Assalamualaikum w.b.t.
Pertama-tamanya diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak admin IIUM diatas kesudian membaca luahan perasaan ini. Samada ianya disiarkan ataupun tidak saya akan tetap berasa suatu ketenangan dapat meluahkan perasaan. Diharapkan pihak admin dapat menyorokkan identiti saya. Juga untuk makluman, akaun ini dicipta hanya sekadar sesi luahan perasaan ini khususnya.
Cerita ini berkisar dari keluarga angkat sy. Makabah angkat mempunyai 5orang anak. Sulong perempuan (kak long), kedua lelaki (angah), ketiga lelaki (alang), keempat lelaki (andak) dan kelima perempuan (adik). Untuk makluman admin sy beza setahun je dari Andak. Walaupun keluarga angkat sy ni x jaga sy sepenuhnya, tp kami rapat gile. Boleh dikatakan setiap benda yg jadi umah tu saya tau n sy amati.
Pengkhususan cerita sy ni focus pd Alang n Andak. Beza dorg tu 2 tahun je. Tp perbezaan ketara adalah Alang anak mak. Abah tidak memilih. Semua dia layan sama rata n sama adil. Dari kecik sejak sy kenal dunia, banyak perkara yang berlaku depan mata sy seolah-olah Andak ni asyik bwk masalah pd keluarga angkat sy. Mcm budak2 lelaki lain, x dinafikan Andak ni nakal. Tp dalam kenakalannya, sy sangat menghormati Andak berbanding abang-abang angkat yang lain. Perwatakkannya matang, namun siapa tahu jauh disudut hati Andak banyak menyimpan perasaan.
Berbanding adik beradik lain, Andak bersekolah di asrama ketika sekolah menengah. Jauh dari rumah. Mungkin dari situ Andak belajar untuk berdikari. Cuma apa yang paling saya terkesan adalah perangai Mak. Masih tak berubah sejak dahulu. Andak hanya balik rumah sebulan sekali pada hujung minggu. Itu pun sekiranya Mak Abah pergi ambil di asrama. Bila balik dah tentu Andak inginkan suasana bebas berjumpa rakan-rakan di kampong. Tapi setiap kali Andak nak keluar menggunakan motor pasti Mak akan bising dan membebel. Katanya Alang nak guna motor jumpa kawan2 main bola. Bila nak guna motor Abah, Mak cakap Abah pun nak keluar. Makanan? Tgk keadaan. Tau2 je la kn mkn kat asrama mcm mana. So sesekali balik nak la makan makanan mak masak. Tapi biasanya xde la sbb apa yg andk makan alang x makan. Yg alang mkn andk plak x makan. So the winner is alang la. Satu perangai Andak yang saya kagum, dia tak pernah melawan. Hanya ya atau angguk.
Sama juga keadaan bila Andak kt asrama. Pernah sekali hanya sy dgn ibu kandung sy datang melawat Andak kt asrama hujung minggu. Andak bagitau Mak Abah dah lama tak datang melawat. Sibuk. Sedangkan setahu sy Mak Abah hanya duduk di rumah. Ketabahan Andak membuatkan bukan sy je yang simpati, ibu kandung sy pun hangin dgn makabah. Ibulah yang pujuk Andak. Bwk makanan kesukaan Andak. Untuk pengetahuan, selama Andak di asrama, Andak bekerja sambilan sebagai pembantu kantin dan asrama dewan makan. Jadi adalah dia duit poket sendiri tanpa mengharapkan duit Mak Abah.
Selalunya bila Ibu nak bagi duit belanja, Andak akan tolak dengan elok. Katanya dia ada duit. Tahun 1998/99 kemuncak luahan perasaan Andak. Segala rasa yang terpendam Andak luahkan pada Kak Long. Kesahnya, Andak tak balik rumah walaupun cuti persekolahan yang panjang. Rupanya Andak menyorok. Kak Long yang dari Kuala Lumpur balik tanpa pengetahuan Mak untuk cari Andak. Betapa hancurnya hati seorang kakak bila tengok adiknya bersusah payah kerja di bandar demi mencari duit sendiri bagi membiayai kos persekolahan. Sedangkan keluarga lebih dari mampu untuk itu. Mulianya kamu Andak. Bila ditanya jawapannya mudah
“Andak tak nak susahkan sesiapa Long. Tanggungan MakAbah banyak, Andak sehat lagipun cuti sekolah, apa salahnya andak berdikari sendiri”.
“Sudah la Andak, jom ikut Long balik KL. Duduk umah Along. Nanti nak buka sekolah, Along hantar Andak balik ye”
“Andak xnak gi KL la Long. Andak tengah keja ni. Nanti bos bising dia x byr plak gaji andak. Xpe andak ok. Long gi la balik umah. Alang2 dah sampai sini kan”.
Rupanya seharian Kak Long bersama abang ipar memerhatikan Andak dari jauh. Lepas dia abis keja dorang bwk dia gi makan smua and hantar balik. Guess what dia duduk rumah kawan baik dia dekat dgn bandar. Puas dipujuk, tapi dia tetp berkeras dgn keputusan dia. Kak Long terus balik umah Mak. Baru la Kak Long tau cerita sebenar. Malam tu saya lepak dengan Kak Long kat umah Mak. Saya ceritakan semuanya. Menangis tersendu sedan Kak Long. Satu2nya adik yang sgt dia ambil berat.
Esoknya Kak Long pagi2 bwk saya n Adik gi kedai tmpt Andak keja. Malangnya bos dia cakap dia dah xnak dtg keja. Kami pegi umah kawan Andak pun dia xde. Kata kawannya semalam jugak dia keluar. Just bgtau nak balik umah. Kami semua dah gelabah. Kemana lagi kami nak cari Andak. Dia betul2 nekad nak bwk diri. Kak Long call abg ipar suruh bgtau mak&abah. Sekeluarga kami pusing bandr cari andak. U know what? Alang x ikut sbb alasan dia ptg ada main bola dgn kawan2 dia. Allahhuu. Perasaan masa tu mmg bengang sgt dah. Saya sebak. Hanya air mata menemani dalam kereta.
Smp malam pusing bndr x jmp. Kak Long decide nak balik umah dulu sbb smua dah penat. Kak Long n abg ipar amik cuti emergency terus. Makabah suruh call angah. Angah ni polis, so sah2 la dia senang je nak cari. Tapi abg long x bg sbb one of the reason andak jadi cmni selain sbb Alang adalah Angah. Malam tu kat umah Kak Long mengadap mak lepas solat Isyak. Heart to heart talk. Along minta mak maafkan dosa2 andak,halalkan smua yg dh mak korbankan utk andk dan merayu utk layan andk mcm mana mak layan anak2 dia yg lain. Saya? Hanya bertemankan air mata tgk keadaan tu. Seriously walaupun saya masih just anak angkat saya sgt rapat dgn andak. Saya tau n sy yakin kali ni mmg andak merajuk n makan hati sgt2.
Tgh malam tu sy buat solat hajat minta Allah lembutkan hati andak n balik. Sekolah x lama lagi dh nak buka. Smp sy termimpi2 andk balik. Kami rindukan kamu andak. Andk hilang tanpa khabar berita smp la petang ahad tu. Kak Long plan just tunggu kat sekolah dia. Msti dia akan balik. Berjam2 tunggu akhirnya baru nmpk andk turun dri bas betul2 depan sekolah. Suasana masa tu? X dpt sy gambarkan. Sedih,terharu,gembira,andak dh ada depan mata. Sihat n masih bertenaga mcm sebelum2 ni. Cuma apa yg merisaukan kami, andk totally change. Pendiam. Lepas semua dah settle, kak long hantar saya balik umah ibu n terus balik KL.
Since peristiwa tu, saya dgn andk walaupun masih close smp skrg (sy dah anak 3) andak memang jadi pendiam. Suka menyendiri. Tapi masih bertanggungjawab. Andak abis SPM terus dtg KL kerja sementara. Then dia sambung belajar smbil bekerja. All the way long dia buat semua sndri. Alhamdulillah andak dah Berjaya sekarang. Dah ada syarikat sendiri,gaji pun besar,makabah pun dah dihantar umrah semua hasil titik peluh dia. Alang? Sekarang doctor pakar kat hospital. Kirim duit utk makabah? Dia minta dri makabah lagi ade la walaupun anak dah 2org. antara semua adik beradik walaubagaimanapun andak diperlakukan sebelum ni,dialah satu2nya anak yg akan smp dulu ke kampong kalau dibgtau makabah x sehat. Dialah juga yg selalu call makabah ingatkan makan ubat semua bagai.
Saya bangga dengan andak. Abah pun dah uzur. Mak pun dah tak berapa kuat. Tiap minggu andak balik kampong uruskan makabah. Terbaru andak upah orang gaji untuk jaga makabah. Dia tanggung semuanya. Untuk makluman andak sehingga sekarang masih membujang. Bila kami semua tanya bila nak dirikan rumahtangga,nak ada keluarga sndr jawapan dia ringkas. Dia belum puas berbakti pada makabah. Tempat dia bermanja? Opkos anak2 sedara termasuk anak2 sy. Dan semua anak2 kami memang sgt rapat n manja dgn dia. 14org kesemuanya. He can handle easily even kalau dia bwk gi shopping hehe.. U such a wonderfull man that I never ever meet Andak. Keep strong and im always be with you. Thanks Allah sebab mempertemukan kami. Banyak benda saya belajar dri sifat n peribadi andak. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati Andak. Aminnn..
Sekian admin. Terima kasih.
– ZANI
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit