Apa Function Bridemaids?

Assalamualaikum readers. Terima kasih admin sudi siarkan confession ni (kalau disiarkan).

Nama Izumi, umur 24 tahun, asal pantai timur dan belum kahwin. This is just a short confession about bridemaids. Bukan nak balas balik confession bridemaids sebelum ni. Dah lama aku duk pikir pasal isu ni. Memang trend kahwin sekarang pakai bridemaids. Jujurnya aku tak berapa berkenan dengan bridemaids ni. Entah dari mana tercetusnya trend ni. Ok, aku nak tanya. Ape sebenarnya function bridemaids ni? Jujur aku cakap, melalui pemerhatian aku function bridemaids ni hanyalah untuk mencantikkan gambar sahaja. Yes! Functionnya hanyalah untuk bawak barang hantaran and posing atas pelamin dengan pengantin. Kadang-kadang lebih sudu dari kuah. Bridemaids pulak yang over. Pengantin dua orang, bridemaids sampai nak runtuh pelamin. Lepastu pergi outdoor photoshoot dengan pengantin, then habis majlis update ig/fb. “Ouhh..letihnya seharian photoshoot dengan pengantin”. Well, kat situ je letihnya? (ni aku tengok kawan sendiri)

Kakak yang sebelum ni confess pasal dia jadi bridemaids untuk kawan dia, tapi orang buat macam kuli. Kesian la kat diorang. Orang datang tolong lepastu keluarga pengantin dan pengantin sendiri pon tak ucapkan terima kasih. Itu over. Tapi memang sepatutnya kena ready la bila dah datang kenduri orang atas nama ‘bridemaids’, kena la menolong. Bukannya kau niat, ” ok malam ni kita gegurls bridemaids duduk dalam bilik, pakai inai, sembang2 sampai tengah malam dengan pengantin sebelum dia jadi hak orang, bergelak ketawa sakan. Ni kan malam last dia bujang.” Haiya amma. Esok nak majlis memang busy giler, takde masa la nak buat girls night apa sume tu. Memang orang takkan perasan kalau kau tu baru sampai ke, dah mandi ke, makan ke. Kalau nak sangat spent last time dengan bakal pengantin, buatla hari lain. Apa orang cakap. Parti bujang? Nanti takde la orang cakap gegurls bridemaids ni anak dara pemalas, duduk bergelak sakan je dalam bilik. Mulut orang tua korang tak tau.

Maafla kalau apa yang aku cakap ni korang tak setuju. Different people, different brain, different opinion. Environment kenduri pantai timur mempengaruhi opinion aku. Kat pantai timur, kami suka masak sendiri or rewang instead of guna katering. Bak kata mak aku, tak meriah dan tak nampak macam kenduri kalau guna katering. Ni berdasarkan pengalaman kenduri kahwin abang aku. Memang perlukan ramai tenaga kerja. Nak masak banyak lauk tu, setup tempat, incharge air, tambah2 lauk, tambah pinggan, kutip sampah etc. Kalau kat Kelantan kami panggil ‘Jong-Kako’. Special panggilan untuk yang buat kerja2 kenduri ni. Mostly sedara mara yang lelaki jadi Jong-Kako. Doorgift tu adik beradik je yg tolong bagi. Takdenya bestmen ke ape ke. Dulu aku ingat kerja bridemaids ni macam Jong-Kako la. Confident je aku jawab bila kawan aku tanya. Tapi rupanya tidak. Jadi aku rasa peranan orang2 yang berpeluh kat belakang nak siapkan gulai bagai tu lebih significant drpd bridemaids ni. And aku rasa gambar2 moment diorang ni la yg mencerminkan betapa meriahnya majlis kau and kau akan ingat diorang ni la yang bersusah payah menjayakan majlis kau.

Bagi aku peranan bridemaids ni hanyalah picisan. Paling teruk pon tukang bagi doorgift. So, aku tak paham kenapa bridemaids ni perlu ada dalam list wang hantaran. Wang hantaran mintak berpuluh ribu. Tengok2 baju untuk bridemaids pon diincludekan sekali dalam list tu (yg sponsor baju sendiri tolak tepi). Macam penting sangat! Be considerate and rasional la. Tak menjejaskan akad nikah pon kalau takde bridemaids.Kepada kawan2 pengantin yang nak jadi bridemaids tu, aku rasa elok jadi tetamu jela. Yela, korang pon tak penat. Kalau orang suruh buat kerja itu ini korang pon tak sakit hati kan. Yela, orang dah pakai baju cantik2 disuruh pergi tambah lauk pulak. Kalau aku la, aku rasa bersalah kalau aku dikira part of the kakitangan majlis, pastu duduk je tak buat ape2. Aku rasa akan ada makcik2 yang akan mengata, “eish..budak2 ni datang buat ape”. Tak perlu jadi bridemaids pon kalau nak meraikan kawan. Cukup datang majlis dia, ambik gambar sikit dan doakan kebahagian dia je.

Maaf kalau terkasar bahasa,
Terima kasih sudi baca.
#justmytwocents

– Hatake Kakashi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit