Bukan cerita Aku tetapi cerita Kita
Ya aku bukan budak agama, tetapi Aku pening apabila terfikir cerita Kita realiti rakyat Malaysia khususnya anak Melayu
Anak luar nikah berpuluh ribu saban tahun
Kes-kes cerai Mak Bapak dek alasan yang langsung tidak masuk akal.
Maksiat bagaikan 'dihalalkan' sudah
Manakan tidak Mak Ayah bagaikan menjual anak sendiri
Minta itu ini untuk hantaran sahaja
Nilailah sendiri seni picisan drama, filem, novel anak Melayu Kita
Berunsurkan cinta jijik yang tidak sudah
Mengotorkan jiwa dan pemikiran anak muda Kita
Kosong dan terus kosong…
Namun, Sampai bila?
Setiap tahun Aku lihat ramaaaaai graduan agama yang terlahir
Dari Malaysia, Mekah, Madinah, Jordan, Mesir, Morocco, India, Pakistan, dll
Tapi Aku tak nampak mereka dalam ombak bangsa
Apa yang aku lihat Ustaz Ustazah glamour sahaja
Ustaz Ustazah melabel sana sini
Di manakah kalian?
Terjunlah …
Terjunlah dalam lautan masyarakat
Usah kalian gelisah akan sikitnya upah
Amanah yang berat itu yang patut Kau risaukan !
– 'Bukan Budak Agama'