6 Jenis Kawan Yang Perlu Dijauhi

Assalamualaikum, aku perkenal kan diri aku,aku Teja. Aku dah bekerja dan berumur 20an. aku ada terbaca post tentang kawan-kawan yang patut kita jauhi. (tak ingat tajuk confession tu) . Aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku.Kawan-kawan zaman study dan kerja tak sama. Alam pekerjaan ni kawan-kawan “busuk” tu susah nak kesan .Aku nak share ciri-ciri kawan yang patut kita berhati-hati

1. Kawan penyibuk pasal gaji
Bila masuk zaman kerja, terutama yang dah ada experience kerja. basic salary tak sama.Jadi hati-hati dengan kawan yang suka tanya tentang basic salary kita. Aku pernah ada kawan sebelum ni, yang suka tanya tentang gaji orang. selagi dia tak dapat agak jumlah yang tepat selagi tu dia terlalu “teruja” nak tahu.sampaikan kawan aku ni pernah main teka lagi basic aku,disebut habis jumlah nombor yang kemungkinan masuk akaun aku.sampailah dia dapat agak jumlah yang sebenar.tapi bila tanya gaji dia pandai pulak mengelak dan menipu.Heh!

2. Kawan sibuk urusan peribadi
Ni kawan yang suka tanya, eh dah kahwin ke belum? kalau tak kahwin nak tengok gambar pasangan.kalau dah kahwin pun tak segan silu nak tengok gambar suami orang.facebook ada, instagram ada masuk je tengok like ke komen ke. Ha senang.kalau dah busybody sangat.Tak cukup dengan tu, rumah orang pun nak tahu macam mana,besar ke kecil ke, tinggi ke rendah ke.Dah kenapa? kalau dia homeless pun bukan dia bentang kotak depan laman rumah kau.

3. Kawan suka banding membanding
Ha, spesies ni sukar dibendung sebab riak tu sukar dikawal.ada yang suka banding, eh kau naik motor je, aku naik kereta.Rumah kecil je? kalau rumah aku besar, boleh lari 10Km dalam tu.Ermm family kau macam tu? kalau family aku la…bla bla bla…Aku pernah jumpa kawan macam ni, memanjang la dia paling bagus.huhuhu..kadang rasa macam nak lastik dengan selipar BATA , yang baru tu,baru tahu sakitnya tuh disini.

4.kawan yang kaki perli.
kawan kaki perli.kalau perli depan-depan boleh jugak sound setempek kan.Ni perli berbasa basi di wall FB.Memang la FB tu kau punya tapi matang la sikit, baik pergi jumpa depan-depan.Aku pernah juga kena perli di FB, dikatakan aku suka sindir orang dan talam dua muka.eh confuse sekejap, yang meroyan di facebook tu kau bukan aku.jadi siapa suka perli sekarang ni?

5.kawan talam dua muka.
Ada kawan dia suka tunding orang talam dua muka.Ni spesies aku pernah jumpa jugak.Kata orang talam dua muka,hakikatnya bila aku baik dengan pihak ketiga (padahal aku tak la canang buruk buruk pasal dia ni pun), tapi dia terlebih insecure dan buat-buat la luahkan perasaan kat pihak ketiga yang aku dah sisihkan dia.Eh, siapa talam dua muka sekarang ni? musykil aiii

6. kawan Ku susah kita bersama kau susah sila meninggal sorang-sorang disana.
Ha, point kemain panjang.Spesies ni pun jenis bahaya juga.Bila dia perlukan pertolongan kemain meminta-minta .Dan aku pun pernah jumpa spesies ni. Bila dia perlukan pertolongan aku, boleh je memunculkan diri dan tiba-tiba je tahu nama aku.tapi bila senang hati tiba-tiba hilang ingatan tentang aku.huhuhu.tak cukup dengan tu kadang aku minta tolong bagi pendapat je.jawapan dia “tak tau , tak tau ” bila time dia kemain mengharap dan jenuh aku perah otak ni punya nak tolong walaupun kadang macam tak membantu pun.

Ok la cukup la 6 point tu,kalau tulis panjang-panjang nanti bertambah pening nak baca.huhuhu. Satu je aku nak pesan, “buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali” jadi aku rasa keputusan aku untuk mengelakkan diri dari manusia kepochi(penyibuk) adalah tepat dari aku cakap bukan-bukan kat dia kan.maaf untuk ayat tunggang langgang sebab aku tak pandai bercerita.Sekian.

– Teja Puteri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit