KERETA WAJIB UNTUK PELAJAR
Tadi aku ada baca satu post tentang parking. Dan aku sedih tengok komen yang rata-rata bukan pelajar UIA.
Mereka memberikan kata-kata negatif tanpa ada rasa belas terhadap mangsa.
Isu bawa kereta dan parking ni memang tak pernah habis. Ada yang komen, manja lah, tak perlu bawa kereta lah. Bila check, oh bukan pelajar UIA.
Patutlah diorang tak tahu yang student medic tahun ketiga sampai lima perlu KE HOSPITAL untuk praktikal. Kalau kau, sanggup ke nak berjalan kaki pergi hospital? Jauh tu!
kesian kami yang pergi oncall, balik penat pukul 12 tengah malam. Nak naik tangga lagi. Mahunya collapse tengah naik tangga tu.
So aku nak tegur pada komentar sekalian, kalau hampa semua tak tahu apa-apa cerita baik berdiam diri sahaja.
Jangan lagak seperti hampa semua hebat dan tahu sangat pasal UIA ni. Please, jangan cemarkan page ni. Terima kasih.
– bengang