TERSEPIT. IBUBAPA VS DIRI SENDIRI – 8:14 PM

TERSEPIT. IBUBAPA VS DIRI SENDIRI

Assalam. Harap admin approve luahan hati saya. Saya ni anak sulung drp 4 beradik. Family aku mempunyai masalah kewangan yang serius. Ayah aku kerja sendiri tapi pendapatan xtetap. Mak aku terpaksa kerja sbb nak tolong ayah dgn pendapatan RM150 seminggu. Adik aku belajar di uitm (diploma). Adik aku xdapat ptptn. Jadi mak aku yg hntar duit kpd adik aku. Aku pernah menangguh pengajian selama setahun sebab kekangan kewangan. Ptptn memang ade tapi aku byk berhutang untuk persediaan sebelum masuk u dulu. Dan kos aku jenis havoc sikit. Banyak field work n pakai byk duit. Duit simpanan masa kerja aku guna utk beli skuter dan makan minum di awal semester dan masa kerja. Kebetulan pula sem ni aku xdapat ptptn. Memang sangat tersepit. Nak mintak parents memang xboleh. Adik aku pun kdg2 minta dengan aku sebab xcukup. Aku ade gak kerja part time jual makanan dan pembantu kedai tetapi susah nak cari masa untuk belajar dan kelas sebab selalu clash. Aku ade pakwe. Pakwe aku tolong gak tapi semenjak kebelakangan ni dia ade mengadu xde duit. Aku syak sebab dia selalu bagi duit sampai diri dia xtertanggung. Bayangkan sampai duit sewa rumah hinggalah barang peribadi aku dia belikan sebab aku memang xada duit langsung. So aku decide untuk berhenti belajar dan kerja sahaja sebab aku dah tak tahan. Assignment dan exam aku ke laut sebab fikir duit selalu xada. Tapi pakwe aku dan keluarga sangat2 menentang hasrat aku. Aku dikatakan pentingkan diri dan ego dgn kehendak sendiri. Sedangkan aku lakukan ini kerana prihatin akan keadaan keluarga aku dan juga xmahu susahkan pakwe aku. Aku juga berada dalam tekanan emosi yg melampau dan kdg2 mengambil pil penenang. Agak2 apa yg patut lakukan? Aku buntu.

– Eiya

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *