Didikan ibubapa – 11:03 PM

Didikan ibubapa

Aku rasa ibubapa aku yg terbaik buat aku. Tak beerti mereka tu perfect. Cuma aku rasa, mereka lah yang terbaik dalam hidup aku.

Mak aku. Orangnya pendiam. Tapi dengan anak2 dan suami, leterannya sangatlah berbisa dan panjang lebar. Kadang2 aku pon xtaw apa lah yg mak aku ni berleter. Mak aku ini asalnya orang susah. Tok aku pula lepas hidapi gila meroyan. Jadi mak aku membesar dengan tokwan aku yg garang. Disebabkan itu, mak aku sangat tegas dgn kami adik beradik. Seperti mak orang lain, mak aku sgt pandai dlm bab menyimpan duit dan penggunaan duit utk perbelanjaan harian. Adik-beradik aku ada 7orang. Hanya ayh aku shj yg bekerja. So, mak aku akan berjimat sebaik mungkin. Alhamdulillah. Aku rasa kami masih cukup makan berbanding org lain.

Meh aku cerita bab didikan. Dimulakan dengan mak aku yg garang. Mak aku penyayang orangnya walaupun garang. Pantang mak aku ialah, kami melawan cakap beliau dan rumah bersepah. Dari kecil lagi mak akn menjerit, membebel akhirnya memukul atau merotan guna penyapu atau penyangkut baju pabila kami berdegil atau melawan katanya. Aku dan adik-beradik yg lain dibiasakan mengemas rumah, basuh baju, cara melipat kain dan seterika baju. Lama kelamaan semua itu jadi biasa. Tandas dirumah setiap minggu kami bergilir2 cuci. Sawang2 dibuang. Mop lantai xusah dikira.

Bab bersopan dan menjaga adab. Bab ni, ayah aku yg memainkan peranan penting. Jika aku lihat sebelum ini ada confessor yg mengakui sukarnya utk tidak mencarut. Ini tips yg aku dapat hasil didikan ayah aku.
Kami seramai 7adik beradik tidak pernah diajar menggunakan kata2 kesat atau carut. Kalau lah ayah aku terdengar, matilah kami dirotannya. Rotan dari ayah aku, boleh buat demam seminggu. Ok. Sini aku akui, ayah aku lebih garang dari mak aku. Malahan ayah aku tidak benarkan kami menggelarkan diri dengan perkataan 'aku'. Kata ayah, bukan nak bercakap dgn kwn2,jadi perlu guna kata ganti diri, 'saya' atau nama sendiri. Even untuk panggil adik-beradik sendiri, ayah tidak benarkan kami guna perkataan 'engkau', 'hei'. Kami guna perkataan 'kamu'. Bagi orang lain, ramai yg cakap kami adik beradik seolah2 berbual dgn orang luar. Namun, aku rasa, itu adalah tanda hormat.

Pernah sekali adik aku terikut2 kawan2 disekolah. Terkeluar perkataan gam***. Kakak aku yg terdengar itu, berkata "kalau nak rasa kena tonyoh mulut tu dengan cili, cubalah sebut lagi perkataan carut". Selepas itu, kami semua xberani mencarut. Aku sendiri kadangkala tidak memahami maksud kata2 carutan yang selalu disebut rakan2 sebaya. Tersepak batu, kwn aku akan sebut ci***. Kalau aku, tersepak batu, aku akn sebut "oh mak kau". Aku xkata aku baik, tapi didikan ayah aku buat aku terdidik begini. Benda2 ni patut dipupuk dari kecil. Ini sekarang, aku lihat mak ayah selumber badak mencarut depan anak2 kecil. Mak aku dulu pn mcm adik aku jugak. Pernah terikut dengan kawan baiknya. Mencarut dan kata kat anak bodoh. Ayah aku cakap kat mak aku, "Jadi mak ni, setiap apa yg keluar dr mulut adalah doa. Nak ke anak2 tu nanti tak pandai?". Selepas itu, aku xpernah dengar mak kata kami bodoh. Tapi mak dah jadi mcm ayah. Ayat yg selalu ayah guna jika kami buat sesuatu yg agak bodoh, "Tu lah..pandai sangat/pandai lagi".

Jika bab duit, mak aku memang terbaik. Aku rasa mak aku patut jadi menteri kewangan malaysia. Dia pandai agih2 kan duit, simpan duit dan pandai juga guna duit. Aku ni ada ramai adik beradik perempuan. Jadi faham2 lah, perbelanjaan perempuan lebih sikit. Mana kena beli tudung sekolah, kain n baju sekolah, kain dalam, singlet, stokin, anak tudung dan sebagainya. Dan aku xtahu bagaimana mak aku simpan duit utk bagi kami semua itu. Aku tahu gaji ayah aku tidak seberapa. Hanya RM800 sebulan. Memang ada masanya kami ikat perut, tapi aku tgk mak aku sgt cekal dalam uruskan itu semua. Benarlah kata orang, seorang mak mampu buat segalanya demi anak2.
Ayah aku pula, yg aku kenali seorang yg kedekut. Gajinya juga byk dihabiskan beli rokok dan belanja kawan2 makan di kedai kopi. Bila kami minta duit, ayah akan bagi cukup2 ataupun kurang dari sepatutnya. Aku ini, sebulan diberikan RM100. Itupun dipesannya supaya berjimat. Aku xkisah pun, disebabkan itu, aku lebih berdikari. Mampu bersusah-payah dalam mendapatkan ijazah.

Jadi, jika korang dah kawen, punya anak2 kecil, didiklah mereka dari kecil. Jangan dah tunggu dia dah besar, barulah nak bising suruh kemas rumah lah, cuci toilet la,memasak lah, jangan mencarutlah. Dah keras pun buluh masa tu, dipaksa juga nanti patah pulak. So, itupun ingatan buat aku, agar aku mendidik bakal anak aku kelak. Insha-Allah.

– Suka cokelat

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *