Salam. Harap admin boleh approve coretan ni utk membuka mata sesetengah wanita dan golongan isteri.
Aku wanita, isteri, ibu, anak perempuan dan juga perkerja berusia 30an. Kebelakangan ni banyak confession2 or kisah2 rumah tangga lalu di newsfeed aku dan banyak jugak comments yang aku baca yang aku rasa boleh menjatuhkan martabat wanita. Ada yang tanpa malu segan memburukkan pasangan masing2 or keluarga mertua masing2. Ada yang terang2 mengutuk keluarga dan ibu bapa sendiri. Dan orang ini jgk tanpa malu nya set profile fb utk public, sapa2 boleh tgk pasangan drng or adik bradik drng. Tapi tak dinafikan ada juga comment2 yg bagus seperti menasihat dan membetulkan hukum hakam yang tak tepat yang dipegang oleh masyarakat sekeliling.
Ya kehidupan orang berbeza2 dan mereka ada hak untuk hidup dengan cara mereka. cumanya, sebagai manusia, kita dikurniakan akal untuk berfikir. Sebagai wanita, jangan la menjatuhkan maruah golongan wanita dengan tak habis2 melaungkan issue nafkah. Ya nafkah tanggungjawab suami. Tapi tahukah kita apa nafkah yang kita berhak dari suami? Apa yg suami betul2 wajib tanggung, dan tak wajib tanggung? Tahukah kita kemampuan suami kita. Sudahkah kita habis mempelajari dan mengkaji perbincangan para ulama tentang nafkah? Tahukah anda suami tak wajib bagi nafkah untuk isteri2 yg nusyuz? Tak dinafikan mmng byk kes2 suami tak bertanggungjawab, tapi carilah saluran yg betul untuk mencari keadilan. Jgn berterusan menderita or menanggung suami yg culas.
Dilahirkan wanita bukan penyebat utk kita jadi golongan yang lemah. Jgn gunakan alasan nafkah untuk kita dapatkan pakaian2 fashion terbaru, tudung moden, bertukar bag tangan sebab itu kemahuan, bukan keperluan asas. Jika ada tenaga dan tubuh badan yg sihat, tak salah kita minta izin dengan suami untuk keluar bekerja. Unless suami kata dia mampu untuk sediakan semua kemahuan2 naluri perempuan kita yang berlebihan tu. Kalau dapat suami yg tak kasi keje, duit pocket pon takde, berbincanglah baik2. Dulu korng jgk yg agree nak kawin dgn dia. Sebelum kahwin bincang la dulu. Ada jgk yg aku nampak, suami tak kisah isteri kluar bekerja, tapi isteri pulak tak mahu kerja, nak duduk rumah layan anak2 katanya, tapi at the same time complain tak cukup duit nak ikut jiran2 beli tudung fashion terkini.
Untuk wanita yg bekerja tu, bertimbang rasa lah. Mmng suami wajib sediakan semua dalam rumah. Tapi sebagai wanita, takde rasa nak membantu suami dalam membesarkan anak2 ke? Tak rasa bangga ke anak kita membesar dgn titik peluh kita jugak? Ada yg claim duit minyak dia pergi kerja pon suami wajib tanggung. tapi kalau anda tak pergi kerja, suami tak perlu kan nak kluarkan duit minyak anda? Kalau anda tak pergi kerja, suami tak perlukan kluarkan duit nursery anak? Tak perlukan nk bayar pembantu rumah utk uruskan rumah? Jadi apa salah hasil kerja kita tu , kita share dgn suami untuk urusan rumah dah anak2. Ya, mmng ini common practice pon untuk majority rakyat Malaysia dgn ekonomi sekarang ni, tapi jgn terkejut ada je wanita2 yg masih lagi expect suami tanggung segala bende termasuk hutang kereta dan minyak kereta dia pergi kerja atas dasar nafkah. duit gaji dia untuk simpanan dia sahaja, mcm yg biasa kita baca kt confession2 sebelum ni or comments2 kt media sosial. Sedarlah wanita!
Alhamdulillah aku dikurniakan suami yg memahami dgn pendapatan yg agak tinggi. Dia mampu je untuk bayar segala expenses dalam rumah dan untuk anak2, dan bagi duit bulanan ke ibu bapa aku masa aku tak bekerja ikut dia berhijrah. Alhamdulillah rezeki Allah aku dapat kerja di negara yg sama. Selepas dapat kerja aku berkeras untuk bayar gaji maid, dan contrinute untuk activity luaran anak2 mcm latihan music dan renang. Barang2 dapor, utilities dan rumah suami yg bayar. Kalau makan di luar, kami gilir2 bayar. Aku paham dia pon ada target saving yg nak di capai, mcam aku jgak. Saving kami pon utk masa depan kami dan anak2. Jadi tak salah untuk kami berkongsi rezeki, sebab dia pon berkongsi tenaga utk buat kerja2 rumah dan jaga anak waktu aku kene keje lebih masa.
Sebelum makcik2 krt mengecam confession ni nk cakap riak ke apa2, aku bukan nak riak, takde sapa pon kenal aku or suami kt sini, cumanya nak bukak mata sessetgh wanita yg rigid dalam nafkah, tapi bab lain tak ikut agama plak, macam kutuk laki sendiri kat social media. Sekian.
– salwa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit