Aku dan ayah
Aku adalah anak ke3 dr 6 adik beradik. 4 dari kami adalah perempuan. Hubungan aku dan ayah adalah amat akrab sejak kecil. Namun, ketika aku berusia 5 tahun, masih kuat di ingatan aku, ayah pulang kerja diwaktu itu, aku pula sedang asyik bermain dengan anak jiran. Itupun kami bermain di pagar, aku didalam kawasan rumah ayah, jiran berada didalam kawasan rumahnya dan kami cuma dihalang dgn pagar. Melihat aku sedang bermain, ayah panggil aku masuk ke dalam rumah, dan merotan aku dgn teruk. Seminggu aku demam panas selepas itu. Sejak itu aku mula renggang dgn ayah. Hingga kini aku tak pasti sebab aku dirotan dgn teruk.
Bila meningkat remaja, aku lebih menyendiri. Namun aku masih lagi rapat dengan ibuku. Begitu juga adik beradik yg lain. Kami tidak rapat dengan ayah. Ayah? Aku hanya bercakap dengannya pabila perlu sahaja. Ketika aku berumur 20 tahun, ibu meninggal dunia. Maka aku mula rasa janggal.
Jika sebelum ini, nak duit, mintak je pada mak. Mak pula akan minta pada ayah. Begitu juga dengan masalah-masalah lain. Setelah mak tiada, haruslah berurusan dgn ayah. Ketika aku mula masuk iium, ayah yg hantar hingga ke bilik mahallah. Ayah juga yang membawa beg aku. Yang aku bawa cuma bantal dan juga beg sandang. Ayah pesan supaya belajar betul2 dan tidak terikut dengan ajakan kawan2. Sejak dari itu, ayah tak pernah lagi melawat aku di iium ini. Nak kata kampung aku jauh dr iium, hanya 2jam sahaja. Ayah hanya menjejakkan kakinya lagi ke iium setelah aku konvo. Itupun dia enggan masuk ke dewan.
Sepanjang aku berada di iium, tidak pernah ayah telefon dan bertanya khabar. Adalah sekali dua ayah kol kerana dia xjumpa barang yang dicarinya di rumah. Tentang pengajian? Aku ini direct intake. Gagal ept dan masuk kelas celpad selama setahun. Ayah tidak pernah bertanya. Setiap semester aku pasti akan repeat at least satu subject. Ayah juga tak pernah ambil tahu. Mujurlah aku grad.
Duit ptptn sememangnya tidak mencukupi untuk perbelanjaan 1semester. Bila aku dah puas berjimat, dan tinggal dalam dompet rm10, barulah aku akan mesej ayah atau telefon. Meminta duit. Dan ayah cuma bagi rm100 untuk sebulan. Aku tak pernah merungut,ambil, ucap terima kasih dan cuba berjimat sebaik mungkin.
Sepanjang aku di iium juga, setiap kali aku balik ke iium dr kampung, menaiki bas, ayah akan hantar di stesen bas. Dan akan tunggu aku hingga bas bertolak. Namun, selama aku di iium, ayah tak pernah telefon dan bertanya samada aku telah selamat tiba atau tidak di iium. Aku lihat rakan2 aku, ayah mereka banyak yang mengambil berat tentang anak2. Tapi bukan ayah aku.
Jika aku ingin minta duit, aku akan telefon ayah. Selalunya perbualan telefon dgn ayah hanya akan memgambil masa 2minit sahaja. Cakap yg perlu sahaja. Jika dirumah, aku ingin minta duit, aku akan tulis nota dan letak di meja tempat ayah aku selalu duduk berehat. Keesokan harinya, pasti ayah akan tinggalkan duit bersama2 nota yang aku berikan senelum ini. jadi, bertambah jaranglah aku dan ayah berbual. Balik kampung pun sebab nak jenguk ayah. Memang jenguk jer tanpa berkata apa2.
Sekarang aku telah bekerja. Ayah pula telah bersara. Tapi duit aku dia xmau terima. Kini setelah ayah aku tua, dia mula rapatkan diri dgn anak2. Cuba berkomunikasi dgn kami semua. Namun aku sahaja yg tidak dapat terima atau adapt dgn telefon ayab selalu.
Mungkin bg org lain, itu mudah. Tapi tidak bagi sy. Tidak mudah bagi saya untuk menukar sifat sy agar berbual slalu dgn ayah. Kini bf sy memaksa sy supaya kerapkan telefon ayah di kampung. Tetapi sy pula enggan kerana takde topik utk dibualkan dan juga sebab sy telah dibiasakan tidak berbual dgn ayah.
Saya amat sayang ayah sy walaupun sy rasa sy kurang kasih sayang ayah. Tapi untuk berubah secara tergesa2, tibe2 ajak ayah berbual. Aku pn xtau bagaimana caranya. Tapi bf aku memaksa2 aku supaya telefon ayah. Kadangkala hal ini boleh buat kami bergaduh. Bagi aku, aku perlukan masa untuk berbaik semula dgn ayah seperti waktu kecil.
Dalam masa yg sama, bf aku buat aku rasa aku ini anak yg hina. Adakah aku anak yg sanggup xambil tahu tentang ayah?
– Seorang anak perempuan