis grand sekali duduk rumah mak ayah . Last-last mak ayah kau jadi mangsa kau . Pikir tu lagi baik wei dari majlis gempak-gempak bagai .
Aku nak pesan pada lelaki –
Walauapapun plan kau nak kahwin utamakan mak ayah sebab lepas kau kahwin mak ayah still tanggungjawab kau . Jangan terlampau ikut kata pasangan even kau sayang dia sangat-sangat , takut kena macam situasi Ri yang disuruh buat pilihan tu . Pastikan niat nak kahwin tu untuk menambah umat nabi muhamad tu lebih afdhal .
Aku nak pesan pada perempuan –
Orang nak kau and kau pun nak dia , kahwin je lah tak payah merumitkan keadaan , karang tak pasal-pasal jadi andartu kang . Aku tahu kahwin sekali tapi pikir lah , nak buat majlis biar ikut kemampuan . Kau bukan anak jutawan and bakal suami kau pun bukan anak jutawan . Jadi perempuan biar lah Hormat parent lelaki , sebab parent lelaki bakal jadi mak ayah kau juga .
Aku confess nie bukan nak malukan or apa , aku nak memasing beringat . Jangan hanya trend benda mudah dirumitkan . Sebenarnya aku nie perempuan , ye mana ada perempuan yang tak nak hari bahagia dia tak lawa kan ? tapi pikir lah yang baik jangan hanya kau habiskan 30K satu hari tapi penghujungnya duit tak cukup , nak pergi kerja duit minyak tak de ? Duit makan tak de . Takkan nak minta mak ayah pulak kan . Bagi aku majlis simple dah memadai , kira okay lah ada dari tak de tapi kalau ikut aku nikah je , sebab aku jenis manusia yang tak suka dijadikan diri aku pratonton orang ramai , malu wei . Nak jadi kenangan amik gambar outdoor bawak mak ayah semua tu pun boleh jadi kenangan terindah apa .
Aku bukan nak malukan perempuan ke apa tapi benda mudah kan . Bohong lah kalau aku tak de kakak atau adik perempuan . Ye aku ada , kakak aku pun in sha’allah nak kahwin tahun nie , biasalah nafsu perempuan lagi tinggi kan dia pun ada cakap nak buat grand . Aku cakap lah ‘ kalau duit simpanan 3K pun tak sampai tak payah lah nak buat grand-grand kayap kau nanti , pikir lepas 2 hari kau kahwin kau nak makan apa ? Duduk mana , nie lagi better dari majlis grand tu ‘ and now akak aku pun okay , dia tak nak buat malam berinai but ayah ganti dengan doa selamat je . Tu lagi bagus kan .
Yang nak kahwin pun korang , korang pikir lah sesama , buat kata sepakat , lelaki kalau tak mampu cakap je tak mampu , buat apa nak malu . Tak pun kau amik contoh shuib dengan sarah . Dia orang lagi lah artis , okay je tak de majlis asalkan dah nikah , bahagia je , dah ada anak 3 baru nak buat majlis tu pun dia buat majlis ikut kemampuan dia . Amik yang baik dari orang untuk jadi contoh buat diri kita , yang kurang baik tu amik jadi pengajaran dan pengalaman dalam hidup kita .
Ingat lah benda baik macam nie cepat-cepat dipermudahkan , Jangan merumitkan . Pekak kan telinga pada orang yang berkata-kata , sebab yang alami dalam kehidupan rumahtangga korang sendiri bukan orang yang berkata tu . kau bahagia , Alhamdulilah , kau diuji , Alhamdulilah , tu semua ada hikmah . Apa-apa pun terima kasih , doakan majlis kakak aku berjalan dengan lancar . Assalamualaikum semua …..
– Miss N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit