Sifat Malu

Assalamualaikum, terpanggil untuk menulis dan meluahkan apa yang terbuku di benak fikiran. Nanti tolong bagi cadangan dan solusi kepada masalah yang dihadapi ni ye hehe

Aku belajar kat salah sebuah universiti di Malaysia yang bukan iium pastinya. Dah tahun ketiga pun duduk universiti ni. Macam macam karenah manusia dah aku jumpa. Yang couple, yang single yang dah kahwin.

Maksiat berleluasa sangat kat univerisiti ni serious talk. Aku tak tahu sama ada pihak berkenaan tak ambik tindakan or memang student ni keras kepala hati batu tak takut dosa agaknya. Banyak je kempen dengan program berunsur peringatan, tapi macam tak makan je ke hati.

Kau tempek lah cemane pun peringatan ikhtilat, jangan berduaan, jauhi maksiat kat meja cafe asrama ke mana ke, orang yang dok couple, pegang pegang tu boleh je duduk situ baca, lepas tu gelak gelak. Hilang kah rasa berdosa walau secebis? Mungkin ada lah dia rasa sebenarnya tapi buat dono je sebab nafsu melebihi iman.

Sedih bila ada peronda kawasan yang beritahu dia jumpa pasangan kekasih yang dok bermaksiat di library. Di kawasan public ramai orang macam tu pun manusia ni mampu nak buat, mana hilangnya rasa malu? Yang lebih menyedihkan, muslimat yang dok masukkan tangan dia dalam seluar lelaki. Buat apa cik kak aduh nauzubillah. Orang lain pun buat dosa, dik. Tapi, kalau dah buat dosa terang terangan macam ni tanpa takut pandangan orang dan pandangan Allah, nauzubillah. Semoga Allah terima taubat kita.

Tak campur bila ada pasangan kekasih yang kena jumpa dok nak buat apa entah kat dalam kereta depan fakulti pagi buta. Muslimatnya dah sedia pun baring menyerah diri kat seat belakang. Nasib baik ada peronda, sempat kena cekup, kalau tak … hilang kemanisan seorang muslimat . Sedih bak hang.

Lagi cerita yang dah tak mampu dah nak ulas banyak, yang ni last la. Muslimat yang over dok sentuh sentuh rambut muslimin dalam lab. Nak buat teknik rebonding la katanya. Childish sangat, tapi aku tak mampu nak tegur huhu. Aku keluar terus daripada lab tu. Rasa berdosa lak kalau duduk sekali dalam tempat orang buat benda dosa ni tapi kita tak tegur.

Kita ni, muslimat… Mak ayah hantar kita gi universiti untuk cari ilmu, jadi manusia. Bukan mengawan macam haiwan. Jangan dok conteng arang kat muka mak pak korang. Ihsan la sikit kat mak pak kat rumah tu. Dia ingat korang serius study bersungguh, rupanya hang dok menggatal lak buat tak senonoh belakang dia. Ni kalau mak pak hang tau, memang confirm kena lempang. Kalau diorang tak lempang tu tak tau la.. Mungkin dia tak sayang kau haaaaaa

Muslimat ni patutnya pandai jaga diri. Hang punya dara tu satu je cik kak. Kau bagi kemanisan kau tu, lepas tu dia taknak kat hang, mereput la hang kat situ takde orang nak. Jangan murah sangat. Muslimat ni, jadilah macam siti khadijah, aisyah, fatimah. Jangan jadi macam penyamun. Muslimat pulak yang terhegeh hegeh kat muslimin. Risau aku tengok muslimat sekarang. Kahwin je la kalau tak mampu tahan nafsu. Hm

Aku ingat nak buat kempen, sebab tak boleh mencegah dengan lisan, cegah dengan perbuatan. Sekarang ni mampu cegah dengan hati je sobs. Tapi sem ni aku ada kuasa nak buat program atau kempen inshaAllah. Ada cadangan tak?

– Insani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit