Kahwin jangan sampai berhutang
Assalamualaikum..
Akak lihat banyak sangat yg nak kahwin tapi ada masalah kewangan n sanggup berhutang..nasihat akak jangan sekali2 berhutang..
Ni akak nak cerita pasal adik akak harap boleh jadi pengajaran..
Adik akak lelaki pada tahun 2013 dia telah betunang dgn pilihannya..mereka berkenalan melalui fb..
Pada tahun 2014 arwah mak akak jatuh sakit..arwah mak akak disahkah mengidap kanser tahap 4..oleh kerana mak kerap terpaksa berulang ke hospital n kerap masuk hospital..adik akak ni sampai di berhentikan kerja oleh majikannya..ini kerana adik akak ni yg selalu bw mak akak gi hospital tapi akak akan ikut sekali..klau mak akak masuk wad pun akak yg teman n tidur di hospital..
Walau pun keluarga tunang adik akak ni tahu tentang keadaan mak n diorang pun pernah datang melawat mak..tapi keluarga tunang adik tetap mendesak untuk mencepatkan majlis perkahwina..hantaran 7 ribu..bayangkan adik akak dah la di buang kerja n mak pula sakit..
Duit hantaran baru ada dlm 5 ribu lebih..akhirnya adik akak telah meminjam duit pada kawan baiknya hampir 2 ribu..
Tak lama slepas tu adik akak dpt kerja..tapi gaji murah je dlm 800 je sebulan..akhirnya adik akak pun berkahwin..selepas adik akak berkahwin isteriny n adik akak telah tinggal di rumah mak n ayah akak..Dua bulan selepas adik akak kahwin mak akak telah di jemput illahi..pada tahun yg sama..
Slepas sbulan arwah mak akak pergi isteri adik akak tu telah di sahkan mengandung..nak jadikan rezeki adik akak dpt menjadi imam tetap di sebuah masjid..siang adik akak kerja, mlm pula jadi imam..duit imam dlm 500 sbulan..
Tapi masalah lain pula timbul..anak dalm kandungan isteri adik akak ada masalah..mungkin tidak normal mcm bayi lain..umur kandungan 7 bulan hospital daerah bagi surat suruh pergi hospital besar, hampir 3 jam perjanan ke hospital tu..duit hutang kawan adik akak tu adik akak dah bayar separuh..setelah hampir sembilan bulan isteri adik akak bersalin..anak adik akak mempunyai masalah dlm kepalanya ada cecair..n kaki n tangannya x normal seperti bayi lain ..
Sekarang 2 bulan sekali pergi hospital daerah n tiga bulan sekali terpaksa pergi jumpa pakar di HKL..bayangkan adik akak tinggal di utara n terpaksa jumpa pakar di HKL..semua tu perlu duit..n hutang pada kawannya tu akak x pasti dia dah habis bayar belum..
– Akak