Kawan Makan Kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku harap sangat yg confession aku ni disiarkan. Ini adalah pengajaran buat semua yang ada kawan yang perangai macam bidadari ni. Peringatan jangan sesekali percaya pada yang nama nya kawan. Ape lagi kawan tu orang yang baru kau kenal.

First sekali aku nk bagitau aku ni budak baru habis diploma. Kira nya nk cari kerja lah . Nak juga rasa balas jasa mak ayah . Nk juga kongsi rezeki kita dekat mak ayah. Tu lah anggan2 nya.

Aku pun keluar lah merantau diri negeri aku. Aku cari kerja dekat kuala lumpur. Alhamdulillah rezeki dapat lah kerja yang layak dengan ape yg aku belajar dulu. Rezeki kan , macam macam cara Tuhan nak bagi. Syukur.

Nak jadi kan cerita tempat kerja aku tu okey sangat lah. Tersangat okey. Bos baik . Supervisor baik. Staff pon okey. Tapi tu buat minggu pertama saja . Bila minggu keduaa semua mcm dh nampak dah taring masing2. Aku disisihkan hanya kerana aku baik dengan seorang senior . Aku anggap dia kawan baik aku merangkap kakak aku lah. Eyaa lah aku budak baru, baru je habis belajar , mesti nak kan tunjuk ajar. Masa tu aku disisihkan oleh staf. Buat kerja sorang2. Tanya baru jawab. Kalau tak, aku duduk sorang2 lah.. semua buat sorang.

Bulan pertama aku okey lagi. Masuk bulan kedua aku dah tak okey dah. Aku budak baru , tapi wajar ke kerja dlam satu company tak ada langsung sikap kerjasama dalam satu kumpulan. Aku merantau sebab nak kan pengalaman bukan nak kisah hitam. Betul tak?

Yang senior ni selalu sangat bercerita psal staf yang lain. Aku percaya atau tak je. Kadang2 aku dengar kadang2 masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Cerita tu semua yang buruk2 je. Tak ada yang baik langsung. Aku terfikir juga kenapa yang dia benci sangat psal staf lain. Macam pelik.

Disebabkan aku ni anggap dia macam kakak aku sendiri, aku cerita lah masalah family aku , masalah aku dekat dia. Dia nasihat lah. Almaklumlah dia kan lagi tua dari aku. Aku anggap dia tu berpengalaman dari aku.

Dia pon selalu cerita masalah dia. Masalah dgn teman lelaki dia. Dia minta pendapat, aku bagi je lah. Walaupun aku ni tak ada pengalaman sangat, aku bagi je apa yang aku rasa dia patut buat. Tapi aku bagi nasihat dia bukan dengar pon. Aku pulak yang dimarahkan dia. Dia cakap aku tak lalui ape yang dia rasa. Senang lah cakap. Bukan sekali dia bercerita dan minta pendapat aku, hari2 doo. Kau rasa? Aku ni dh naik berbuih dh mulut ni. Asyik ulang benda sama je. Tapi aku balik yang kenaa.. last2 klau dia cerita , aku anggukkan je. Sebab nk jaga hati kawan punye pasal.

Masa ada kat negeri orang ni kiranya dia lah yang support aku. Selalu belanja makan ape semua tu. Ajak aku keluar. Aku ikut je ape yang dia buat. Tanpa rasa jemu. Walaupun diri sendiri tak larat tapi aku ikut kan je. Sebab aku tahu dia kesunyian. Dia banyak masalah. Nk release tension orang cakap.

Kiranya masa aku baikk ngan dia tu , dia tak bagi aku kawan ngan staf lain. Masa aku mula kerja tu aku nampak lah yang dia ni sorang. Tak ada kawan. aku ni xboleh kawan lah ngan diorang. Cakap ngan staf lain pon dah kena jeling dengan senior ni. Mcm aku ada buat salah je. Apa lagi nak gelak2. Mmg buad kerja tak ada orang bantu lah. Sebab jaga hati dia punye pasal kan. Aku ikutkan je ape yang dia cakap. Satu lagi jenis dia ni , suka tengking2 kita depan staf lain klau kita buad salah. Memang lah kerja, kita buat salah kan, xboleh ke dia tegur secara berhemah , cakap aku buat kerja lambat , slow semua tu. Eya lah. Aku bdak baru kot. Kalau kau nak aku buat kerja macam budak lama kerja tu xboleh lah. Klau salah aku juga kna marah. Kadang2 aku telan je. Tpi bila tak ada orang lain, dia boleh je tegur aku baik2. Berhemah. Aku fikir , dia ni gila kuasa ke ape ? Nk tunjuk hebat dekat sape? Dekat staf lain ke ? Klau ngan aku je boleh tegur baikk2 kalau buad salah. Eh lupa aku nk bgtau , kiranye antara staf dia lah ketua. Aku fikir positif je ape yang dia cakap. Nak belajar kan.

Tak lama lepas tu , ada lah staff bru. Kiranya staf baru ni baik lah ngan aku. Kira nye ngam lah. Ala bff g2. Haahhaaa.. si senior ni pon heret lah staf baru tu masuk geng kita orang. Kira nye ngam lah. Disebabkan saya ngan si budak baru ni baik sangat , saya kongsi lah masalah masing2. Kami bercerita sana sini. Lepak sama lepas kerja .

adalah satu hari ni kitaorang plan nak pergi tengok wayang, saja nk habiskan masa. Kebetulan pulak masa tu staf dlm tmpat aku kerja tu nk pergi tengok wayang juga. Kitaorg jumpa lah. Borak2 . Ambil gambar . Salah sorang staf ni ada lah upload gmbar dkt salah satu media sosial .aku pun dh xingt nama ape app tu . Si senior ni nampak dan chat aku. Mcm marah aku baik ngan diorang. Aku bagitau je lah , dia tak ada hak nak halang aku kawan ngan diorang. Tu luar pada kerja . Mna boleh campur adukkan. Aku jadi stress . Nk jaga hati orang hati sendiri yang sakit. Mcm2 dia cakap kt aku. Kebetulan masa aku keluar tu dia tgah cuti. Aku buat xtahu je.

Esokkannya tu , dia masuk office buat mukaa je ngan aku . Aku tegur baik dia jawab mcam haram je. Sakit hati aku tahan je. Staf lain dh pndang aku semacam dh . Aku senyum je. Kiranya staf lain boleh agak lah ape yang berlaku.

Lpas selang 2 3 hri tu ada masalah besar kt office. Mmg aku fikir nak berhenti je dari kerja ni. Sekali ngan masalah family. Malam sebelumnya tu mak aku call aku bgtau adik aku buat masalah dekat kampung. Ayah aku sekarang makin tak sihat. Memang berlinang air mata je lah aku minggu tu. Lagi lah aku nak berhenti.nak lari dari masalah yang buka puncanya dari aku.

Lpas selang seminggu tu , budak baru ni terlepas cakap psal senior ni bgtau pasal aku. Aku pon ape lagi , paksa lah. Sbb nak tahu. Luluh hati aku , nk jatuh terduduk aku dengar masa dia cerita. Senior tu boleh ckap aku ni menipu psal masalah fmily aku tu. Masalah yang aku ada2 kan tu. Dia boleh bgtau aku saja bgtau yang ayah aku sakit sebab nk berhenti kerja je. Kau fikir ape perasaan kau. Sapa nak ayah dia sakit? Kau fikir lah kat situ. Tak ada aku nak doa2kan ayah aku xsihat. Anak mana xsayang ayah. Dia ada ungkit semua yang dia belnja aku makan , tak pakai duit aku pon. Eya lah klau fikir logik memang lah. Aku bru je masuk ke alam pekerjaan, boleh dia ajak aku masukk kdai2 mhal. Restoran yang sorang mkan dh berpuluh ringgit. Kau ingt aku ada duit ke semua tu. Kau juga yang ckap kau yang nk belanja. Kau yang nak bayar. Tapi rupa2nya tu semua tak ikhlas. Semuanya hanya untuk nampak yang kau ni baik. dia boleh ckap staf lain tu hasut aku sruh benci kat dia. Lpas tu berhenti. Orang tu tak ada nak buruk2kan kau lah. Orang tu siap bagi nasihat lagi sruh jaga kau , nasihat baik2 untuk kau. Nak suruh kau kembali ke pangkal jalan. Sudah2 lah tu senior nak jatuhkan orang. Jangan fikir nk sedap kita je , nk banggakan diri kita je. Aku tahu kau ada segalanya duit pangkat . Tapi semuanya tak akan lama. Cepat atau lambat je . Lepas semua ni terjadi, xkan ada dh lepas ni.

Kau lupa, Allah Maha Agung lagi Maha Adil. Cepat atau lambat je. Moga Allah bagi hidayah untuk kau nanti . Inshaallah.

Maaf lah panjang sangat confession aku ni. Aku just nak share ngan korang apa perasaan orang yang kena dengan yang kita anggap kawan anggap macam kakak sendiri. Sakit sangat. Pedih tu sampai ke tangkal hati. Doakan yang baik2 je lah.
Ikhlas dari sayaa. Terima kasih kerana sudi membaca. :)

– Alis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit