"spare tyre"
its finally over.
aku cuba nak move on walaupun payah. lagi2 bila aku tau yang sekarang dia dah ada org lain. org yg dia kata tak ada apa2 & tuduh aku ni cemburu buta. tapi sekarang?
dia memang cantik, bijak. tp bukan sbb tu aku pilih dia. ada insiden lain yg tak perlulah aku cerita kat sini. walaupun ramai yg cuba nk tackle dia, aku bersyukur bila dia setuju terima aku. tapi bila kitorang declare, dia pesan jgn heboh. dia nak jaga hubungan ni. ok, aku terima. aku jujur dengan dia. dari selatan ke utara aku jelajah nk minta izin mak ayah dia. aku usaha buktikan pada dia yg aku betul2 serius.
tapi dia tetap layan lelaki2 lain yg nak try dia dgn alasan as "kawan". byk kali kitorang gaduh sbb dia kata aku ni cemburu buta. come on la. aku lelaki. aku tahu macam mana lelaki layan or pandang perempuan yg dia suka. bini org pun ada yg nk sailang, setakat tunang, makwe, apa adahal?
kitorang janji nk kawen lepas setahun kerja. aku kena kumpul duit. aku bonded dgn gov. dgn starting 3k lebih, mmg masa setahun tu cukup bg aku. tp tak lama lepas kitorang grad, dia minta putus. atas alasan tak ada keserasian. puas aku merayu. aku terlalu sgt sayang kan dia.
rupa2nya.. dia dah pun ada pengganti aku. yelah.. aku ni baru grad, duit pun tak cukup lagi. tak mampu nak beli hadiah mahal2, bawa tempat makan mahal2. dia pilih lelaki yg dah establish, dah cukup duit, dh boleh kawen at any time. dia pilih lecturer aku! org yg sama aku cemburukan dulu. org yg dia kata cuma 'kawan' and aku ni yg cemburu buta.
selama ni aku spare tyre dia je rupanya. spare sementara jumpa lelaki yg lagi bagus dr aku. bila couple dgn lecturer aku tu tak ada dia sorok2 pun sampai kawan2 aku semua boleh agak.
padan muka aku. aku terlalu sayangkan dia sampai aku buta bila org suruh aku hati2. aku ingat dia betul2 sayangkan aku macam aku sayang dia. sayang… muka cantik tapi tak hargai perasaan orang. tak apalah. benda dah jadi. aku tetap doakan kebahagiaan dia. aku cuma harapkan doa korang untuk aku. doakan aku dapat move on. doakan aku dapat ubat jiwa aku yg berdarah ni. thank you.
– smn