duit?kawan? – 10:59 AM

duit?kawan?

Thanks approve,admin.
Aku bukan pelajar uia.aku niy pelajar dari sebuah ipta nun jauh di utara sana.tapi aku suka baca iium confession niy. aku selama niy perati je org confess mcm2. Terdetik hati aku nak confess sesuatu.
Aku lahir dari family yg susah atau lebih kpd sederhana. Bukan org senang.
tapi bila masuk uni, kbnykn kawan2 aku semua dari golongan senang. Aku bersyukur mereka semuanya baik-baik dan tak berlagak sombong pun. Aku cuma nak luahkan sesuatu, aku minta maaf kalau mereka ajak aku keluar join pergi mana-mana, tapi aku selalu menolak pelawaan mereka. Bukan tidak sudi tetapi aku nak sgt join mereka semua.
Tapi, bila aku fikir-fikir semula, kalau keluar mesti akan keluar duit punya. Bukan nak kata aku kedekut cuma aku cuba untuk berjimat. Duit ayah ibu aku bagi cukup-cukup je untuk tampung perbelanjaan makan minum aku beli buku atau print lecture note semua tu. Duit yg ayah ibu aku bagi bukan utk aku enjoy dekat luar sana. Itu pun bila duit habis, aku cukup malu sebenarnya nak kata "ayah, duit org habis dah tinggal Rm….". Ya, rasa malu nak mintak duit dkt ayah dan ibu aku.Mereka bekerja susah payah mencari duit untuk aku belajar, takkan aku sanggup nak gunakan duit itu untuk bersuka ria diluar sana???
Cuma, kalau aku teringin sgt hendak keluar berjalan-jalan atau teringin nak beli sesuatu yg aku idamkan, aku akan simpan sedikit duit perbelanjaan aku itu. Aku akan kumpul sedikit demi sedikit dari hari ke hari.
Tapi, aku sgt bersyukur dgn rezeki yg tuhan berikan, rezeki dpt ayah ibu yg bertanggungjawab dan hidup bahagia :) terima kasih ayah terima kasih ibu.
Aku ada sebab tersendiri kenapa aku tak selalu sgt sertai kawan-kawan bersuka ria.
Ayah ibu aku tak sama mcm ibu bapa mereka semua.Yg aku perasan dkt kwn2 aku, ada sesetengah tu senang je minta duit dkt ibu bapa diaorang.ya, its okay.Kalian seharusnya bersyukur.

Jangan anggap semua orang hidup senang.

aku harap sgt korang2 semua dekat luar sana, kalau ada kawan jenis macam aku niy, tolonglah fhm knp mereka taknak join korang2 buat aktiviti.maaf.

– amira

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *