Beli Rumah Pertama

Salam. Dalam dua minggu lepas aku fllow IIUM ni dan rata rata banyak memberi ilmu pengetahuan dan juga pengalaman masing2 yang pada aku berguna untuk generasi seterusnya. Jadi kat sini aku nak share sikitlah pengalaman aku masa membeli rumah (apartment) pertama aku. Kisahnya bermula begini pada aku berusia 26 tahun.

Aku bekerja di tengah kota raya KL. Duduk pula di Shah Alam. Jadi, ketika aku memula bekerja pada usia 24thn, aku masih lagi mentah tp bab duit aku agak panndai urus (angkat bakul). Masa mula nak start bekerja aku otak aku mmg jem sebab aku tak tahu sangat jalan2 kat KL ni. Jadi aku redah la pakai kereta kancil (pinjam family) ke tempat kerja. Pada masa ni aku masih duduk di rumah kakak aku di Shah Alam juge. Tapi sebabkan federal highway yg jem teramat, aku decide nak naik KTM je dari Batu 3. Tapi servis KTM pada aku mmg hampeh tahap dewa, tunggu 45minit pun belum tentu sampai.

Hampir 5bulan kerja, aku dah mula rs nak beli kereta yg up sikit dr kancil. Kebetulan parent aku dtg Shah Alam masa tu jadi aku pun ke showroom perodua kat depan giant. Masa tu MYVI extreme baru keluar. Pada aku cukup cunlah, dgn bodykit bagai, dan dapat rebate rm4k sempena nak hari raya. Jadi tahun tu aku beraya dengan MYVI aku dengan bayaran RM660 sebulan. Family aku takde membantah la. Sbbkan gaji ms tu mampu lagi untuk aku maintain sebuah kereta.

Tapi dari hari ke hari, aku mula rs semacam pula dgn MYVI aku ni. CC 1.5 tp minyak dia bagi aku agak byk juga makannya. Aku mula terfikir kalau ade family mgkin MYVI ni tak lagi relevant bagi aku. Tapi masa ni aku bujang lagi, so aku takde fikir dalam sgt dan aku masih lagi naik KTM untuk pergi kerja dan parking kat Batu 3. Masih kagi kuat dlm ingatan aku, ptg tu hujan renyai2, aku pun mmg jenis ready payung dalam beg. Aku sinsing seluar pergi ke tempat aku parking, aku tgk kereta aku dah takde. Jadi aku dok tekan2 remote2 kot2 aku tersalah letak, tp memang jelas dah takde kereta aku. Yang buat aku hairan, kereta aku tu siap guna steering lock (jenis baseball) siap demi keselamatan la katanya. Kebetulan polis peronda lalu aku pun tahan la. Aku cakap kereta aku dah kena rembat. Polis tu kata kena buat report terus kat balai polis pinggiran USJ. So, aku pun call kakak untuk tolong pickup aku ke balai polis.

Perasaan kereta hilang masa tu takde lah perit sgt. Cuma yg lebih memeritkan adalah prosedur untuk mendapat semula claim insurans kerana kereta tu aku masih byr pada bank selagi belum buat total settlement. Jadi bermulalah hidup aku berulang alik ke balai polis subang jaya, office insurans dan juge bank tempat aku buat loan kereta. Alhamdulillah, dalam 4 bulan settle semua dah kereta aku dgn bank dah habis insurans bayarkan..cuma berlaku sikit masalah sebab memula insurans letak harga yg agak rendah (kurang 3k) daripada nilai kereta aku di bank. Jadi kalau nak settle aku kena tambah 3k. So aku appeal, degan menulis surat rasmi, dgn justifikasi2 yg pihak insurans tak boleh nak argue. At last, aku dapat check dgn nilai lebih 1k daripada hutan bank. So, 1k aku simpan untuk kegunaan aku.

Tengah2 aku takde kereta tu family offer aku pakai krta MPV, dengan syarat aku smbung byr le bukan percuma. Sebab parent aku dah ade kereta lain mereka baru beli. Jadi, aku guna sahaja kereta MPV wlpn aku masih bujang. hehe. Jadi aku nak highlight kat sini, hutang aku komitment aku dgn bank ms ni kosong. Cuma ada satu kredit kad. Jadi nak dijadikan ceritanya, member aku ade wasap aku tentang apartment dalam pembinaan kat shah alam. Jadi dia pun ajak la aku tgk sama. Dia kata dia dah booking kt situ tingkat 5. Weken tu aku dengan family (kebetulan datang shah alam) pun pergi survey tgk. Dan kebetulan jugak agent member aku booking tu ada hari tu kat gallery dan dia pun tnjuk unit cth etc. Jadi aku dah takde fikir panjang, aku letak je booking yg dia mintak iaitu 1.5k. Dokumen yg diperlukan aku provide dan dia kata aku layak secara kiraan dia sebab aku takde komitment selain kredit kad. So, dalam seminggu lepas tu bank islam call kata loan aku lulus. Aku rs terkejut jugak la sbb proses ni betul2 dipermudahkan. Agen tu siap applykan “my first house scheme” yg gov provide bg pembeli rumah pertama macam aku. So deposit 10% aku tak perlu bayar, kerana gov telah jamin dan aku dapat loan bank 100% (btw aku bukan kerja gov). Lupa nak mention, masa tu apartment yg aku nak beli berharga 320k, 971sf, 3bilik bedroom, 2 bathroom, 1 balcony, 1 yard.

Proses nak beli rumah ni takdelah rumit sgt, kalau korang dapat agent developer yg cekap. Cuma krg kena ready cash yg mencukupi utk backup masa2 yg tak diduga. First masa nk dapatkan SNP ori, aku igt fee lawyer dah masuk hrga rumah, rupanya tidak. Jadi nak tak nak, aku keluarkan KWSP akaun 2 untuk bayar lawyer. Total dalam 3.5k tak silap aku. Masa tu apartment aku masih dalam pembinaan, jadi lawyer utk release duit dr bank kepada developer sgt penting. Aku juga selalu remind lawyer untuk bayar developer ontime, takut nanti dia charge masa aku nak ambil kunci.

Benda yang aku jangka mmg betul. Masa ambil kunci ade sikit delay lawyer advice pihak bank. Jadi aku kena denda rm700. Lagi keluar cash. Total kena byr masa nak ambil kunci dalam 1.5k juga. Lepas tu pulak fee untuk TNB dan syabas pun kena byr separate tak silap aku total dalam RM700 juga. Jadi pada aku, nak masuk rumah ni banyak benda juga nak kena byr. Bukan ambik kunci sesaje.

Now aku pun dah kahwin ade anak, dan aku pun dah dekat nak setahun masuk apartment baru aku. Jadi point dia kat sini, kalau ade musibah kereta hilang ke ape ke, cuba bertenang dulu..mungkin Allah nak uji dan nak beri ruang untuk sesuatu yg lebih baik. Pada aku berjaya beli apartment pada usian 26thn adalah satu pencapaian yg baik secara peribadi. Genap umur aku 28, apartment aku siap dan aku pun masuk sebagai antara owner terawal masuk. Jadi ini shajalah perkara yang aku nak share dengan korang. Moga bermanfaat. =)

– Panther88

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit