Assalamualaikum semua, thanks admin publish confession saya.
Okay apa yang saya nak sampaikan ni hopefully orang di luar sana take note! Terutama perempuan. Sebagai perempuan siapa yang taknak kurus? Nampak cantik je kan? Lawa je Kan? Sampi sanggup telan pil entah apa2 , tak siasat dulu isi kandungan dia . Asal tulis “boleh kurus tanoa bersenam” berebut orang beli.
Sekarang ni ada satu ubat kurus yang sangat terkenal di negara jiran. Memang kurus, cut selera makan, tak payah bersenam, tak payah jaga makan , makan la apa korang nak confirm tak gemuk! Tapi side effect makan pil ni antaranya:
1. Badan menggigil
2. Jantung pump dengan cepat
3. Pening-2
4. Banyak berpeluh
Sellers akan ckp tu perkara biasa untuk buang toksik dan bakar lemak. Lepas tu kena exercise sikit kalau nak kesan lagi mujarab. “Surut ayu” dah pun di-banned di Malaysia oleh KKM sebab dikesan bahan terlarang iaitu “SIBUTRAMINE” yang boleh buatkan korang ada gangguan mental, perubahan emosi dan juga sawan. Korang boleh pergi kat website KKM sendiri untuk check atau cari kat google je.
Okay part ni paling penting. Walaupun jenama “SURUT AYU” dah kena banned kat Malaysia, tapi pil dia masih di jual secara kilo. Dijual secara berleluasa dalam kalangan online sellers. So that diorang boleh repacking and claim itu jenama diorang. Come on la guys! Bandingkan! Cari yang jual pil-2 kurus kat online dan bandingkan dengan pil “surut ayu”, kapsul MERAH GOLD. Bukan skincare je yang rebranding. Supplement pun ada!
Okay la maybe korang akan kata “hak diorang nak membeli, kalau kena side effect padan muka ” what if yang membeli tu mak korang? Adik? Kakak? Makcik? Kawan baik? Bila side effect dah nampak, nak padankan muka diorang ke? Tugas kita untuk sebar kesedaran pada mereka. Btw pil macam ni memang TIDAK berdaftar dengan KKM, diorang akan kata dah dapat kelulusan KKM luar negara. There’s no such thing. Mohon kalau ada yang terjumpa pil-2 macam ni kat online, tolong la jalankan tugas anda hubungi KKM 097730586 sekiranya mereka gagal sertakan bukti sijil KKM.
Nak kurus? Exercise, amalkan pemakanan seimbang . Bukannya telan pil sembarangan yang takde kelulusan KKM. Banyak cara lain lagi untuk kurus, jangan kerana nak cantik, nyawa tergadai. Cousin saya pernah makan “surut ayu” dan dia mengalami side effect yang sgt berat, termasuk rambut gugur dan migrain teruk. Lepas pergi hospital, baru tahu punca utama, nasib baik belum terlewat. Dia pun dah stop consume benda yang bukan2.
Saya share supaya kaum wanita di luar sana sedar pasal hal ni, dan sayangi lah diri anda seadanya.
– Miss K
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit