Proses Tuntutan Insurans Yang Lambat

Assalamualaikum, saya yaya. Saya ni bukanlah ejen insurance kee ataupun jual insurance tapi saya cuma buat kajian sendiri lah dengan tanya sedikit sebanyak dengan ejen2 insurance and buat research kat google beza antara setiap insurance kat Malaysia ni

Dekat sini saya cuma nk share sahaja pengetahuan saya setakat ni. Orang kata tak rugi pun kalau berkongsi ilmu kan?

Satu
Policy Holder (PH) ni memang selalu nya serah bulat2 proses segala proses tuntutan dekat ejen diorang. Tapi PH kena tahu, ejen ni manusia jugak. Kekadang tu mereka ada masalah peribadi mereka sendiri
Tak semua la ejen camni tapi anda semua tahu kan ejen ni takde basic so mereka makan commission yg mana makin ramai customers mereka dapat makin banyak la untung kat mereka.
Bayangkan mereka amik ramai2 customer and then nak handle satu2. Memang susah lah kan? Lagi satu mereka ni ada yg jenis tak tanggungjawab lambat2 kan bayaran premium kita. Korang tahu tak kenapa ada insurance bila kita buat claim tapi pampasan kita dapat tu bukan 100% yg sepatutnya kita dapat?
Bagi insurance yg ada tempoh matang, kalau dalam masa tempoh matang tu berlaku kelambatan pembayaran itu akan jejaskn jumlah pampasan.
And sebenarnya itu bukan masalah dgn syarikat insurance tu tapi masalah dengan ejen atau PH tu sendiri.
PH ni pun kadang2 tak faham proses tuntutan. Yang mereka tahu nk claim je and serah bulat2 kat ejen.
Proses tuntutan tu sy galakan PH baca betul2 policy document and fahamkan betul2 proses tuntutan yg ditetapkan oleh syarikat insurance tu.
Makesure submit semua dokumen yg diperlukan. Sebab biasanya PH kena isi borang tuntutan dulu and sertakan sekali dengan segala dokumen yg lengkap baru syarikat insurance akan proses. And pampasan tu bukan nya dapat on the spot. Sbb biasanya proses pembayaran tu ada tempoh dia jugak.

Beza antara Life, Personal Accident (PA) and Medical Card
Korang tahu tak sepatutnya paling2 kurang coverage yg kita kena ada is tiga insurance yg sy nyatakan kat atas.
Biasanya org kita ni tak faham dengan coverage insurance depa ada. Mereka assume ada salah satu dekat atas tu dah cukup full coverage.

Life Insurance

Life insurance ni coverage dia utk kematian and TPD. Memang bagus sbb dia cover sakit penyakit jugak.
Tapi korang pun sendiri tahu kadang2 tu tak semua musibah jadi dlm bentuk sakit penyakit and tak semestinya kita TPD.

Yg ni nk cerita sedikit pasal TPD(Total Permanent Disability)
TPD ni PH kena Hilang sepasang anggota badan atau sepasang penglihatan atau hilang sepasang pendengaran ataupun lumpuh.
Korang rasa memang kalau setiap kali apa2 jadi kita terus TPD ke? Tak kan.. Nauzubillahiminzalik mintak jauh la kan. Life insurance ni premium dia boleh tahan la mahal sebab dia ikut umur kita. Yela, bila kita makin tua kita punya kesihatan pun menurun, risiko tinggi so chances untuk PH buat claim tu tinggi.
So apa backup untuk life insurance?

Personal Accident (PA)
Yg ni backup utk life insurance td. Sebab coverage utk PA ni utk semua jenis kecederaan akibat kemalangan. Tapi jangan la salah faham pulak. Terhiris pisau kat jari takkan la nk buat claim pulak ngan PA. Macam tak logik la kan?
Coverage PA ni dia tak bagi pampasan untuk kematian tapi dia bagi wang khairat kematian la tapi takde lah sebanyak life insurance. PA dia cover semua jenis kemalangan such as kemalangan akibat bencana alam, third party attack, serangan haiwan liar or berbisa. Semua jenis kemalangan yg tak kita duga jadi kat kita.
PA ni tak cover bills hospital
Biasanya PA dia ada bgi hospital income. And utk pengetahuan korang, mostly PA dah takde hospital income sebab yelah senang sangat nk claim. Jatuh tangga patah kaki kena warded dua tiga hari dah boleh claim. PA ni takde list panel hospital lah, mana2 hospital cover
PA ni premium dia taklah mahal mana and fixed. Macam sy ada beli PA satu dengan bank harimau tu. Hehe taknak lah sebut nama bank takut orang kata saya promote pulak. Harga dia murah dalam 39 something tapi pampasan dia 700k. Yg ni sy purchase time tu dia call sy, alhamdulillah la okay jugak sebab last month sy jatuh tangga so sy dah dapat claim. PA ni backup lah bagi income and gaji kita nak buat cover balik commitment kita bulan2. Dah kita admitted ward macam mana nak kerja kan? So gaji kita terjejas, insentif tak dapat, attendance allowance tak dapat tapi commitment still jalan
Tapi yelahkan , PA ni pun ada lack dia. Dia tak cover bill hospital and segala jenis sakit penyakit

So, backup untuk PA pulak

Medical Card.
Yg ni sy jamin ramai rakyat Malaysia ada. Alhamdulillah
Medical card sangatlah bagus sebab dia cover segala bills hospital baik sebab sakit mahupun sebab kemalangan.
Cuma, Medical Card dia ada list panel dia lah. And dia tak bayar pampasan kat kita. Dia just cover bills hospital sahaja. Yang bestnya tak kiralah berapa mahal pun bill dia still cover. Tapi kena makesure hospital tu panel ngan Medical card korang.
Tapi sy boleh jamin, korang sendiri pun setuju ngan sy, biasanya kalau kemalangan kee atau apa2 jadi kat kita masa kat luar mostly kita dihantar hospital kerajaan kan? And medical card tak panel ya dengan hospital kerajaan.

Sebab tu sy kata 3 insurance ni penting kena ada, beli la yang paling murah pun. Tapi asalkan kita dapat full coverage. Sebab sekarang ni kan zaman ekonomi kita tak berapa bagus, kalau lah tiba2 benda jadi mana nk cekau duit. So at least kita tak lah risau sangat.

Kita pun taknak kan susahkan orang2 sekeliling kita betul tak? Apa2 jadi kat kita takkan laa nak apply loan kot.. Makin la susah life nanti.

Sy bukan nk racist tau, tapi korang cuba tengok kenapa cina suka beli insurance banyak2? Kadang2 tu mereka ni kaya sebab insurance je. Macam loteri la bagi diorang. Haha

Orang kita ni pulak salah faham, depa ingat ada satu insurance dah lengkap full coverage. Yang lagi best yg gunakan konsep redha dan berserah pada Allah. Yee betul mmg kita berserah pada Allah tapi Allah sendiri pun suruh kita berusaha kan?

Takkan la nanti apa2 jadi bill hospital mahal pastu awak nak cakap kat nurse tu “saya redha je akak misi” sambil hulur duit beribu2 pastu savings semua habis. Dahlah savings dah habis, commitment still jalan macam biasa. Anak2 lagi, isteri lagi, rumah, kereta.

Bila kereta kena tarik cakap “saya redha cik, tarik la kereta saya”

Kalau sebab sumber tu pulak. Kan ada insurance takaful
Berlambak kat Malaysia ni, kadang2 tu pelik jugak tengok bila smpai part insurance kemain persoalkan ini conventional kee takaful?

Saya nk tanya lah kan. Pernah terfikir tak beli kereta, beli rumah, beli barang2 kat courts tu kita beli tapi kita bayar harga dia yg sebenar ke? Ada bunga kan? Bunga tu agak2 lah kan halal or haram?

Paling senang lah contoh dia panadol. Agak2 nya la kan, dari mana sumber dia? Sumber pengeluar ubat utama malaysia bukan nya dari negara islam sendiri pun

Jadi kenapa nak berkira sgt dengan nyawa sendiri, nyawa anak2 and isteri.

Terpulang pada anda nk yg takaful amik takaful. Nak yg conventional amik yg mana2.

Tapi sy lebih galakkan amik takaful lah yee, sebab sekurangnya kita tahu sumber dia.

So itu saja, penat cik kak membebel.

Terima kasih sebab sudi membaca, sy cuma share apa yg saya tahu and pendapat sy je. Kalau kata2 saya salah sila betulkan sy di komen ye. Sy baca jee nanti

– yaya bukan ejen insurance

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit