Salah aku ke? – 10:46 PM

Salah aku ke?

Asslamualaikum admin .. Sy trpanggil utk nak luah masalah sy .. Harap admin approve supaya sy dapat ambil maslahat dari pandangan umum ..

Sy 23 tahun, wlupun seorg prempuan ttapi sy lasak, suke kerja2 yang mencabar. Berkenalan dgn A dah 5 tahun tp kami xpenah berjumpa. A seorg bisnesman. Awl tahun lepas, die ajak sy utk bekerja dgn dia. Mula mula sy xlayan sgt sbb sy telah pun bekerja. Tapi dgn hasil usaha A memujuk sy dengan pelbagai faedah dan gaji yg tinggi akan sy nikmati apabila sy bekerja dgn die, sy ambil keputusan berhenti kerja yang sedia ada dan bekerja dgn A. A memberi sy tempat tinggal dan rumah itu lebih kepada pejabat. Banyak yg A ajar sy tentang selok belok perniagaan, automotif, mekanikal, sukan2 ekstrem, dan mcm2 lagi. Lama kelamaan hubungan antara pekerja dan majikan terbit bibit2 cinta. Apatah lagi sy jatuh hati kerana kesabaran A yg sgt tinggi. Antara pekerja2 lain, sy selalu dilebihkan. Kami pun menjalinkan hubungan cinta tetapi masih tahu batasan.
Sehinggalah suatu hari A bawa sy ke kubur seseorang. Kubur budak kecil. Tetapi sy tidak byk soal kerana menganggap mungkin kubur arwah anak kakaknya. Di situ, A membuka cerita bahawa kubur itu sebenarnya kubur arwah anaknya. Maknanya di sini, A telah berkahwin. Masa tu, sy rasa sangat2 kecewa kerana ditipu olehnya. A memberitahu yg dia betul2 sayangkan sy dan keluarganya juga hendak berkenalan dgn sy. Sangkaan sy mungkin dia duda.
Satu hari tergerak di hati nak tengok hpon A. Sy terbaca wasap A dan bini dia. Semuanya tentang luahan kesedihan seorang isteri tentang kecurangan si suami. Luahan seorang isteri yang pulang ke kampung membawa hati yang lara kerana kantoi wasap sy dan suaminya. Masa tu, Ya Allah mmg sy sedih sgt. Sy xnak bahagia atas penderitaan kaum sy. Sy ambil keputusan utk berhenti kerja. Tetapi A memujuk dan menyuruh sy mempercayainya. Oleh kerana A selalu outstation dan ibunya tinggal seorang diri, A meminta pertolongan aku yang terakhir supaya tinggal dan jaga ibunya semasa ketiadaannya. Walaupun hati kecewa, tetapi aku gagahkan juga. Lagipun ibunya tahu tentang hubungan kami dan merestuinya.
Apabila d rumah A, aku byk luangkan masa bersembang, ringan2kan tulang membantu ibunya. Satu mlm selepas solat Isyak berjemaah, ibunya menceritakan segala2nya pada aku, tentang kelakuan bini A kerana dulu mereka tinggal bersama dan ibu A selalu menjadi saksi kepada pergaduhan mereka. Semuanya bermula kerana A sebagai seorang majikan dan memiliki rupa paras, menggaji pekerja2 perempuan. Oleh kerana isteri A lebih tua darinya dan memiliki rupa paras yang tidak cantik dan berisi, timbul perasaan cemburu berlebihan, prasangka buruk dan tuduhan2 melulu. Ia juga disebabkan A lebih mengambil berat tentang ibunya. Mungkin kerana isterinya sudah biasa hidup mewah, jadi tiada istilah ke dapur dalam hidupnya. Orang2 tua yang hidup sederhana, mereka mmg xbrapa gemar bila org perempuan tidak ke dapur, tidak mngemas rumah. Sehinggakan isterinya keguguran pun tidak diberitahu kepada ibu A sedangkan ketika kejadian ibu A sahja ada di rumah. Isteri A juga pernah beberapa kali melarikan diri dari rumah dan hampir setiap kali meminta cerai.
Sampailah kemuncaknya apabila perniagaan yang diusahakan A mengalami kegawatan ekonomi. Seorang demi seorang pekerja berhenti kerana gaji sentiasa dibayar lambat. Sedikit demi sedikit aset dijual untuk menampung hutang. Oleh kerana takut hidup susah, dicampur dengan hasutan kawan2 yang dengki kebahagiaan kawan sendiri serta kantoi wasap aku dan A, sekali lagi isterinya lari pulang ke kampung.
Oleh kerana tertekan dgn sikap isterinya dan juga masalah perniagaan, A mencari seseorang yg blh membantunya menaikkan semula perniagaannya. Dan itu lah aku. Kami sama sama menaikkan semula perniagaannya. Aku byk membantu dari segi kewangan, membayar gaji2 pekerja yang tertunggak. Ke sana ke mari membuat hebahan dan promosi. Apabila keadaan semakin stabil, isterinya mencari A semula dan menuduh aku merampas suaminya. isterinya memberitahu kepada semua customer2 mereka tentang title aku perampas suaminya. Apabila A tidak layan, isterinya menjaja pula aib A dan keluarga A serta masalah rumah tangga mereka dlm media sosial, tidak lupa juga nama aku turut diseret.
Utk pengetahuan, keluarga kami telah pun mengenali satu sama lain dan merestui hubungan kami. Mak aku suruh aku berfikir panjang utk terima A, baginya biarlah A selesaikan masalah mereka kerana walaupun sudah lebih setahun tidak tinggal bersama, mereka masih lagi suami isteri.
Lepas dapat payment yang tertunggak nanti, A akan failkan prmohonan cerai dan mengahwini aku.

Persoalannya, memang aku kah yang bersalah dalam hal ini? Benarkah aku seorang perampas? Sedangkan niat aku untuk bekerja dan membantu memberi semangat untuk seorang insan yang sedang jatuh? Aku pernah jauhkan diri, tetapi terlanjur menyintai ..

Ini sbb byk masalah perceraian selalu lelaki disalahkan .. Kerana permpuan banyak meminta simpati dan perhatian meluahkan masalah rumh tangga sehingga mengundang simpati org lain. Sedangkan lelaki hanya mendiamkan diri. Entahlah … …

– Kupukupu

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *